Rumah Makan Cibiuk @ Seksyen 7, Bangi

Tuesday, April 23, 2013


Pengenalan untuk Rumah Makan Cibiuk ^_^


Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak terdapat di Bandung, sebuah kota yang begitu sinonim sebagai syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia, sebuah impian akhirnya terlaksana untuk membawa keenakan masakan Sunda tersebut ke Malaysia. Bagi mereka yang selalu menunggu peluang ke Bandung untuk melepaskan kerinduan menikmati hidangan Sunda ini, kini anda hanya perlu menghidupkan kenderaan anda dan teruslah menuju ke Rumah Makan Cibiuk pertama Malaysia yang terletak di Tmn. Putra Kajang.

Last week aku berpeluang makan kat sini. Selalunya lalu jer. Teringin juga  nak makan tapi teragak² lagi. Sebabnya makanan indonesia kan. Takut tak kena dek tekak jer. Padahal restoran Ayam Penyet tu  pon makanan indon juga...cis...ngada kan. Bila dah asyik lalu jer, teringin pula nak mencuba sebab restoran asyik penuh jer. Ini dah good sign kan. Mungkin sebab makanan sedap.
Dan ternyata ramalanku benar belaka. Jenuh juga nak memilih sebab tak pernah makan masakan sunda lagi kan. Malam tu kami order set ini. Namanya Paket Kasterol Nasi Liwet....sebut betul² ☺☺. Ianya didatangkan bersama dua ekor ayan, tempe, tauhu, ulam-ulaman dan juga jering. Nasi dia memang lain dari yang lain sebab ada cili padi dalam tu. Pastu nasi dia wangi dan sedap. Ayamnya pon sedap bangat...arghhhhh...terbayang² sudah >_^.
Sumber: Gorgeous Melampau
Sambal plak memang variety. Macam² jenis sambal ada, nak pedas/tak pedas...pilih jer. Tapi untuk set yang kitorang amik ni, ianya didatangkan dengan Sambal Merah Cibiuk...sambal yang menggunakan tomato dan cabe merah. Memang sedap sebab tak pedas sangat. Sesuailah dengan tekak aku yang tak berapa nak tahan pedas ni kan. 
Sumber: Gorgeous Melampau
Ini antara menu² lain. Dekorasi pon cantik, simple dan bersih. Selesa lah nak makan. Service pon cepat juga.  Memang puas hati lah makan kat sini. Highly recommended especially buat orang² yang mengidam masakan sunda dan juga peminat sambal sebab macam² jenis sambal ada. 
 
Bila makan dengan anak...faham² lah kan. Nak bergambar pon tak boleh. Gambar² suma ehsan dari Google ^_^. Sekian entry Jalan-jalan cari makan sampai kenyang dari saya. Kalau nak tau more detail mengenai Rumah Makan Cibiuk, silalalah layari website Rumah Makan Cibiuk Malaysia.
Note: Hangin betul lah. Dah dua kali terima call dari agent insurance suruh beli produk dorang...haishhhhh...


You Might Also Like

40 komen

  1. nmpak sedap ni... dulu pergi ke bandung mkn masakan padang.

    ReplyDelete
  2. restaurant ni laluan kty nak ke opis..
    hari2 lalu..dah baca 2 review termasuk fiza..mmg kata okeh..tp lom ada kesempatan lagi nk singgah

    ReplyDelete
  3. kalau ikut tekak awak, mana lagi best? Cibiuk ni kah? atau ayam penyet? :)

    saya nak try jugak..asyik makan ayam penyet/wong solo aja...:)

    ReplyDelete
  4. nampka cam menarik ni fiza

    ReplyDelete
  5. Peh!! Mcm sedap je. Nak2 bile nmpk tempe ngan tauhu grg tu. Sy ni dahlah gile tempe tauhu bagai. Huhuhu....

    ReplyDelete
  6. Nyum, meleleh air liur

    ReplyDelete
  7. dekat ngan umah sue ni..boleh terjah...tp rasa mcm lg suke wongsolo ni..camne...

    ReplyDelete
  8. hohoh nama masakan dia mmg kena sebut betul2. sedapnya,I suka jugak masakan indon, dulu selalu cari sari ratu dengan bubu desa tu.

    ReplyDelete
  9. Wahhh kena try ni.. Area sana kami x familiar sgt.. Tapi sebenarnye xtau langsung heheheh.. Sadis betul

    ReplyDelete
  10. sedap ke kak?BK yg dok area bangi ni pon xkesemptn jelajah sne ag

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum fiza...sedapnya nak cuba la nanti..;)

    ReplyDelete
  12. nampk mcm sedap jugak... tp lauk dia x berkuah kan.. lbh kurang dgn ayam penyek erk??? lya mkn ayam penyek aritu rasa lekat tekak sbb x berkuah.

    ReplyDelete
  13. SAYA TAK MAKAN MAKAN YANG NAMPAK PELIK-PELIK NI.. :)

    ReplyDelete
  14. wah!!!!!waduh!!!bagus banget neh!!cam nak try jugak!!!mesti best kan???

    ReplyDelete
  15. menarik... tradisional nie... periuk belanga semua keluar.. hehhe

    ReplyDelete
  16. pelik2 plak nama restoran. tapi yang pelik tu la org nak p. unik..

    ReplyDelete
  17. waduh...nampak enak sekali... harus dicuba......

    ReplyDelete
  18. Saya selalu makan kat Restoran Bumbu Desa..sedap juga

    ReplyDelete
  19. harga ok tak fiza? nampak food presentation mmg cantik emmm satgi nak terjah fb dia

    ReplyDelete
  20. nampak sedap n menarik....kt msia dh ada,xyah la sibuk2 nk naik flight semata2 nk gi makan kt restoran ni...=)

    ReplyDelete
  21. alamak kena cubani.. akakpun suka gak makanan sundani...kat bangi syiok yerk syurga makanan orang melayu...

    ReplyDelete
  22. cibiuk..hehe. susah nak sebutnya betul2..huhu.. rasanya menu kena la dengan tekak.hehe

    ReplyDelete
  23. Mmg nmpk lain tp tengo rupa nmpk sedap..... :-)

    ReplyDelete
  24. saya takleh mkn makanan indon..cuba jugak dulu makan tapi tekak takleh terima..huhu..

    ReplyDelete
  25. singgah pagi selasa... morning!

    ReplyDelete
  26. Nasi Liwet kalau kat bandung nasinya wangi, lembut dan terasa manis je. pengaruh kesuburan tanah kot. Kat sini rasa cam tu jugak ek?

    ReplyDelete
  27. sambal indon mmg sedap!! aku sukak!! aku pulak duk teringin sambal hijo dorang tu...huhu...

    ReplyDelete
  28. Lihat presentation makanan yg Fiza tunjuk pun dah buat kakak terliur. Nampak sedap betul..

    ReplyDelete
  29. never knew dis place exist! kalau you dah kata sedap...must try lah kot. ^__^

    ReplyDelete
  30. Tak pernah try lagi masakan Sunda ni.. Kalau sedap, nanti if ke sana boleh la try usha.. Hehe..

    The Epicure's Journal DONE! ^_~

    ReplyDelete
  31. menarik lah kalo mcm2 jnis sambal ada.fiza mmg suka msakan yg ada sambal ni.ye wong solo tu indon dan sambal dia tu kemain sedap lg kan.nkkena try ni

    ReplyDelete
  32. wah bestnya.. menarik dan unik..

    ReplyDelete
  33. Sesekali makan lain pun sedap jugakkan Fiza

    ReplyDelete
  34. aku tgh posa ni, maka semuanya nmpk sedap belaka. owh!!!

    ReplyDelete
  35. nampak sangat sedap. haishhhhhhhhh

    ReplyDelete
  36. aduiii.. lapo pulak singgah blog ni.. hu3

    ReplyDelete
  37. teringin plak nak try masakan sunda, bese nasik ayam penyet tu kan masakan indonesia :)

    ReplyDelete
  38. macam best je nih..bila2 bole singgah ni

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page