Puding Santan Kiwi: DAY 9

Friday, September 20, 2013

Bersambung lagi untuk cabaran Zespri's. 9 hari sudah. Sampai dah pening nak masak apa. Tetiba terfikir nak buat puding. Kita olah sikit resipi. Dan ini hasilnya.



Abaikanlah food presentation itu. Memang saya tak mahir nak menghias bagai. Ala kadar jerlah. Antara bahan-bahannya:

1 peket agar2 bertali
11/5 cawan gula
3 helai daun pandan (di blend)
3 cawan air
1 biji telur
Garam
3 cawan santan
Zespri® kiwi

Panaskan air dalam periuk. Masukkan agar2 bertali dan juga gula. Kacau sampai bahan2 sebati/hancur. Dalam bekas lain, pukul telur dgn santan. Pastu masukkan air daun pandan dan juga santan. Letak secubit garam dan sedikit pewarna hijau.

Sejukkan dalam bekas dan letak hirisan buah kiwi. Senang kan.

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

12 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page