Cerita Open House Raya - Dapat Bergambar dengan Orang² Penting @ Dato'² >_<

Friday, August 23, 2013


Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jemputan open house. Bersiap sedialah untuk menternak lemak.


Semalam ada jemputan Open House. Khas untuk staff² UEM Group. Buat kat Persada PLUS. 1st time jejak kaki kat sana. Sampai² jer dah nampak khemah bersusun². Kalau nak sejuk, bleylah duduk dalam dewan. Tapi ko faham² je lah kan. Bila dah ramai umat manusia kan. Sure dorang dah booking dewan air-cond awal² kan. Duduk luar jer lah.


Ada macam² jenis makanan dan makanan memang sedap². Tapi nak amik makanan punyalah hazab. Beratur panjang tak hingat. Nak amik kambing panggang...perghhhhh...gila panjang nak beratur. Tak sanggup mak noks. Dengan panas lagi kan. Jadinya...tak dapat makan kamping panggang, dapat makan sate kambing pon jadi lah.

 Dengan Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim

Dengan Dato' Izzaddin Idris

Dengan gang office. Sedih sebab Susan last day hari ni. Hampir 9 tahun kerja bersama dari kat Faber Tower lagi...huhuhu...

Part yang paling best skali. Bila dapat berposing dengan dua orang kuat syarikat dan group. Siapa lagi kalau bukan dengan Group MD/CEO UEM Group, Dato' Izzaddin Idris dengan MD/CEO UEMSunrise, Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim. Berdiri sebelah Dato' Izzaddin tu...auwwwwww...vangga jap. Bukan senang nak bergambar dengan orang² penting syarikat ni kan. Dan selebihnya macam baisa lah. Posing ngan gang office. Posing itu kan harus. Nak letak dalam blog katakan...hehehe...

Artis jemputan plak Nabil, Mila dan Angah Raja Lawak. Tak sempat nak bergambar dengan dorang pon. Overall semua ok. 

Note: Kejap jer nak jumaat kan.




You Might Also Like

19 comments

  1. fizaaa, ko adalah sangat kecik hokeh! sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. susan gi mana kak? dpat offer lain ke?

    ReplyDelete
  3. jeles tgk ketupat rendang tu semua..huhu
    kak, kalau x, hubby saya wat pangklung show kt jamuan raya UEM tau.
    tp xtau la yg minta quotation tu senyap je..

    ReplyDelete
  4. wah fieza best nya open house depa... meriah..

    ReplyDelete
  5. As salam Fiza,

    Selamat Hari Raya! Beraya di Msia mmg meriah..! Aduh terasa rindu nk balik ni...huhuhuu...

    ReplyDelete
  6. TERINGAT MASA ZAMAN SEKOLAH DULU, SEPUPU2 DI KL SELALU CERITA BERKAWAN DENGAN ANAK DATUK LAH, APE LAH.. TAPI KINI SETELAH BEKERJA, MEMANG DAH BIASA BERTEMU DENGAN ORANG2 BEGINI.. TYT MELAKA PUN SAYA BIASA JUMPA, DATUK APAKAN LAGI, BIG BOS SAYA PUN DATUK.. :)

    ReplyDelete
  7. oo ada invite artis jugak la yer.. mesti meriah ni

    ReplyDelete
  8. Semua gambar nampak ceriaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. RAYA SEBULAN.. MASIH MOOD RAYA LAGI.. ESOK DI JABATAN SAYA PULAK BUAT OPEN OFFICE.. :)

    ReplyDelete
  10. Bestnya makan2 saja bulan ni yek....hehe

    ReplyDelete
  11. meriahnya..ema pula tunggu 5hb nanti..open house kat opis

    ReplyDelete
  12. wah..meriahnya raya..dee tak pergi yg corporate pya..yg tu kat KLCC convention centre..utk staff buat kat dataran maybank je..tp dept2 lain pun ada buat..tu yg syok tu..makan jelah kerjanya..hahaha..

    ReplyDelete
  13. alamak tak kenai lansung dato2 tu, btw menu dia best2 :)

    ReplyDelete
  14. wah akak sakan yer begambar dgn dato' lagi :-)

    ReplyDelete
  15. Wah bestnye..dpt bgambar ngn dato'...meriahnye

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive