Bank...Oh! Bank...

Tuesday, April 30, 2013


Kalau lewat bayar hutang, ko tunggu lah interest atau call dari pihak bank. Tapi kalau ko dapat duit dari penghutang yang dah habis bayar hutang atas kesilapan dari pihak ko sendiri...ko senyap jer kan #erk..faham tak apa yang aku nak sampaikan ni.

Kisahnya....aku buat overlap *betul ke eja nih. Bukan suka suki nak buat pinjaman. Tapi atas sebab² yang tak dapat di elakkan. Nak buat dengan bank yang trademark nya 'Bank pilihan anda', tak layak sebab nak gaji RM3k. Pada hal loan sebelum ni dengan dorang. Buat lah dengan bank lain yang lebih prihatin dengan nasib aku yang gaji tak tinggi nih kan. Dah settled suma. Aku bayar lah balik baki pinjaman dengan 'bank pilihan anda' ni. Habislah hutang aku. Cumka berhutang dengan bank yang prihatin ni jer lah.

Aku plak tak check payslip sebab payslip online...Dasar femalas nak bukak website. Baru² ni aku check lah payslip sebab nak tengok increment *kalau pasal naik gaji laju jer kan*. Alhamdulillah dengan kenaikan gaji baru ni. Terima jer lah walau berapa pon naik *redha walau tak puas hati*. Sekali kan...mata aku tertumpu pada deduction loan 'bank pilihan anda' ni. Erkkkk...apahal plak ni kan. Ada 2 loan bank yang ditolak gaji. Sekali aku check payslip dari bulan january sampai lah april...memang berdebah punya 'bank pilihan anda', dorang amik duit aku wei...ribu riban jumlah nya ko. 

Aku call HR. Kenapa loan aku dengan 'bank pilihan anda' masih ditolak even aku dah buat full settlement? HR kata dorang tak dapat apa² surat pon mengatakan yang aku dah buat full settlement. Aku plak yang kena  sebab tak inform HR pasal benda ni. Aku mana lah tau. Sebab aku ingat 'bank pilihan anda' ni nak settle kan dengan pihak HR. Memang hangin betul lah.

Aku call lah 'bank pilihan anda'. Aku citer kan masalah aku ni. Uols tau tak...'bank pilihan anda' ni dah hantar surat bulan February, tapi....ada tapi tu. Dorang hantar dekat alamat yang salah. Memang WTFFFFFFF betul lah. Weiiiiiii...ko tak update address client ker. Dah bertahun company tempat aku kerja ni bertukar alamat. 

Ko terima cheque dari HR macam tu jer kan. Takkan ko tak check address client? Ko tak check ker yang si penghutang ni dah lunaskan hutang. Ko tak update dalam system ker? Takkan dalam system ko masih boleh terima duit dari AFIZAH ABD RAHMAN? AFIZAH ABD RAHMAN dah habis bayar hutang ko lah. Sedap jer ko makan duit haram kan. Pulangkan duit aku balik. 

Aku tengah tunggu duit jer ni. Dorang kata akan transfer dalam akaun 'bank pilihan anda'. Memang lepas ni aku banned ko terus. Ko bukan bank pilihan aku lagi.

Note: Sesungguhya sabar itu tiada batas. Tapi sabar manusia itu ada batasnya. Sampai bila aku harus bersabar? Menjaga hati sendiri adalah lebih baik dari menjaga hati orang lain. Allah sentiasa bersama orang yang sabar...peringatan buat diri sendiri.



You Might Also Like

25 komen

  1. hhhmmm.. kena extra perihatin dgn diorg2 nih kann.. kalu tak tgk payslip tuh.. tah berapa thn la diorg ambik jew duit fiza kann... sabar yer..

    ReplyDelete
  2. Sabar Fiza. Duit tu akan dapat balik nanti. Kalau tak dapat juga, buat aduan ke Tribunal Pengguna dan Bank Negara.

    ReplyDelete
  3. kejam!! mana2 bank mmg kejam..
    bila tang kita berhutang, ibarat macam sampai kelobang cacing dia cari..
    tapi time dorang buat hal, haram tak bagitahu kat kita.. *emo* hehhee

    ReplyDelete
  4. pff... ribu riban tu byk!! kejar sampai dapat balik fiza..

    ReplyDelete
  5. ape nama bank yang prihatin tu? nak juga la pinjam kat nak prihatin tu.. senang x?

    ReplyDelete
  6. standard la bank....

    kalau kita silap/kita lewat/kita miss bayar, tak menyempat depa call, hantar notis....Tapi kalau salah depa? alahai...

    ReplyDelete
  7. Bank Pilihan Anda memang gitu. Tapi beberapa bulan nie ada bank offer untuk kami kakitangan bawah rm3k, berdesup orang mintak settlement.

    Sampai petugas bahagian settlement tue kata "Encik nak buat dengan bank ehem2 tue kan".

    ReplyDelete
  8. Ish2, ada juga bank camni ye? Pilihanlah sangat.. Harap2 dapatlah balik duit yang dorang amik.. Teruk betul lah, apa punya sistem lah yang dorang guna nih?

    ReplyDelete
  9. Harap-harap refund tu dapat sebelum raya dapatlah beli sesuatu utk dijadikan kenangan dari 'terkena' ini Fiza..

    Tapi kena selalu follow-up Fiza tak boleh diam. Call dia selalu bagi dia 'ingat'.

    ReplyDelete
  10. standard ler tu. time minta utang, sistem diorang dulu dari masa. time terlebih byr, sistem diorang tak update. mcm mana tu? sengal!!!

    ReplyDelete
  11. Bank selalu gitu, kalau minta hutang bukan main cepat dorang tapi kalau terlebih bayar, diam2 jak situ, kita pula terhegeh2 minta balik duit yang dorang ambil sesuka hati tu....huhu

    ReplyDelete
  12. adoi bila jadi vcam gini memang sabar itu hilang....
    tak sabar kan nak dapat duit kita balik...

    ReplyDelete
  13. Teruknya bank tu....mcmana lah dorang buat keje..

    ReplyDelete
  14. bertendanggg bertendanggg....insyaallah cikgu doakan dapat semula duit tu..amiinnn

    ReplyDelete
  15. sabar bayk2 yer fiza...

    ReplyDelete
  16. biler iklan org utk apply loan, puyela senangkan.. biler dah abis bayar jadik camni lak..

    ReplyDelete
  17. laaa....ye ke? sabarrr je la..nasib baik ko perasan. kalo dak lagi lama la dorang deduct gaji ko nok

    ReplyDelete
  18. hehe.marah tul fiza ye.tp btol la.stuju,kalu bab utang da abes ke,die thutang kita ke..lama senyap.tp kalu kita yg lmbt..wah,ke main anto surat tepon bagai

    ;)

    ReplyDelete
  19. kene settle kan cepat tu fiza, boleh pulak dah settle tp still instalment 2 loan, geramnya dgr

    ReplyDelete
  20. wahh acukkk la pasni..tgok dlm akuan rbu riban da kembali di pangkuan...leh perepare tuk raya la pasni...tukar langsir, tukar sofa, tukar..errrkkk...hehehehe

    ReplyDelete
  21. Hish memnag menyusahkan kerja kitakan Fiza....ni dah bukan bank pilihan kita ni huhu....

    ReplyDelete
  22. ribu-ribu banyak tu Fiza..geram jg dgn si bank tu bila baca citer Fiza ni....

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page