TIKUS punya KERJA!!!!

Wednesday, April 03, 2013



Terkejut aku pagi nih. Masa nak amik incoming/outgoing tray ni kat bawah meja. Nampakkkk...ni TIKUS punya kerja lah nih. Tikus yang kelaparan gamaknya. Sampai kotak ni pon digigit² nya. Buat hal lagi lah ko ni yer. Dulu di bedalnya plastik roti. Tak dapat rotinya, plastik pon jadilah kan. Bukan itu jer. Habis di tinggalkan sampah sarap makanan kat tempat aku nih:


Fail² memang aku letak bawah meja ni. Cabinet fail dah penuh. Tak sempat nak kemas² lagi...haishhhh...Pagi  tadi nak amik tray kat bawah meja ni. Sekali aku tgk sampah berselerak disebalik fail. Pada hal sebelum ni dah clear. Cisssss...Ko buat sampah kat tempat aku yer tikus. Bukan sampah jer, siap dengan bahan buangan dia skali...melampau ko yer tikus. Makanan memang tak bley nak letak merata. Kena simpan dalam laci. Tikus mengganas balik ni.

Bercakap pasal tikus. Tikus dengan cencurut tu sama ker? Teringat peristiwa masa kat umah mak dulu. Dulu kat umah mak memang berkeliaran tikus. Ntah mana datangnya pon aku tak tau. Ada peristiwa yang buatkan aku memaki tikus/cencurut ni. Orang tua² kata, jangan suka suki maki hamun menatang ni. Nanti ada benda yang dia buat. Sekali betul ko. Ntah macam mana dia boleh bolos dalam almari baju. Habis digigitnya seluar feveret aku. Seluar Levi's plak tu. Habis kat bahagian montot sluar tu digigitnya. Perghhhhh...memang panas hati aku. Tau plak tu tikus/cencurut yang itu seluar aku. Baju lain dia tak gigit. Dah lah sluar mahal #brandtujerygakumampu. Pengajaran buat diri sendiri. Binatang pon ada perasaan tau...ahaks...☺☺

Note:  Tapak tangan dah gatal² ni *wink*


You Might Also Like

25 comments

  1. cik ti di mana2 skrg ni.. keje tetap sama..

    ReplyDelete
  2. wahhh dah dpt bonus kah? bestnya!

    ReplyDelete
  3. Cencurut lagi nakal dan genius berbanding tikus...hahaha

    ReplyDelete
  4. bonus nak masuk .. yeah... alahai cik T memang menyusahkan orang tau...

    ReplyDelete
  5. lapar la tuh.. smpi kan kotak pun dia gigit.. huhu

    ReplyDelete
  6. silap2 nanti dia beranak pinak plak kat situ fiza

    ReplyDelete
  7. aduhhh dulu tmpt kerja akak macam nie lah .. lepas buat operasi bereko2 jumpee huhuh

    ReplyDelete
  8. ada extra ke bulan ni hehehe. Cer cari daun durian belanda letak2kan kat tempat2 mak iti tu !

    ReplyDelete
  9. ooopppp...tikus nie..tak boleh di marah2...petua orang tua2lah kena cakap baik2 he heee....

    ReplyDelete
  10. kat opis ni pon banyak cik ti ni...

    ReplyDelete
  11. Cer u beli racun cikti yg kaler biru mcm biji kana tu.or yg kaler oren2 mcm silinder pendek tu..
    Dulu I try..berkesan.

    ReplyDelete
  12. cencorot tu kecik sikit fiza, tp dia punya kejam tu sama jek hehehhe

    ReplyDelete
  13. Dulu masa tinggal kat quarters hospital, tikus tanah mmg bermaharajalela. Besar2 pulak tu.

    ReplyDelete
  14. liya paling takut dgn cik ti.. geli

    ReplyDelete
  15. tingat tikus kat umah saya ni... dah macam2 benda dia kerjakan.. haihh

    ReplyDelete
  16. tingat tikus kat umah saya ni... dah macam2 benda dia kerjakan.. haihh

    ReplyDelete
  17. Cik tikus ni memang perosak...sakit ati kn bila pg2 lg dh nmpak hasil gigitan diorg ni...mmg patut musnahkn je sbb diorg leh bwk wabak...

    ReplyDelete
  18. betul itu sis,..

    binatag,..serangga lagi kita marah,..lagi dia buat peel,..kecuali cicak memang tk blh dibawa berbincang hehehe,..tikus pun dua kali lima kut,,,

    ReplyDelete
  19. Kat office ek tikus tu.. huishh bahaya kang digigitnya fail penting.

    Haa tikus pun ada perasaan, balas dendam nampak. Tak tau la pulak saya dua spesis ni lagu mana beza nya.

    ReplyDelete
  20. Dulu mase opis lame sy pon mcm tu..langsung tak ley tinggal mknan..habes dikerkejakn tikus...ggggrrrr...

    ReplyDelete
  21. samalah ngan saya kak. kat rumah tu abis tikus kerjakan kotak2. x dpt makanannya, dpt gigit plastik pun jadi lah. huhuhu

    ReplyDelete
  22. ada yg nak masyuk la tu :)

    a`aa betul tu kak.ayh sy pernah sekali dok bisng2 dengan cik ti.sekali dcik ti pi gigit botol minyak yg ayah sy letak dlm bilik.botol plastik tu.

    tajam tak tajam la gigi cik ti tu sampai habis minyak tu.. huhu

    mak pon pesan jgn marah2 dia..

    ReplyDelete
  23. Kalau umah mak banyak..rumah nieza seb baek takde -.-

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive