Puding Roti Kiwi dengan Sos Castard: DAY 14

Sunday, September 22, 2013

Finally...cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge sudah sampai ke penghujungnya. Macam tak percaya jer saya dapat menghabiskan tugasan dengan jayanya. Memang agak mencabar juga sebenarnya tapi seronok sebab dapat mempelbagaikan masakan berasaskan buah kiwi. Kalau sebelum ni kita makan buah kiwi macam tu jer. Tapi sebenarnya ianya juga sesuai dalam masakan harian kita.

Selama 14 hari berturut2 saya makan buah kiwi ni, memang saya dapat rasakan perbezaannya. Terutama sekali dari segi penghadaman. Seperti yang kita tahu, kiwi kaya dengan vitamin C dan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Kalau uols ada masalah sembelit, memang disarankan makan buah kiwi.

Selain dari itu, sistem imun saya dan anak2 bertambah baik. Kalau kena selsema, memang capat keringnya. Tak berlarutan pon. Sebab kiwi juga membantunmeningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel dan masalah jantung. Betapa banyaknya khasiat buah kiwi ni kan.

Ok...untuk cabaran terakhir ni sepatutnya saya buat kek, tapi kek tak menjadi...huhuhu...jadinys saya buat Puding Roti Kiwi bersama sos Castard. Sedap tau :-)



Bahan2 yang diperlukan:

*3 cawan susu (Fresh milk)
*3/4 brown sugar
*2 biji telur
8 keping roti
Kismis/choc chip
Zespri® kiwi

Campur semua bahan bertanda * dan rendam roti dalam tu selama 20 minit. Dah kembang, letak dlm loyang pembakar. Sapukan mentega keliling loyang supaya tak melekat. Taburkan kismis dan juga buah kiwi. Bakar pada suhu 160'c selama 30 minit atau sehigga kekuningan.

Untuk sos castard:

2 cawan susu cair (saya pakai fresh milk)
1 cawan gula (klo suka manis blh tambahkan gula)
2 sudu tepung castard

Kacau sampai sos likat dan pekat.

Senang jer kan. Cuba tau. Di jamin sedap :-)

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

8 comments

  1. SEDAP KE? TAK BIASA MACAM MAKANAN CAMNI..

    ReplyDelete
  2. kak.... kagum nye masuk challenge mcm ni.. tabik..tabikk :)

    ReplyDelete
  3. salam.

    amboi awak join masak memasak ke. comel je awak ni tau. terliur pula tengok gambar tu..huhu

    ReplyDelete
  4. Inovatif betul fiza nak habiskan cabaran ni, mcm2 resepi dah fiza cipta kan? Tahniah dah berjaya habiskan cabaran ni.

    ReplyDelete
  5. Tahniah !!! dah abesss 14 hari kan...hehe

    ReplyDelete
  6. yummy.....
    uding roti.....lama tak buat...next buat tambah kiwi la plak.hehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive