RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA....

Friday, March 29, 2013



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.

Berpantanglah...Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Source: FB

Note: Entry auto published. Pn punya blog cuti hari ni ☺☺


You Might Also Like

24 komen

  1. salam fiza..selamat bercuti..

    betul tu..suami perlulah menghargai pengorbanan seorng isteri kan

    ReplyDelete
  2. betul tu... dalam pantang tu... berpantanglah... jgn abaikan kesihatan sendiri...

    selamat bercuti fiza... :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum fiza...inshaAllah perlu dijaga sebaik2nya...:)

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti..

    betul

    rahim yang penuh dengan kasih sayang :)

    ReplyDelete
  5. hargailah jasa ibu, isteri yg banyak berkorban utk melahirkan dan menjaga sehingga besar

    ReplyDelete
  6. info yang mengingatkan tentangnya berharganya diri kita sebagai wanitakan...

    besarnya pengorbanan sebagai isteri dan ibu...

    ReplyDelete
  7. wanita sememangnya unik dan istimewa :)

    ReplyDelete
  8. betoi.. betoi.. wanita memang istimewa...

    ReplyDelete
  9. Btul tu...setuju dgn kata kata di atas tu fiza...sang suami kalau bantu bgun mlm tuk jaga ank pun da syukur...tp tula bukan sng nak jumpa suami camtu...ckp tuk diri sndri nih..hihihi

    ReplyDelete
  10. semua orang lelaki harus bac ini,..tapi bukan sekadar baca,....hehehehe,..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ... sbb tuh wanita sgt mulia dalam islam

    ReplyDelete
  12. VERY GD SHARING NI TQ

    ReplyDelete
  13. Sangat indah dan benar apa yg diperkatakan Fiza...

    ReplyDelete
  14. ooo sebesar buah pear je upenya yer

    ReplyDelete
  15. betul tue...saya habis pantang belum bersama gan suami hingga ke 100 hari...nasib baik suami memahami...

    ReplyDelete
  16. Betul tu..nnti beli brg nieza jual ye nak jaga dalaman ^^

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive