2 Jenis Kesilapan yang sering dilakukan oleh IBU BAPA

Wednesday, January 23, 2013


Bukan mudah nak mendidik anak dalam zaman yang semakin moden dan canggih ni. Kesabaran yang tinggi perlu ada. Didikan agama perlu dititikberatkan. Tak perlulah nak memaksa anak mengejar A untuk setiap mata pelajaran. Tapi burulah A untuk Agama dan Iman.

Ada dua jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa:

1. Berkata/berbuat sesuatu yang TIDAK sepatutnya dicakap/dibuat
2. TIDAK berkata/berbuat sesuatu yang sepatutnya dicakap/dibuat

Kesilapan pertama mudah untuk disedari. Contohnya perkataan atau perbuatan yang kasar boleh merenggangkan/merosakkan hubungan dia antara ibu bapa dan anak. Manakala kesilapan yang jenis kedua agak susah sedikit untuk disedari.

Contohnya, ibu bapa tidak berkasar dengan anak² tetapi dalam masa yang sama tidak bersikap peka/sensitif dan tidak melapangkan diri mereka ketika anak² memerlukan serta tidak ada dorongan dan sokongan. Kesan daripada kesilapan ini ialah anak² memasuki fasa pra dewasa dengan keadaan yang tidak lengkap...TIDAK CUKUP KASIH SAYANG, tunjuk ajar, didikan dan contoh teladan daripada ibu bapa. 

Akan terjadi kelomppangan/kekosongan dari segi kematangan. Samada mereka sendiri atau mereka akan mencari seseorang lain yang dapat membantu mereka mengisi kelompangan/kekosongan tersebut. Bersyukur jika mereka bertemu dengan orang yang baik. Jika sebaliknya, tentu kita sendiri tahu akibatnya.
Source: Islamic Parenting
Note: Scary tengok bebudak jaman skang. Terlalu advance.


You Might Also Like

33 comments

  1. Ya...sy sendiri geleng kepala tgk budak-budak zaman skg. Mmmm...

    ReplyDelete
  2. tu la kan..kdg2 benda yg simple2 cm ni pon leh wat kita terlepas pandang..tp akibat nye mmg sgt2 merugikan kita sbgi ibu bapa..

    tq sharing..bagus info2 yg cm ni..

    ReplyDelete
  3. ANAK PERTAMA SAYA NAKAL SIKIT, KADANG2 MEMANG KENA MARAH TERUK DENGAN SAYA.. TAPI SAYA AMAT SAYANG DEKAT DIA.. :)

    ReplyDelete
  4. yup..setuju dgn fiza.
    kita di rumah ni lah contoh terbaik tuk anak2.

    di sekolah,cikgu hanya mengajar ilmu secara formal.tapi yang informal ni lah kena datang dari contoh kita kan.

    ReplyDelete
  5. moga anak2 kita menjadi anak yg berguna bila besar nnt

    ReplyDelete
  6. nak jaga anak ni pon kene ade ilmu kan? setuju dengan fiza rahman ..

    ReplyDelete
  7. Mmg susah nak pikul tanggungjawab sbg ibubapa ni....saya pun kadang2 tertinggi suara masa marahkan anak2 tp lepas tu menyesal pulak....

    ReplyDelete
  8. kadang percakapan ibu bapa yang paling utama yang anak2 tgk kan kak. tue yg kena hati2 lebih

    ReplyDelete
  9. tp budak makin dilarang, makin dia buat

    ReplyDelete
  10. tp budak makin dilarang, makin dia buat

    ReplyDelete
  11. mmg setiap kata kata & tingkahlaku ialah,ialah pendidikan secara indirect kepada anak anak..

    ReplyDelete
  12. budak2 skrg pun dh scary..sok anak2 kita punya time? lagi takut nak bygkan..moga2 ISLAM masa tu lagi mantap lah hendaknya..

    ReplyDelete
  13. Betul tu..ape yg keluar dari mulut adalah doa

    ReplyDelete
  14. yup setuju sgt2.. sebagai parents kdg2 mmg kita buat silap tanpa sedar. tq share this ye

    ReplyDelete
  15. tuler fiza akakni kadang risau gak takut tak menjadi ibu yan gbaik untuk anak2... maalumler banyak benda yang perlu kita jagakan...

    ReplyDelete
  16. Advance macam mana pun mereka kita kena main pernan juga. Kakak takut sebab anak kakak dah remaja kena macam main layang-layang tarik-lepas-tarik-lepas-tarik..

    ReplyDelete
  17. betul tu...kat sini pun,budak sekolah rendah pun berlagak macam orang dewasa...

    ReplyDelete
  18. tq for sharing fiza, mmg mencabar nk mendidik anak2 zaman skrg ni kan

    ReplyDelete
  19. anak2 sekarang mudah nak ikut apa yang dipandang.. kena hati2

    ReplyDelete
  20. kena ambik berat hal anak2 ni kan..jgn main lantak je gitu, besarnya kewajipan jadi parents nih..

    ReplyDelete
  21. kesilapan yg kdgkala kita tak sedari. saya pun mcmtu gak kdg2. nak2 bila ngah preggy ni, mood x brp ok sgt. huhuhu

    ReplyDelete
  22. Betul kak, kdg bdk jd cmtu sb tekanan hdup sbb mak ayh tkpnh nk amik kisahhal anak, tk amikthu mslh anak, pstu anak2 mula lh bt hal sdri last2 rosak sbb pngaruh rakan sebaya yg lg rapat dr makayh..

    ReplyDelete
  23. bukan mudah nak mendidik anak zaman sekarang kan nok...

    semoga kita tabah hadapi cabaran dan dugaan dlm membesarkan anak2 ni...

    ReplyDelete
  24. memang mencabar nak didik anak ni..tidak semudah itu

    ReplyDelete
  25. betol tu fiza..insyallah jika kita selalu peringatkan diri kita dan anak2, perkara yang tak elok tak kan berlaku..

    ReplyDelete
  26. nice sharing kak :-)

    budak2 skang ni mmg advance kan

    ReplyDelete
  27. paling takut sgt kalau jadi mcm ni.. anak kurang dpt kasih syg dan perhatian.. iyerlah ibu sibuk sgtkan...

    ReplyDelete
  28. setuju tu. in shaa ALLAH semoga dipermudahkan segalanya nanti

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive