Apa...Dah 4 TAHUN???

Tuesday, March 12, 2013




Sedar tak sedar, dah 4 tahun aku menceburkan diri dalam bidang penulisan blog ni yer. Dah lepas pon tarikh nya....cisss...macam mana bley tak perasan nih. Next time kena set alarm lah #poyonya.

Dalam masa 4 tahun ni, dah banyak kawan² alam maya yang aku kenal. Yang dah bersua muka pon ada juga. Tapi boleh di kira dengan jari. Kan best kalau dapat bersua muka dengan kamu semua #besarnyahajat☺☺. Macam tak percaya jer yang aku ni ada bakat dalam menulis kan #poyolagi. Mana tak nya. Entry dah cecah ribuan. Kan berbakat tu...hahaha...


Nak gelak guling² bila baca entry blog yang pertama. Lawak tahap gaban plak rasanya. Speaking london tu uols...kahkahkah...Cuba uols baca plak entry pertama blog uols semua, mesti gelak² juga kan. Macam naive jer rasa.

Pencapaian sepanjang berblog ni adalah bila dapat hadiah dari kawan² blog. Dan yang paling best adalah bila dapat income pertama dari hasil bloging. Macam tak percaya jer dengan blog pon boleh dapat duit. Lama juga aku kumpul duit nih. Dan yang paling mengembirakan, baru² ni buat pertama kalinya dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Alhamdulillah...rezeki anak². Doaku semoga kawan² pon di beri peluang untuk buat sponsored post juga.

Last but not least...HAPPY 4TH BLOG ANNIVERSARY untuk blog picisan daku nih. Semoga terus maju. Dan semoga ukhwah kita di alam maya ni berkekalan sampai bila². Di harap ada lah rezeki kita untuk bersua muka kan ☺☺

Rasa-rasanya macam nak buat BLOG ANNIVERSRY GIVEAWAY...hurmmmm...Ada yang berminat nak join ker ☺☺☺
Note: Salam perkenalan buat kawan baru. Ada masa nanti saya terjah kamu balik yer. Jangan merajuk tau.

Extra Note: Maaf sayang² semua, masih tak sempat nak BW. Ke busy an tahap gaban. Rasa tak syiok sebenarnya bila tak dapat jejak rumah kamu sebenarnya...so sorry.


You Might Also Like

21 comments

  1. kira blog aku tua setahun dari blog ko la ek...

    ReplyDelete
  2. happy 4th blog anniversary kak!
    kira dahsyat la tu, follower pun bertambah2 ramai.
    tahniah!!!
    kalau akak buat GA, confirm saya akan join jika berkesempatan :D

    ReplyDelete
  3. mesti la ada.. saya la orangnya!

    ReplyDelete
  4. SAYA TAK HIRAU SANGAT USIA BLOG SAYA NI.. :)

    ReplyDelete
  5. Aku pun nak jumpa puan punya blog ni...boleh ke? hehe
    Samalah dulu start blogging, n3 semua speaking london ok....last2 mls nak ckp omputih, tulis malay jak, lg senang.....hehe

    ReplyDelete
  6. Congrats & Keep blogging Fiza.. :)

    ReplyDelete
  7. Awak, sy sendiri tak sgp nak jengah 1st entri. Hehehehe....walau apapun, selamat harijadi untuk blog awak. Moga terus berblog ya?

    ReplyDelete
  8. Lama jugak tu.. Hepi anniversary ya..
    Saya baru jerk 5 bulan, msh baru lagi.. :D

    ReplyDelete
  9. wahhhh tahniah & selamat maju jaya dlm dunia blogging!

    eh, saya pun actually nak masuk 4 tahun this year tapi few times dah tukar URL uhuhuhuu...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah sudah 4 tahun ye jahh!! byk pengalaman ni, seronok tgk pencapaian blog fiza

    ReplyDelete
  11. Che Mid pun dah berblogging dari 2008.. suka bila baca balik entri dulu-dulu. Rasa macam tercapai matlamat utamanya utk mencatat memori yang boleh dirujuk semula bila perlu atau ada kelapangan. Teruskan bermahabbah di alam maya jommm!

    ReplyDelete
  12. wink*happy blog anniversary !

    ReplyDelete
  13. 4 tahun dah lancar bercakap tu.. hihi

    btw, happy aniversary :-)

    ReplyDelete
  14. wah dah 4 tahun tahniah yer... moga terus maju jaya & tq sudi jadi antara sahabat KA di alam maya !

    ReplyDelete
  15. wah dah 4 tahun ye..follower pun dah ramai..bagus tu teruskan berblog

    ReplyDelete
  16. happy annivesary blog fiza..blog akak dah 5 thn bulan 10 nanti tapi cam hampeh je rasa blog tu..hikhik

    ReplyDelete
  17. hehehe,..kita plk. masa2 mula blogging,..ii uu ii uuiii huhuhu,...bahasakan diri,..bahasa rojak,..tapi itu blog lagi satu,...

    ReplyDelete
  18. Da 4 tahun ye.hepi annv....keep blogging and jadi kawan selamanya..hehe

    ReplyDelete
  19. tahniah kak...dh 4 tahun..teruskan berkarya...cheewaahhhh

    ReplyDelete
  20. Wah..tak sangka kan dalam berblogging, ada rezeki terselit disitu..

    Buat la..nieza nak join!^^

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive