1 Syawal 1434H - Kisah KAMI Dipagi RAYA!!!

Tuesday, August 20, 2013


Ok...bersambung kisah semalam. Kalau semalam cerita tentang Kecomelan Kami...ahaks...Hari ni cerita pasal kisah raya KAMI pulak yer.

Dimulakan dengan kisah sehari sebelum raya. Pepagi dah mencemar duli kat umah mak. Tolong apa yang patut kan. Semua barang untuk memasak dah siap. Sebab kakak aku yang rajin tu dah buat. Tinggal nak masak jer. Tugas aku plak mengemas rumah, tukar langsir, isi kuih dalam bekas dan buat apa yang patut lah.

Malam raya tu gak orang² masjid akan datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Jangan tak tahu, kat Kg Pandan ni masih ada lagi aktiviti macam nih. Bukan kat kampung² jer tau. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Seronok ah dorang sebab dapat banyak duit raya ^_^. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.

Tapi aku tak dapat nak tengok orang bertakbir raya kat rumah sebab selesai jer mengemas, aku balik bangi. Nak kemas umah yang macam tongkang pecah plak. Tak habis mengemas lagi. Tambahan pula dengan sinki yang tersumbat. Memang strees lah kan. Kalau malam raya memang aku orang yang paling lewat tidur.

1 Syawal 1434H - Satu hari di Hari Raya

Buat pertama kalinya beraya di rumah sendiri selepas hampir 4 tahun duduk kat Bangi ni. Memang dah decide dengan hubby. Nak mencari kelainan kononnya. Pepagi dah bangun, kejutkan anak². Si abah ngan anak bersiap² nak solat raya. Si ibu plak prepare apa yang patut. 

Balik dari solat raya, kita breakfast dulu yang simple². Sampai umah mak nanti kita bedal makanan raya plak. Dah isi perut, maka bermulalah sesi bergambar. Memandangkan memory card ntah mana letaknya, jadinya kita pakai Samseng TAB sudah. Siap adjust tempat dan set timing lagi ko. Dan ini lah hasilnya:



US...with blue theme >_<

Complete kami anak beranak. Gambar paling berharga sebab inilah satu² nya  gambar kami anak beranak yang complete. Sadis kan.  Bukan tu jer, mencabar betul nak amik gambar ni. Si Qhalif bad mood plak pagi tu. Tak memberi kerjasama tau si budak motak ni. Mak pak ko punyalah over posing. Dapat kat anak²...muka tak ready...haishhhh...jadilah. Tak der orang yang nak tolong amikkan. Set timing jerlah.

'Sayang Abah' 

'Abah...maafkan qhalif'

Sesi salam bersalaman pulak. Anak² salam cium tangan abah. Yang tak bestnya, gambar anak² cium tangan ibu dia ni nan hado....cis...hahaha...Selesai turn anak², turn ibu pulak lah kan. Minta maaf dengan En. Suami.

Sebenarnya...Dia Suami saya dan saya Isteri dia

Dari tangan si kimi yang gigil ☺

Gambar mahal juga ni. Jarang bergambar berdua ngan hubby. Biasalah...orang tu tak mesra camera. Ni pon bergambar syiok sendiri. Sendiri bergambar dan sendiri amik gambar. Minta tolong Iman Hakimi amikkan, tengoklah hasilnya kat atas tu. Beso sangat samseng Tab tu gamaknya. Tu yang gigil²

Selesai bergambar, balik umah mak lah pulak. Tahun ni turn kakak aku kat ganu beraya di KL. Abang plak balik N9 last minute. Sepatutnya memang giliran beraya di KL. Tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan. Abang long balik lepas solat raya. Kakak yang lagi sorang tu pon sama. Adik plak turn JB tahun ni. Seronok dpt berkumpul ramai² sampai lupa nak amik gambar se falimy...haishhhh...

Tahun ni tak berjalan sangat pon. Jalan² beraya kat umah jiran. Pastu raya kedua balik umah mak mertua kat Rawang. Raya ketiga beraya umah makcik hubby...hurmmmm...

Note: Jenuh nak mengarang entry raya ni. Minggu ni banyak open house. Menternak lemak kekdahnya ni.






You Might Also Like

32 komen

  1. pertama kali awak raya kat bangi, sy prtama kali tgk gambar keluarga kawan wiwiwiwiwiw .. meriahnya seronoknya ramai anak² meriah mcm² kerenah.

    ReplyDelete
  2. adoiii se qhaliff tu buat jemah gelak beso..kikikiki...sweet je dier

    ReplyDelete
  3. ada gak gambar raya..akak ni sekeping pun xder gambar masa raya hari tu

    ReplyDelete
  4. Seronoknya beraya. Semua muka ceria sangat. Selamat hari raya maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  5. Seronoknya beraya. Semua muka ceria sangat. Selamat hari raya maaf zahir batin!

    ReplyDelete
  6. Kita ni sebenarnya 'berjiran' kan? :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya....gojes nya tudung tuan blog. hehe

    ReplyDelete
  8. gigih bergambar yer.. hehe.. kami xde pic pun..

    ReplyDelete
  9. Betul2 gigil tangan kimi nak ambik gambar romantis mak dan abahnya....hehehe

    ReplyDelete
  10. besttu der xtvt malam raya.. meriahle rsikit.. rumah nenek akak kat gombak takder ler pulak... kot idak akak suka sesangat...
    okler ada gak kenangan.. tapi kalau dah ramai memamg terlupa nak bergambar.. gituler kalau akak balik kampung konon nak bergambar bebanyak hasilnyer kadang langsugn takder gambar...

    ReplyDelete
  11. Kat kg zie tak dak pun macam tu.. huhu
    seronoknya beraya kat rumah sendiri nak gak macam tu.. tapi rumah mak jauh kang habis masa kat jalan jer.. huhu

    Alhamdulillah fieda komlit beraya berlima kan... zie pun tahun ni rasa best sikit nak bergambar bagai...
    tapi takd dak jugak gambar berdua dgn en suami

    ReplyDelete
  12. KELUARGA BAHAGIA.. SELAMAT HARI RAYA..

    ReplyDelete
  13. mgu ni byk open house jugak..tp mertua dtg.so, tak dempat jengah kot jemputan semua..

    ReplyDelete
  14. wahhh...beraya umah sendiri korang ye. tapi bestla ko kawen ngan org dekat je beb. leh balik hari gitu kan. takyah pening2 nk beraya mana..huhu

    ReplyDelete
  15. alahaiiii qhalif sakan nangis mntk maaf ye... comeiii ... hahha

    ReplyDelete
  16. boleh tahan meriah raya tahun ini yer

    ReplyDelete
  17. fiza x pe ternak lemak byk2. skrg mmg dah selim. hehe

    ReplyDelete
  18. pandainya hakimi amik gmbr mama n papa dia, tema biru tahun ni ye, nampak sejuk je

    ReplyDelete
  19. selamat hari raya buat fiza sekeluarga :)
    samseng tab pun ok apa..hehe

    ReplyDelete
  20. sedondon ngan anak dara.. cantik!!!

    memang susah nak gambar semua dgn aman... ada je huru hara. dah duduk plakkan ada yg tak pandang camera. letih okeh.. kami berpeluh2 nak bergambar haha

    ReplyDelete
  21. kalau dah besar gedabak macam ni, aktiviti bersalaman tu rasa agak kekok pulak.hahaha. sebab dah tau banyak buat dosa dengan mak ayah.hehehe

    ReplyDelete
  22. selamat hari raya maaf zahir dan batin..

    nangis pulak qhalif heehhe

    ReplyDelete
  23. Apa pun ketika raya inilah keriangan bersama keluarga lebih terserlah kan Fiza. Cuti, makan, bertemu, berjalan itu yg buat rasa gembiranya lain...

    ReplyDelete
  24. Detailnya kisah raya dia. Apsal plak qhaliff badmood pagi tu? Gmbr dia nangis tu mmg epic.

    ReplyDelete
  25. Ternak apa yg patut. Setahun sekali je..

    ReplyDelete
  26. hehehe..qhalif napa nangis tu..cumil betul dia pakai baju raya tu..:)
    ok lah tu Fiza..dpt pic sekeluarga wlpn main set tiimng jer..tp yg cute tu Kimi ambli pic mak abahnya..:)

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page