Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge: DAY 3

Saturday, September 07, 2013

MURTABAK MAGGI KARI BERPERISA KIWI

Untuk cabaran hari yang ke 3 ni, saya buat Murtabak Maggi Kari. Buat minum petang. Sebenarnya ini kali pertama saya buat murtabak maggi. Sebelum ni memang tak pernah buat. Risau juga kalau tak menjadi kan.

Macam biasa, saya campurkan dengan zespri's kiwi green dan sungold. Alhamdulillah, menjadi murtabaknya even baru pertama kali mencuba.



Inilah hasilnya :-). Murtabak Maggi Kari berperisa KIWI. Kalau nak tau rasanya macam mana, uols kena cuba dulu. Rasanya memang tak mengecewakan. Percayalah...cewahhhhh...:-)



Antara bahan2 yang diperlukan. Rebus maggi. Saya pakai sebungkus jer. Tumis bawang merah, bawang putih. Dah kekuningan masukkan cili boh 1 sudu. Masukkan daging cincang. Sementara tunggu bahan gorengan masak. Pukul telur dan campurkan bersama serbuk kari maggi tu. Campurkan maggi, bahan gorengan, sedikit daun sup dan juga buah kiwi tadi kedalam telur yg dah dipukul. Gaul sebati bahan2 tadi. Pastu gorenglah. Padat2 kan maggi tu sampai masak. Senang jer nak buat :-)

Selain kaya serat dan vitamin C, kiwi juga membantu memudahla sistem usus dan mengelakkan masalah sembelit. Haaa...kalau uols ada masalah sukar membuangm, bolehlah amalkan pemakanan buah kiwi ni.
Nantikan cabaran, khasiat dan menu saya yang seterusnya yer :-)



posted from Bloggeroid

You Might Also Like

12 comments

  1. MURTABAK KIWI YANG TAK MENAHAN TU..

    ReplyDelete
  2. waa tak sangka kiwi boleh dimasak dgn pelbagai cara ye fiza, nice ;)

    ReplyDelete
  3. kiwi zespri memang sedap.. kena cuba ni. hehe

    ReplyDelete
  4. semakin rajin fiza memasak dengan kiwi zespri, bestnya metabak megi :)

    ReplyDelete
  5. mcm sedap je..best gak kan kalo cuba mcm2 menu ni..

    ReplyDelete
  6. wah resepi ni but menarik juga yer.. terbaik !

    ReplyDelete
  7. Murtabak maggi perisa kiwi! Hui, tak pernah rasa.. Mesti meletup rasa dia kan? Mesti cuba! ^^,
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  8. nyum2... sedap plak tgk murtabak maggi fiza ni.

    ReplyDelete
  9. Salam K.FIza...

    murtabak megi perisa kiwi..?
    okeh..ni lagi rasa berkobar2 nk try..!
    copy resepi dulu yer..

    ReplyDelete
  10. hohohohoho.. terbaiklah mertabak maggie dgn kiwi.. mesti ada rasa masam manis kan. kan..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive