Cerita BUKU MERAH dan IMIGRESEN!!!

Wednesday, May 22, 2013


Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katakan...hahahaha....


Alhamdulillah...selesai juga masalah passport. Bukan main susah lagi nak buat. Dari hari jumaat last week. Aku gi Jabatan Imigresen Putrajaya. Sekali system offline. Frust. Member office ni gi hari isnin. Tengah amik nombor. System offline lagi. Tengah hari pergi lagi. Masih lagi offline. Amik nombor hari isnin untuk hari selasa nyer appointment. boleh gitu? Passport nak kena submit before 27th May nih.

Kisahnya...pagi selasa aku gi Jabatan Imigresen kat Terminal Bas Kajang Jalan Reko tu. Pukul lapan lebih aku sampai....perghhhhhh...dah beratur panjang wei. Ramai betul orang nak buat passport dan ramai betul orang nak bercuti kat over the sea kan. Lagi pon mungkin aku salah timing sebab nak cuti sekolah ni. Ramai lah orang. Pastu member office ni cakap. Mungkin sebab gomen dah clearkan nama² orang yang dah di black listed kan (janji pilihanraya ker?). Tu yang berebut² gi buat passport.


Nak pitam aku beratur. 2 jam lebih hokey. Dengan tak breakfast nya lagi. Buat tambah lagi tension haku ni kan, gambar passport skang ni nak yang background putih. Aku nyer gambar background biru...arghhhhh...keluar barisan jap gi amik gambar pulak. Ramai juga orang sebab memasing baru tau nak background putih kot. Kesian pada orang yang bawak anak kecik lah. Sian tunggu mak sampai tertido kat kerusi. Luluh plak hati aku ni nengok*dasar hati tisu*. Member aku ni pon kesian jugak. Gi buat kat Pudu Sentral. Pon ramai orang. Pastu passport siap dalam masa seminggu. Selangor jer yang siap hari tu juga. Patah lah balik member aku ni gi Kajang. Nasib sempat amik nombor. 

Dah amik nombor, kena tunggu step by step plak. Daftar nama bagai, tunggu nombor di panggil untuk pembayaran. Tunggu lagi ko. Dah buat pembayaran, tunggu nombor di panggil untuk amik passport pulak...selepas 2 jam plak tu....alahaiiiiii...pastu boleh plak system offline kejap. Seharian aku kat Jabatan Imigresen ko. Dekat pukul 4 petang baru habis. Makanya...aku tak masuk office. EL lah gamaknya smalam semata² nak buat buku merah ni.

Sempat lah berborak dengan pegawai imigresen tu. Katanya mungkin sebab nak cuti skolah. Tu yang ramai. Selalu tak der ramai macam nih. Iyo lah tu. Yang aku hairan, kaunter banyak, tapi yang buka hanya beberapa kaunter sahaja. Imigresen kena upgrade lah system dorang. Yang kat Putrajaya tu asyik offline memanjang. Aku dengar kat mana² imigresen pon orang ramai/penuh. Kesian dekat pemohon yang kena tunggu lama. 

Nasihat aku, kalau korang nak gi buat passport, keluarlah awal². Aku rasa dorang ni lepas subuh dah kluar amik nombor agaknya. Pastu kan. Nak lagi senang. Buat² lah macam ibu mengandung. Perut tu kasi buncit macam mengandung 9 bulan. Tapi yang belum kahwin jangan lah buat macam ni. Tak pasal² jer kena beratur balik sebab menipu. Amacam...ada berani??...hehehehe...gurau jer. 

Itu jer lah kisah aku dengan Buku Merah dan Imigresen. Panjang juga erk. Luahan ferasaan noks...ahaks...

Note: Abaikanlah mukaku dipassport tu. Urat senyum dah putus. Orang yang tengah tension sebab beratur panjang sangat kan  >_<.



You Might Also Like

25 comments

  1. wahhh nak berjalan kemana tuu

    aduhaiii ke imegresen lahh paling x suke sbb selalu off line macam nie lah
    ke semua tmpt sama .. masa nak ke jakarta akk ke sana anak beranak , kira seharian jugalah huhuh
    semput nyawa ..
    sib baiklah offline x lama huhu

    ReplyDelete
  2. takpe yang penting urusan dah selesai yer !

