AYAH...Aku Rindu Padamu!!!

Monday, October 01, 2012



"Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini"

Rindu Serindu rindunya. Iyer...saya sangat merindui arwah ayah yang dah 7 tahun meninggalkan kami. Rindu nak memanggil 'AYAH'. Lately...selalu saya bermimpikan arwah ayah. Mungkin juga kerana terlalu merindui dan selalu teringatkan arwah.Tapi kita kena ingat, kalau dalam mimpi tu ada sebarang pertuturan dari arwah, itu mungkin iblis

Sedikit info mengenai mimpi:

Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:


“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” [az-Zumar, ayat 42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134 ketika mentafsirkan ayat di atas.

Sumber: Iluvislam.Org

Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Hanya doa yang tak putus dapat ku utuskan untuk bekalan mu di SANA ayah.

Note: Kamu yang masih punya ayah, hargai dan sayangilah mereka selagi ada.

You Might Also Like

20 comments

  1. Semoga gemulah ditmptkan di kalangan org yg beriman.

    ReplyDelete
  2. Agak lama gak pemergian Ayah fiza ye.. :) apa kan daya.. allah lebih menyayanginya.. banyak kan doa dan membaca yassin utk kesejahteraan rohnya di sana.. insyaALLAH.. :)

    >> Muzium polis, taman rama2.. bird park.. semua dlm 1 kawasan tu.. lenkali leh terjah ye fiza.. :) syok gak.. mcm2 ada..

    ReplyDelete
  3. :'( sedih aku baca entry ni beb.. teringat arwah FIL.. Al-Fatihah..*hugs*

    ReplyDelete
  4. alfatihah untuk ayah kamu...:)

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah utk ayah Fiza.
    Semoga ditptkan dikalangan yang dikasihi.

    Untung dia dpt anak macam Fiza yg sentiasa mendoakan. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. alfatihah untuk arwah ayah awak...

    sayang my abah ketat2...

    ReplyDelete
  7. sebak baca nie, wpun abah sy tegas, tp beliau sgt best!!

    ReplyDelete
  8. al-fatihah utk aruah ayah kamu...

    ReplyDelete
  9. a'aa betoi tu.. hargailah ayah or mak kita yg masih hidup.. nnti dah xda, kita pasti merindui saat2 bersama mereka..

    ReplyDelete
  10. alfatihah utk arwah ayah fiza dan arwah abah KA juga!

    ReplyDelete
  11. Adik miss u too ayah..

    ReplyDelete
  12. Tiap kali mimpikn arwah;seeloknya sedekahkn al fatihah utk dia...dia mntak doa dr anak2 dia tu..moga arwah di tmpatkn dikalangan org2 yg beriman....

    ReplyDelete
  13. amie pun sama...selalu mimpi arwah abah...sedih bila teringat2

    ReplyDelete
  14. harap2 ada hikmah mimpi fiza ini ..insyaallahhh

    ReplyDelete
  15. Al Fatihah untuk ayah Fiza...dan abah akak juga..

    Juga rindu ....

    ReplyDelete
  16. ayah wani pun dah xder...al-fatihah utk arwah ayah akak n ayah wani...betul tu selagi ada hargailah jgn bila dh xder baru nk nyesal kan

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive