Budak 2 tahun mati dibelasah kekasih ibu!!!

Tuesday, December 18, 2012


Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar

Pastu bley plak buat² sakit dengan duduk kat kerusi roda...WTFotosintesis...Aku emotional kalau bab² yang membabitkan kanak². Baru 2 tahun...sebaya qahirah. Comel plak tu. Apa lah sangat kudrat budak 2 tahun yang ko nak dera? Dera sampai mati plak tu. Ya! allah....kesiannya *teary eyes*. Al-fatihah untuk arwah. 

Untuk mak dan keluarga arwah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna lagi dah. Arwah pon dah mengadu pernah di pukul, tapi kenapa tak amik tindakan yg sepatutnya even police report pernah di buat? Kenapa makcik dan keluarga tak jaga jer arwah nih? Hanya mereka jer yang ada jawapannya. Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal.
__________________________________________________________________________________ 

Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang.
Keluarga berang

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya.

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya.

Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.

Mengadu dipukul Pak Tam

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang.

“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.

Kesan lebam di muka

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.

Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.

Source: Berita Harian Online

You Might Also Like

21 komen

  1. Sebenarnya tak sanggup baca berita2 macam ni....sebab saya ada anak kecil...al-fathiah untuk arwah....harap yang berslah tu dibawa ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang berat...

    ReplyDelete
  2. ADUHHH memang sedih !
    sampai hati kan
    2 tahun , ada tuu x pandai jalan layie !
    apa lah dosa budak tuu
    x per nakk .. syurga tempat muuu
    memang SETAN lahh lelaki tuu kan
    haaa si mak tuu puas hati agaknya ..

    x kan dia x perasan lebam2 pada badan anak kan ! .. macam x logik !
    kecuali mak dia x der akal dan perasaan huhuhuhu

    memang emo !

    ReplyDelete
  3. Kenapa anak dijadikan mangsa..amanah allah tu..kena jaga sebaik-baiknye..kesian arwah tapi die dah lame menderita..allah lebih sayang padanya...

    ReplyDelete
  4. kesian..ni la kalau mak dh buta hati..gila jantan.. anak sendiri sanggup dkorban..

    ReplyDelete
  5. tu la..kesian sgt anak2 kecik zaman skg ni..slu yg jd mangsanyer disebabkan oleh BF mak nyer..owwwhhh..nape lah ade yg tergamak wat cam tu kan..

    ReplyDelete
  6. emo je baca paper td. hairan nye mcm mn bf mak dia blh dera?? mn mak dia msa tu..mmg geram sakit hati je baca

    ReplyDelete
  7. SEMOGA SI PELAKU MENDAPAT PEMBALASAN YANG SETIMPAL..

    ReplyDelete
  8. kesiannya. anak yg x berdosa menjadi mangsa. inilah yg paling ditakutkan saya dulu masa mula2 mengenali suami saya. tapi alhamdulillah, dia sgt penyayang. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh anak kecil ini. al-fatihah.. :(

    ReplyDelete
  9. cerdik sangat ibu dia tu pilih teman lelaki camtu gaya..akak takleh, bab2 macam ni, haihh, sabo je la dalam hati ni..kucing akak si puyuh patah kaki pun akak dah takleh tido malam..ini mak dia seniri tumpang pukoi sama naik dgn bf dia..ape ke hal..adui laa

    ReplyDelete
  10. sedih baca berita ni..apa kes kekasih mak nak pukul anak nih?

    pastu kena lebih prihatin bila anak mengadu dipukulkan..

    ReplyDelete
  11. entahlah kan..dah jadi mcm ni barulah nak ckp itu ini..masa betul2 jadi kenapa tak halang..ini jenis lantak dialah..hal dia..yg jadi mangsa..budak kecik tu..

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  12. mmg tak boleh terima bila dgr cerita mcm ni fiza, apalah dosa budak tu, biarlah pesalah tu dibelash secukupnya, biar dia rasa apa yg kanak2 kecil tu rasa

    ReplyDelete
  13. thanks sharing.tak baca paper pun lagi..

    aishh..saya pantang tul bila anak sendiri mati di tangan ''boyfren'' maknye..
    tak sayang anak sungguh.buta dek cinta..huhu

    sorii..ter emo laks..keke

    ReplyDelete
  14. Sedihnya...nape la makin tak hati perut manusia skrg ni...

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah...moga pesalah dihukum dgn setimpal

    ReplyDelete
  16. manusia semakin gila.... hmm... apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni

    ReplyDelete
  17. cuma nak ckp kesian pd si mak tue, mudah sgt ambil remeh perkara mcm nie, geram la kak bila tgk berita nie smlm, bertambah geram bila tgk muka si ibu yg nangis tue

    ReplyDelete
  18. xfhm la cmne dorg blh smp ati nk dera kanak2. sy ni nak jentik pun takut hehe

    ReplyDelete
  19. kesiannya...moga berbahagialah wahai ahli syurga..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page