    ReplyDelete
  3. sy ritu da amek gambor 3 branak dgn background biru,smpai imigresen pjaya die nk bckground putih.kene la p bratur amek gambor lain.buruk lak tu.petu offline..suh dtg hari len.die ingt kte laki bini ni keje bisnes sndri sesuke ati nk amek cuti lagi.kul 3.45 sy trus ke imigresen kajang.smpai dlm kul 4.sgt memuaskan..kaunter pun byk.gambor bleh je bckground biru.BCKGROUND PUTIH TU PJAYA JE YE..bygkan sy dtg kul 4 lebih,trus siap la,la tu jgk.pasni idakle ke imigresen pjaya lg..

    ReplyDelete
  4. buat pasport mmg tertido-tido ar nak tggguuu..hehehe....

    ReplyDelete
  5. selamat berjalan makan angin nok...seronoknyaaa dapat coti2 kan. takpela beratur pjng pun janji dapat gi over the sea..hehe

    ReplyDelete
  6. banyak dugaan nya ye nak buat passport ni.. tapi takpe akhirnya siap juga...:)

    ReplyDelete
  7. selamat bercuti..jeles jemah..dah ada buku merah dah

    ReplyDelete
  8. wow....bestnya gi over the sea :P

    mmg kes offline sepanjang last week kat imigresen...saya ada baca dlm 1-2 blog lain juga pasal ni

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya.....selamat bercuti2...

    ReplyDelete
  10. kitorg 3 hari pegi imigresen.hari ptama no habis..hari kedua ramai giler smpi rsa tk sggup nktggu giliran.hari ketiga baru dpt bt.gi awal2 pgi tu.smpi2 no dh 100lbih..giler ahhh

    ReplyDelete
  11. seharian menunggu???terpaksa la kan,kalo tak tak dapat lagi la buku merah tu..

    saya paling tak suka nak nunggu lama cam gini..takde tahap kesabaran yang tinggi :)

    ReplyDelete
  12. bnyk tempat offline last week kak. tapi bos saya kata, dia pegi kt putrajaya, dlm 2 jam dah siap. kt shah alam & kelana jaya ramai pulak orang. huhuhu

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah dpt jugak pasport..heheh

    ReplyDelete
  14. rasanay imegrisen ni dr dulu pun org komplen mcm tu.. sentiasa ramai org.. xde prubahan lgsg..

    ReplyDelete
  15. hehe...pengalaman kan..so, jadi la ke uss ye..woweeee...bestnya

    ReplyDelete
  16. masa saya buat pasport ari tu nasib baik mudah jer, datang kol 8 sampai2 beratur kejap then sampai giliran settle segala then bayar tggu xsampai sejam siap terus, senang jer lah cakap, tapi xtahu lah kot sekarang asyik serverdown dek kerana blackout sesaja kan heheh tu xtau lah

    ReplyDelete
  17. Lama jgk tu 2 jam..uhuhuhu... Nsb baik dekat rumah tu bukak smpai kol 10 mlm hrtu buat pun sekejap jerk dah siap..

    ReplyDelete
  18. Fiza nak bercuti ke mana? nak ikut boleh? hehe

    ReplyDelete
  19. hehe..

    kan kan...saya ni dari jaman sekolah ulang alik ke imigresen..asalnya saya warganegara singapore nak dapatkan kerakyatan.umur 18 baru dapat warganegara..

    uihhh....jenuhhhhh...naik bosan.dari zaman tak canggih ke zaman da canggih,pun sama..beratur lama..orang ramai..
    *pening*

    selamat bercoti!

    ReplyDelete
  20. jauhnya bercuti kak..bawak diri ke ni..hehehe

    ReplyDelete
  21. selamat bercuti yea kak..hehe.. take note background gambar kena putih..hehe.. baru tahu.. ^^

    ReplyDelete
  22. undang2 kena ikutler...klau nk cepat boleh..tampal gambar kat kertas...isi borang..bawa lah pegi mana nak..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive