Kepala YATT HAMZAH Melekat Ketika SUJUD TAUBAT!!!

Thursday, May 16, 2013


Untuk renungan kita bersama. WAJIB BACA kepada kaum WANITA / GADIS2 / PEREMPUAN


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


Note: Ya! Allah...scarynya. Maha suci Allah sebab beliau dapat melihat azab tu. Semoga kita dapat menjaga adab² dalam berpakaian dan jugadapat menjaga solat kita. Peringatan buat diri sendiri juga. 



You Might Also Like

21 comments

  1. mmg scary klu dpt hidayah mcm ni. tapi lebih baek diberi petunjuk dari awal sekurangnya kita lebih peka dengan kebesaran Maha Suci Allah swt.

    ReplyDelete
  2. semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua lebih-lebih lagi buat gadis-gadis ISLAM di luar sana.. :)

    ReplyDelete
  3. Moga kita sentiasa usaha perbaiki solat pakaian kn kak.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, takutnya kan? Yatt antara insan terpilih utk lihat semua tu.. Sempena bulan rejab yang mulia ni insha Allah nak menutup aurat dengan lebih sempurna.. Doa2kanlah agar ditetapkan hajat Mieza ni ye Fiza..

    ReplyDelete
  5. thanx sharing
    mudahan kita tgolong dalam org mdapat hidayah dan kekal dlm iman
    meskipun masih lemah imanku ini

    ReplyDelete
  6. kiranya dia merupakan insan terpilih bila dpt melihat azab camtu. at least, dpt perbaiki diri

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH KERANA DIA DAPAT PETUNJUK DARI ALLAH..

    ReplyDelete
  8. dia sangat beruntung dapat hidayah camni ....

    ReplyDelete
  9. dulukan cikgu pernah terdoa kat yatt ni utk terus bertudung lepas tgk satu drama bersiri. Cikgu tengok cerita tu pun sebab suka tengok yatt pakai tudung dan sangat berkenan dengan karektor isteri yg lemah lembut tu. Tak sangka doa tu antara yg dimakbulkan allah... suka tengok yatt sekarang

    ReplyDelete
  10. moga jadi pedoman buat teman2 yang belum menutup aurat dengan sempurna..insha Allah

    ReplyDelete
  11. Mudah2an 1 hari nanti, AJ berhijab...

    ReplyDelete
  12. gd sharing ini moga bermanafaat pd semua !

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.. takut bila dgr azab tak menutup aurat..

    ReplyDelete
  14. Takut....peringatan utk diri sendiri....

    ReplyDelete
  15. A`ah pakai tudung sampai tutup penuh buah dada yerr... :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive