Bakal USTAZAH PILIHAN!!!

Thursday, November 29, 2012



Nama: Qahirah Bt Husaini
Umur: 2 Tahun 2 Bulan 4 Hari
Hobi: Minum susu ibu, Memanjat, Kacau Abang dan Adik
Tagline: Comel tak saya...Comel kan ^_^

Comelnya. Anak siapa ni...muahahaha...Dah lama tak citer pasal anak dara the super duper active nih. Asyik citer pasal adik qhalif jer kan. Tak aci ibu ni tau.

Alhamdulillah...membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat susu ibu walaupon minum susu formula. Malah lagi over dari adik kekadang. Pertuturan pon dah makin banyak. Ada yang ibu faham dan ada yang ibu tak faham. Iyerkan sajalah. Suka sangat mandi. Dalam sehari tu lebih dari sekali lah dia mandi.

Owh...anak dara ni sangatlah aktive. Ada jer kerja nya. Memanjat, memunggah, mengusik abang, adik dan ibu dia ni pon di usiknya. Pendek kata tak reti duduk diam lah. Kat dinding rumah tu pon dah ada wallpaper made by qahirah. Meja makan kat rumah tu memang tak der kerusi, hanya tinggal meja saja sebab kerusi dah di simpan dalam bilik. Asyik memanjat sampai jatuh. Tu pon tak serik². Kalau diam pon time minum susu dan tidur. Kalau qahirah tidur memang rasa aman sikit lah...ekekeke...

Pastu kan, anak dara ni suka ber-eksperimentasi. Ada jer benda yang nak di eksperimenkan. Contoh...kalau makan nasi. Dicurahkan air milo/air masak kat dalam nasi tu, pastu makan. Mak fening noks...gasak ko lah nak, asalkan ko diam. Speaker radio plak ntah amenda di masukkan kat dalam lubang tu. Bila dengar radio adalah bunyi² yang membingitkan telinga. Dan yang lagi tak tahan, qahirah ni suka buat ekspresi muka. Kalau dia bercakap siap dengan kening terangkat, dengan mata di bulatkan macam membayangkan keterujaan dia pada sesuatu yang dia nak tahu.Memang lawak lah. Dialah penghibur kat umah tu selain dari abang dan adik.

Sedang ber-eksperimentasi

Nak tolak jugak...layan.

Anak dara mak ni peramah noks, especially dengan LELAKI. Di ulang...LELAKI. Kalau dengan perempuan nak kena warm up dulu. Kalau nampak budak lelaki atau jejaka siap di pandangnya pastu say 'Hai' sambil sengih². Owh my lil princess...naughty tau. Kalau dah beso nanti jangan buat macam ni. Memang ibu cubit lah nanti. Ok...itu jer lah perkembangan anak dara ku buat masa nih. Semoga membesar sebagai anak yang mendengar kata, anak yang solehah dan bijak pandai...amin...In Shaa Allah...

Note: Tahniah buat Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan Laos dengan 4-1. Sabtu ni kena berjuang habis-habisan untuk  menundukkan indonesia, bukan calang² pasukan tu.

You Might Also Like

38 comments

  1. comelnya dia, anak tgh membesar mcm2 lah kan

    ReplyDelete
  2. alalala...comeynya dia..same la mcm ank buah Ana,dgn lelaki bkan main lg..

    ReplyDelete
  3. Heheheheheh! Comel betul si Qahirah ni. Tgk tu...montok je bdn die. Geram. Klu ade dpn mate, mmg kene gomol la...

    ReplyDelete
  4. mestila cumel.sejuk mata memandang..........alhamdullilah moga2 membesar sbg anak yg solehah yer..:)

    ReplyDelete
  5. mmg comellll sgt
    bab eksperimen tu kan sama ngan aliah
    kekadang sakit jiwa dibuatnya
    tp tahan tahan tahan kesabarannnnn huhu

    ReplyDelete
  6. comel, rasa nak cubit2 pipi dia..boleh x?

    ReplyDelete
  7. nak tergelak bc especially tang mesra rakyat dengan lelaki tu.hahahaha...qaira qaira..budak cerdik ni.anak dara kitorg pun sama gak nok, aktifff...penattt..

    ReplyDelete
  8. mana tak peramah ngan LELAKI...dah tu abang ngan adik kan kat r umah...hehehe

    ReplyDelete
  9. comeinye kakak..insyaAllah..mg 1 ari nti jd usatazah pilihan..berkat doa ibu yer..heheheh

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum fiza...comel nyer die...:)

    ReplyDelete
  11. sama je perangai anak dara kita yg kecik.. suka je tumpahkan air kat dalam pinggan.. tolak troli pun mmg dia suka sgt..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..cute je qahirah brtudung..
    Tang bab eksperimen tu yang tak menahan..hihi
    cam best je yer..

    ReplyDelete
  13. mmg ustazah pilihan hikhik. kembang kempis hidung qahirah klu blh baca blog akak ni haha! seronok kan smlm layan bola? sabtu ni kul bpe eh kak? sama mcm smlm ke?

    ReplyDelete
  14. comelnyaaa dia pakai tudung..semoga jadi anak yang soleh ya sayang..:)

    ReplyDelete
  15. Aduhai Qahirah sayang... auntie kalau tengok budak macam ini memang tak boleh tahan. Kalau dekat memang kena culik masuk rumah auntie selalu.

    Cerdik dia Fiza. Experiment tu tanda rasa ingin tahu dia tinggi. Comel:)

    ReplyDelete
  16. comelnya.. sebaya anak akak la ni,.. tua dia sebulan kot, anak akak 19.10.10...

    perangai.. lebih kurang la, bab dengan lelaki mmg betul entah knapa dia jadi malu2 kucing.. perasan dan yg paling akak syok, dia x mau dengan akak kalau ayahnya ada,.. nak mandi dgn abah nak susu dengan abah.. so akak rilex jer le...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah...sgt comel dia bertudung..sejuk mata tgk :-)

    ReplyDelete
  18. anak lelaki ngan perem mmg banyak beza kann.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. oh..ada anak dara rupanya..ingat ada hero jer...

    ReplyDelete
  20. hi qahirah yg cuteeeeeeeeee
    *nk kissss sikit ;*

    ReplyDelete
  21. aminnnnnnnnnnn
    semoga gelaran ustajah tuuu jadi kenyataan ! ...
    alor2 cute !
    budak2 kalau bertudng macam nie nampak murni , bersih dan sucii je kan ..

    ReplyDelete
  22. Comel sungguh ustazah pilihan ni...cnfirm vote punyala...hehe...

    ReplyDelete
  23. Comelll..amin..jadi anak yang solehah ye ^^

    ReplyDelete
  24. insya allah sejuk perut mama menganfungkan ustazah ni ;)

    ReplyDelete
  25. hahahha..comelnya dia.. lepas tu hanya peramah dengan budak lelaki sahaja..hehehe..kecik2 dah pandai..hahaha

    ReplyDelete
  26. alahai comelnya..mudah mudahan berkat doa ibunya yer..org selalu ckp ank lelaki aktif tapi ank pempuan sama la jugak aktifnya..ank sy dua2 pempuan camtu la juga, aktif semacam jer..

    ReplyDelete
  27. hamboi..boi..boi..nomeynyer dia pakai tudung

    ReplyDelete
  28. budak dua tahun itulah sifatnyer penuh ngan sifat ingin tahu.. ingin mencuba... ala comelnyer

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive