Kepala Serabut sebab Qhalif!!!

Wednesday, November 20, 2013

Tengoklah ni. Inilah punca hati seorang ibu tak keruan, tak senang duduk dan keserabutan fikiran memikirkannya.




Tak tau lah apa puncanya ni. Sensitive ker kulit si Qhalif ni? Kudis kah? Sakit kulit kah? Sebab air kotor ket? Benda ni on and off. Bila dah elok, tak lama lapas tu naik balik. Selalunya kat tangan dan kaki. Naik biji2 berair kecik2. Tapi ni naik kat kepala pulak.


Kesian sangat tengok sebab tergaru2 sampai berdarah kepala tu. Sampai aku sendiri tak sanggup nak tengok dan tak sanggup nak letak ubat. Rambut tu pon abahnya potong sebab senang nak sapu ubat. Sopek jadinya rambut anak bujang ni. Dah sembuh nanti kita botakkan rambut yer dik. Kimi dan qahirah pon kekadang kena juga. Tapi tak teruk macam ni. Mungkin antibodi dah stabil kot.


Dah gi klinik pakar kulit. Kerap juga pergi sampai doctor pon dah kenal. Dr bagi ubat cuci, ubat makan & cream untuk tangan dan kepala. Ni nanti nak bawa gi spital plak. Klo dapat buat blood test pon ok juga. Nak tau apa puncanya. Pening wei. Naik berbintang kaki tangan qhalif yang soleh ni. Alhamdulillah...tak naik kat muka.


Smoga sakit kulit anak ibu ni pergi jauh2. Jangan datang2 lagi dah. Sian sangat ibu tengok awak tergaru2 dik.


Note: Rasa macan nak bawa juga gi DARUSSYIFA' kat bangi tu. Kita ikhtiar kan sebab kerap sangat kena ni :-(

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

51 comments

  1. pegi la at least kiter sebagai ibu ni berusaha kan...

    ReplyDelete
  2. ehh keiannye khalif..da bawka g klinik..klinik pakar kulit better g..

    ReplyDelete
  3. Alhai sinnya Qhalif.. Alergik apa2 kot.. Semoga cpt sembuh ya Qhalif.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau lah RH sbb sebelum ni ok jer makan apa pon.

      Delete
  4. kat facebook ada gak sorang dr tu suggest guna hemopathi nok. cer ko try nok sebab dia citer ada budak ada masalah kulit still tak okey2 walaupun byk kali dah pergi klinik makan antibiotik bagai. still ada jugak. cer la ko usha2 kinik hemopathi. tapi sesambil tu kena bertahan la sebab hemopati mcm supplement kan. sian nengok qhaliff cenggini. dulu ada sorang kawan cenggini gak anak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..Thanks for the info nok. Kena cari klinik homopati lah kat bangi ni. Mana tau serasi plak kan.

      Delete
  5. Anak sedara sy ada sorg yg mcm ni. Kat kepala. Tapi belum seteruk ni la. Kakak sy beli ubat apa ntah sapu. Then hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat apa sis? Kalau tau blh juga try beli.

      Delete
  6. myb sbb permakanan kot.cuba pantau pemakanan dye.hope boleh membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakanan erk. Sebab sebelum ni ok jer mkn apa pon.

      Delete
  7. Ya Allah kesiannya Qhaliff, boleh bayangkan dia nak menggaru tu yg lagi jadik agaknya.semoga cepat sembuh Qhaliff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah IF. Kesian sgt. Bila dia garu, air2 tu pecah, tu yg merebak cpt.

      Delete
  8. sbb ape yea jd cm tu..cian si comel..

    ReplyDelete
  9. Kesiannya kak..mcm gatal je tue..apa puncanya doc xckp pulak ye?
    pelik pulak dh ilang naik lg..alergik ke?
    kat kepala tu byknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan . Memang gatal azie. Tak lena tido dia kekadang. Dr pon tak ckp apa puncanya. Dia bagi ubat jer. Tapi tu lah, on & off :-(

      Delete
  10. Ya Allah Fiza....sy lak yg tak keruan. Nak nanges pun ada pk kan seksanya si Qhalif ni. Siannya. Berat mata memandang. Klu sy jdk Fiza, hati tak senang gak. Ni pun hati tak senang tgk dianya hah! Aduhai...sian dia. Takpe Fiza. Cari je apa2 alternatif pun. Janji si Qhalif ni bebas dr kudis-kudisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEmang nak nangis farah nengok ni. Tak sampai hati nak letak ubat. Ni nak bawa gi spital nnt nih.

      Delete
  11. kesiannya dia...pedih tu.

    IbuNoey tak tahu pula apa sebabnya..tapi cuba guna minyak Tropika VCO pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Pedih kot tapi qhalif relax jer.

      Nak try cari lah minyak tu. Thanks for the info ☺

      Delete
  12. la siannyer dier !.. nanti KA cuba tanya kalau ada apa2 petua yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak KA. Bagus juga klo ada petua nya.

      Delete
  13. Siannya dia :(, mesti gatal kot kan.
    Sarah dulu prob kat kaki but elok lps serasi dgn sabun apa I lupa n losyen cetaphil.

    ReplyDelete
  14. ke sebab jangkit kat nursery? Mmg jiwa kacau mak ayah kalo anak kena sakit ni. Nanti share ye cemana fiza handle penyakit ni bila Qhaliff yg soleh tu dah sembuh nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah lyd. Tanya juga pengasuh kat nursery tu. Tapi tak der plak budak yg kena. Nanti kita share yer.

      Delete
  15. bawak lah gi ikhtiar, maybe cuaca sekarang kut panas dan lembab....saya pun kena jugak, padehal dah tua tp tak layankan sangat..bebudak mana leh tahan..sian tengok dia..tc ea

    ReplyDelete
  16. salam fiza...alahai nape tu??? siannya qhalif

    ReplyDelete
  17. Ala... Sian kat Qhalif. Semoga cepat sembuh yer.

    ReplyDelete
  18. Dulu anak sedara sya dari lahir sampai umur 5 thn kn sakit kulit satu bdn..jenuh beli ubat sana sini..tp bila umur dia 6 thn,sikit2 sakit kulit tu ilang fiza..

    ReplyDelete
  19. akak,pergi hospital swasta tak?kalau hospital kerajaan lambat sikit treatment dia..cuba pagi PPUKM.

    ReplyDelete
  20. cubalh pg darusyifa pulak.. kenapa yer.. sampai jd mcm ni huhuhu .. sy nak ckp lebih² pun xtau..

    ReplyDelete
  21. Siannya si Qhalif,harap pegi ke hospital boleh baik nanti.

    ReplyDelete
  22. kat bahagian kepala tuh nampak macam teruk jer , kesian kat Qhalif...semoga cepat sembuh...amin...

    ReplyDelete
  23. Allah, kesiannya Qhaliff.. Tak try sapu herbal blend cream ke dear? Rasanya elok la bawak gi buat blood test..

    ReplyDelete
  24. Laaa nape tu. Siannya. Ssh hati kan klw anak jd camtu

    ReplyDelete
  25. salam k.fiza..
    alahai.. sian qhalif..
    mungkin virus kot kak..
    faiz dulu kena mcm ni jgk..mase tu umo dlm 18 bulan..penuh jari tangan dan kaki..
    tapi lepas tu hilang sendiri..
    semoga qhalif cpt sembuh...

    ReplyDelete
  26. JJ baru2 ni jadi, tapi musim kot sebab doctor cakap banyak kes masa tu. now dah ok, tu la risau weh.. cer la bawak berubat cara lain pulak, tak salah ikhtiar, lagi pun kesian tengok dia gatal2 tu ha, siap berdarah.

    ReplyDelete
  27. sabar ya sis saya simpati kulit sendetif ker...cuba produk shake kalau ada membantu.semoag anak segera sembuh.

    ReplyDelete
  28. U, i tak tau sangat la kan tp kalau orang2 tua kat kg i, panggil ni kenan. kenan ni adalah biji kat belakang leher. kalau tak dirawat akan merebak samapi ke kepala. Boleh sebabkan kepala jadi botak. Hari tu naurah pernah naik biji gini tp masa dia baby lg. So balik kg tu, ada makcik tu baca ayat quran sikit then bagi ibu kunyit, suruh asah then sapu kat biji serta gentel kat biji kenan belakang leher tu. Alhamdulillah, naurah takde dah naik biji2 gitu..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  29. Fiza, kalau anak sakit kulit macam ni, maybe eczema. Cubalah produk Moogoo, ada jual kat Watson yang terpilih. Anak saya Haziq tu pun ada eczema juga. Lepas pakai produk ni, nampak perubahan yang lebih baik, pastinya dengan izin Allah jua.

    Produk Moogoo tu, Fiza boleh cuba MSM Soothing Cream dan ISB (Irritable Skim Balm). ISB tu sesuai sapu kalau anak asyik tergaru-garu kat tempat yang gatal tu. MSM pula lebih kepada untuk soothing.

    ReplyDelete
  30. Kenapa yeh Fiza? Kesiannya
    Macam kudis buta ........ Menanah tak?

    ReplyDelete
  31. pergi la kak.sian tgok kita yang nengok pon kesian.
    lagi la anak akak yg tanggung tu

    ReplyDelete
  32. ksiannya qalif...mcm kwn sy kak anak die pun mcm nih..dr ckp ekzema

    ReplyDelete
  33. Ya Allah siannya. teruk nie sis. saya yg tgk uwais garu muka sbb ruam pun dh kesian nie kan pulak mcm nie. moga cepat sembuh dik. dan sembuh selamanya la doanya amin

    ReplyDelete
  34. aduiyai siannya qhalif, anak kawan opis pun ada macam ni tau fiza, dia ada guna sabun daun gelenggang tak silap

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive