Budak Merajuk!!!

Tuesday, May 14, 2013


'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk'


Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (>_~). Kisah ahad lepas. Ibu dia sibuk uruskan abang dengan kakak. Suapkan mereka nasi lemak hasil tangan ibu. Suruh kimi makan sendiri...tak nak. Nak ibu suap juga. Anak dara bijak tu pulak nak makan sendiri, tapi separuh jalan. Selebihnya ibu suap juga.

Qhalif pon makan juga, tapi tak banyak. Bila ibu tak layan dia...mulalah merengek. Nak susu gantung pon iyer juga, tak menyabar kan. Ibu buat tak tau jer. Tetiba senyap... tercari²...mana plak anak bujang tecik ni. Sekali...duduk bawah meja ko...ekekeke...tergelak² mak noks dengan qhalif ni. Duduk diam dalam tu. Bila aku intai, mulalah cembeng...alahaiiiii...siannya dia.


Geram dengan budak botak ni. Makin botak makin cheeky ☺☺. Cemburu pulak tu. Kalau kakak/abang baring sebelah ibu. mulalah datang nak menyelit...haishhhh...Tak sabar nak tunggu qhalif jalan. Gigi pulak masih 6 batang...tak berganjak. Tapi nampak gusi bawah tu ada putih². Nak tumbuh gigi lah tu.

Note: Petang smalam badan qhalif dedar2. Alhamdulillah...pagi ni dah ok. Harap² tak demam lah.




You Might Also Like

19 komen

  1. ala la la...cian dia ngajuk sorang2..huhu..sama la anak dara amie tu..sikit2 dah terbaring atas lantai..sikit2 terbaring. penat kot asik nak berkepittt je

    ReplyDelete
  2. tapikan, anak2 kalau kita suapkan dia lebih kenyang dan makan pun banyak

    ReplyDelete
  3. alala,comel..kecik2 dah pandai merajuk ye..

    ReplyDelete
  4. amboi amboi.. siap buat muka cebik tu tak tahan.... heheh macam2 anak2...
    anak saya skunk dah makan nasi keras.. nasi lembik dah tak mau... serang makin aktif jalan sana sini.. tak dudk diam...

    ReplyDelete
  5. Siok kan tengo gelagat anak2...aku kat opis asyik teringat dorang jak...huhu

    ReplyDelete
  6. mesti seronokkan melayan telatah anak2

    ReplyDelete
  7. Same perangai mcm anak buah kite:-)

    ReplyDelete
  8. izzat pun tak sihat. anta balik kg... moga anak-anak kita sihat ye.
    budak botak memang notty hi hi hi... tapi cute!

    ReplyDelete
  9. hahahaha...merajuk nyuruk bawah meja! nasib baik jumpa! ;P

    ReplyDelete
  10. hehehe....kelakarlah qhalif nie...bijak pulak tue...pandai merajuk.berapa umur qhalif?anak saya 11 bulan tp belum tumbuh gigi pun. saya pun tak sabar tunggu Ariq jalan..hihi.^_^

    ReplyDelete
  11. alolo Qalif majuk ye..ibu tak layan Qalif sampai duduk bawah meja..hehehe

    ReplyDelete
  12. wah qalif
    makin merajuk,makin chumel tau.
    manja ni!

    ReplyDelete
  13. Alolololo.....
    COmelnya dia merajuk...
    Hehheheheh..

    ReplyDelete
  14. alahai..pndai merajuk dia ye.. =)

    ReplyDelete
  15. syok dan comey je r bdah besar ni merajuk.. dan cemburu.. hehehe

    ReplyDelete
  16. tapi memang betul.. budak2 pun memang pandai cemburu tau.hehehe

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page