Chocolate Oreo Ice-Cream..Homemade Ice-Cream dan Resipi

Thursday, October 04, 2012

Assalamua'laikum semua

Amacam...teruja tak dengan tajuk tu? Ker...dari semalam dah teruja dengan Wordless Wednesday tu? Atau dah tak sabar nak tau resipi?...kahkahkah...poyo jer Fiza Rahman ni kan. Semalam seharian saya kat HQ Office. Penat jugaklah. Semalam tu pon entry auto publish. Ok...straight to the point.

Hajat nak buat ice cream ni dah lama. Tapi ku pendamkan saja sebab tak beli² blender. Blender tu ada, tapi dah blender macam². Kang kalau buat ice cream nanti rasa cili pulok. Acaner tu. Kebetulan bawa balik blender PHILIPS mak yang disangka rosak tu, tapi sebenarnya tak rosak pong. Rupanya blender PHILIPS ni klo tak masukkan bebetul kat mesin pengisar tu, dia takkan berfungsi. Macam tu lah pulak kan...canggih gitu...

Ntah macam mana hari isnin aritu semangat nak membuat ice cream membuak². Kalau dah resipinya simple, semangat tu lain macam sketlah. Apalagi, balik tu terus cari bahan². Sampai jer umah, seperti biasa...susukan budak berdua tu dulu. Dah kenyang baru mulakan operasi. Yang paling tak sabar siapa lagi kalau bukan abang kimi. Sekejap jer pon. Tapi nak tunggu Ice-cream tu keras memang lama lah. Kalau uols nak buat ice-cream ni, better buat malam. 

Pagi tu bangun terus tengok ice-cream buatan sendiri. Perghhhhh...teruja wei tengok eskem menjadi (>_<). Pepagi saya dah makan eskem...hehehe...Tapi kan, tekstur eskem tu tak berapa lembut sangat. Mungkin sebab blender kali kedua tu tak lama. Tak per...practice make perfectt kan. Tapi serious...sedap uolsssss...☺☺

 

 Close-up sket...hehehe...


Balik petang tu trus bagi anak² makan eskem buatan tangan ibu mereka sendiri. Bukan anak jer yang tak sabar, ibunya pon sama gak.

Seronok dpt makan eskem yer ☺☺

Bebudak kalau dah dapat eskem, memang tak hingat lah kan. Bukan budak jer mak budak ni pon sama gak. Bertambah² eskemnya. Untuk kamu semua, dengan murah hati saya tepekkan link dan resipi nya di bawah nih. Dengan ucapan "SELAMAT MEMBUAT HOMEMADE ICE-CREAM". Buat...jangan tak buat tau.

Aiskrim Coklat Oreo

Bahan-bahan ( 1.5 liter )

  • 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
  • 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 packet kecil - biskut Oreo

Cara-cara

  1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
  2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.
 Aiskrim Jagung 

 Bahan-bahan ( 1 bekas )
  • 2 1/2 cawan creamer coffeemate
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 tin jagung krim
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
  2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
  3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
  4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
  5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
  6. Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya 

Source: My Resipi 

Note: Lepas ni tak payah beli eskem lagi. Buat sendiri lagi bagus. Agak² kalau meniaga eskem ni laku rak...hehehe...


You Might Also Like

26 komen

  1. wah..terer buat eskrem..mujur saya bukan penggemar eskrem...jd tak terliur la..hihihi

    ReplyDelete
  2. wahh....terer la buat eskrem...mujur saya bukan penggemar eskrem..jd tak terliur la..hihihi

    ReplyDelete
  3. yay, nk buat.. tapi kannnn, ntah bila..

    ReplyDelete
  4. tq & tahniah ye!
    http://kesumaangsana.blogspot.com/2012/10/tahniah-penerima-keychain-ka-1-kejutan.html

    ReplyDelete
  5. pnah gak wat eskrem oreo tu..tp guna susu cair..tp skali tu jela wat..sbb lg suka beli mcd munya, sbb mcm xsame...hihihi

    ReplyDelete
  6. Macam best ni di cuba....anak2 semua suka mkn eskrim...(^_^)

    ReplyDelete
  7. teringat ada sorang akak bloger suka buat eskrem sendiri tapi dia ske eskrem pelam :)

    ReplyDelete
  8. mcm senang je ni....confirm nk kena try nnti ni....thanks utk resepi...=)

    ReplyDelete
  9. Wah..mesti cuba ni.. Nanti x laku dah aiskrim kat kedai.. Boleh buat niaga ni akak..:-) terima kasih kongsi resepi ni..

    ReplyDelete
  10. teruja saya melihatnya... bila nak buat ek.. umah saya ni yang tukang mkn aiskrim bkn ada sgt.. beli sebekas pun berbulan2.. hihi

    ReplyDelete
  11. teruja saya melihatnya... bila nak buat ek.. umah saya ni yang tukang mkn aiskrim bkn ada sgt.. beli sebekas pun berbulan2.. hihi

    ReplyDelete
  12. aritu dh nak buat tp tetiba mcm lupa. beskut oreo ada lagi dlm peti ais ko. maklumlah hero amie sorang tu makan krim oreo SAHAJA. besekutnya dia tinggalkan...huwaa..

    psttt.. nok tak nmpk pun jari 1Malaysia ko tu..hehehe

    ReplyDelete
  13. bagusnya!!! bahan2 mudah didapati di pasaraya...eceh...skema tak ayat?

    tp serius...kalo tau sblm puasa aritu sure rajin buat nieh:P

    ReplyDelete
  14. wah..terus nk mkn eskrim..sekarang jugak nak mkn eskrim dlm peti..hehe...

    *mgkin klu tgk muke knl kot..mmg da rmi staff benti pon..bile tah sy nak benti..tpt akk ad vacant tak?hihi

    ReplyDelete
  15. ehhh cam senang je nak buat yerk... nk try lshhh... ^_~

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum fiza...mcm sedap jer ni yang kena cuba buat sendiri ni..insyaAllah kalau jadi boleh la mama buat n3 ais krem homemade ni yer...:)

    ReplyDelete
  17. oohh..nampak mudah je caraya kan.. nak cubalah nanti :)

    ReplyDelete
  18. wahhh.. tq akak share resepi blh lia try nanti.. :)

    ReplyDelete
  19. salam fiza....
    nampak macam senang je kan...??
    lepas ni boleh cuba buat manatahu bak kata fiza boleh buat niaga he heeee...

    ReplyDelete
  20. Kakak dah copy sebab anak kakak balik jumaat ini bolehlah dia buat. Kami pun hantu aiskrim tau...

    ReplyDelete
  21. rajinnyer sis buat sendirikk...anto kt wani sikit hehehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive