TANTRUM Si Iman Qhalif!!!

Thursday, November 07, 2013



Buat ibu dia ni jadi stress. Stress sebab tak tahu kehendak anak bujang tecik lagi soleh nan sorang tu. Start tantrum dari last week lagi. Bagi apa semua tak nak. Makan pon tak nak. Main campak jer. Sampai TAB aku tu pon dicampaknya. Aku nak buat kerja pon tak boleh. Menangis²...merengek². Nak ibu dia ni membelek dia 24/7. Nak mengempeng jer kerjanya.

Aku tak tau lah si Qhalif ni tantrum sebab apa. Sebab nak tumbuh gigi ker? Sebab nampak gigi geraham atas tu nak kluar. Bukan 1 geraham, tapi 2 geraham kluar serentak. Itu ker yang buat dia rasa tak selesa? Bayangkanlah...qhalif mengempeng waktu malam non stop. Iyer...non stop. Asal aku tarik nip, dia bangun dan menangis². Asal aku terjaga, nip aku masih kat mulut dia. Kalau aku tarik, nangis lagi. Sampaikan nip aku melecet, terbelah dan berdarah. Dugaan tak dugaan tu.

Baru ni aku demam 3 hari. Panas naik 39' Celsius gara² bengkak susu dan nip melecet. Nasib sebelah lagi ok. Bagi sebelah jer lah. Tu yang bengkak. Nak pam sakit. Bila pam, berdarah. Seksa hokey. Ni masih belum sembuh lagi. Ubat nya aku hanya letak susu ibu kat tempat yg terbelah tu. 

Sedih lah. Sampai satu tahap, aku dah fed up. Aku biarkan dia nangis. Apa lagi...nangis tak hingat, berguling² dah macam citer hindustan. Sampai aku pon kena tantrum skali. Ya! allah...betapa mencabarnya menjadi seorang ibu ni. Betapa mencabarnya nak menangani karenah anak kecil ini. 

Cepat² tantrum Qhalif ni pergi jauh². Ibu dah tak tahan dah dik. Ibu tak nak marah² awak. Nampak macam ibu ni bodoh sebab awak bukannya tau apa pon. Tau nangis jer. Tapi ibu ada banyak kerja rumah nak buat. Tak boleh nak tumpu perhatian kat awak sorang jer. Pagi ni pon awak nangis² tak nak gi nursery kan. Buat hati ibu tak tenang kat office ni tau. 

Saya harap saya boleh menjadi ibu yang baik buat anak² saya. Saya akui yang dunia keibubapaan ni bukanlah mudah. Kehadiran anak² adalah kegembiraan dan rahmat buat kita sebagai ibu bapa dan kadangkala perbuatan mereka menguji kesabaran kita. Dan kita kena ingat, anak² juga adalah sebahagian daripada ujian yang ALLAH berikan. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna supaya mereka dapat membesar dan menjadi seorang muslim yang baik. In shaa allah...

Note: Bestnya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa :-(



You Might Also Like

50 comments

  1. Memang kadang2 kita susah nak faham apa sebenarnya yang anak kita hendak...

    Jangan kata yang kecik, yang beso pun sama!

    ReplyDelete
  2. insyallah..nanti sejuklah tu...belum pernah mengalami keadaan macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah sis. SMoga ada rezeki tu nanti.

      Delete
  3. Salam fiza, tantrum tu dalam bahasa mudahnya mengamuk ke? Atau ada simptom2 tertentu yg membuatkan panggilan tantrum tu?

    Saya rasa betul la dia nak tumbuh gigi geraham tu. Dah la 2 skali. Kalau ngempeng sampai pagi tu adui penatnya la badan. Sebab kita mengiring kan. Pastu statik je pada kedudukan yg sama. Harap2 Qhaliff yang soleh, baik hensem ni cepat2 la pulih kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah lyd. Tantrum ni mengamuk. Ada jer yg tak kena. Alhamdulillah, dah ok.

      Memang penat sgt lyd. Stress pon yer sbb sakit 2 badan,

      Delete
  4. sabar yer... dlm proses pembesaran anak.. pasti ada dugaan sebegini.. ai sure fiza kuat.. insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Bila tiba bab tantrum yg nak melekat 24jam tu ..tu yg penat kan...wife saya selalu kena..hahahaha...Kena sabar...Sebab mmg anak anak itu, ujian dari NYA

    ReplyDelete
  6. alahaiii...sebab geraham tu la kot...sian dia..

    ReplyDelete
  7. sabar kak..dugaan tu... sy ni lak xtau la akan dtg mcm mana.. kena sedia mental n fizikal..

    ReplyDelete
  8. Inshaallah, ameen..kalau nak tumbuh geraham tu mmg menderita la gayanya..tu meragam sabo je ibu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama gak dia meragam sis. Alhamdulillah...dah ok.

      Delete
  9. Comeynya muka merajiuk dia.:) mmg byk jugk kerenah kanak2 ni ya..mmg kena sabar byk2 je la hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak kerenah dorang sis. Nnt dah ada anak nnt tau lah.

      Delete
  10. we are supermom...ala ada la nk boleh apa2 tuh..hehhe

    ReplyDelete
  11. Salam K.FIza..

    huhu.. terkadang bila anak2 tu tantrum sbenarnye nk 'lebih bermanja' dgn kita..
    dugaan seorang ibu..sabar tau kak..akak kan SUPERMOM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam cma,

      Betul tu. Terlebih manja ☺☺

      Delete
  12. sabar jelah... kerenah anak2 ni menguji kita sebenarnyer !

    ReplyDelete
  13. Sabar yer kak.. dugaan jadi ibu mmg mcm tue kan.. farah pn kalau anak tak sihat mmg tak tak keruan dibuatnya.. kdg2 terfikir jugak nak jadi surirumah sepenuh masa ja.. tapi apa boleh buat.. kalau tak kerja pun tak boleh jugak dengan ekonomi sekarang nie....so sabar jer la.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kennn farah. Best kalau dapat jadi surirumah. Tapi keadaan tak mengizinkan lagi.

      Delete
  14. layan tantrum anak ni kita mmg kene byk2 sabar kan.. ingat lagi alisha dulu.. adehh..

    *btw, ada tanda2 nak prgnnat tak?... ahhaha.. yela, dulukan sbl;m prgnnat ank solehah ni, kakak dia pun tantrum.. hihii

    churps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ina.

      Haishhhh...tak kot...hehehe...sbb tgh peyod. Seriau plak bila ina ckp mcm ni ☺☺

      Delete
  15. huhu dugaan tu Fiza.. sabar yer.. ada hikmahnya nanti.. besar pahala InshaAllah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah. Besar ganjarannya kan ☺

      Delete
  16. Tak lamalah Fiza... setahun-dua lagi tak ada itu semua. Tapi percayalah cakap kakak anak yg BF sayangnya pada kita lain tau... tunggulah anak besar sikit Fiza akan tahu. Terasa dekatnya dihati... kakak dah rasa sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kak. Sedih plak bila anak dah makin membesar ni.

      Delete
  17. alahai sian fiza..agaknya tak selesa nak tumbuh gigi lah tu kot..

    ReplyDelete
  18. dugaan jadi ibu ni memang besar.. Insya Allah nanti dia okey

    ReplyDelete
  19. Kadang2 budak ni ada masa nak datang tantrum kan noks....mmg sangat mencabar jadi ibu ni...

    ReplyDelete
  20. Alahai... yer la kot nak tumbuh gigi. depa bukan reti cakap tang mana yg tak selesa kan,mmg dugaan. Bertabah la ibu.

    ReplyDelete
  21. semoga terus tabah dan positif.. teringin juga nak jadi seorang ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis. In shaa allah, smoga ada rezeki tu nanti.

      Delete
  22. dapat bayangkan apa yg fiza rasa. lagi2 bila fiza ibu yg berkerjaya. kalau fikir2 kerenah anak ni mmg boleh sakit kepala kita dibuatnya kan. harap2 tantrum qhalif akan cepat2 berlalu. sian ibu tau qhalif~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian kan izan. Alhamdulillah...dah ok pon.

      Delete
  23. Fhm sgt mcm ne rasanya tu fiza. Tabahlah ye? Moga lekas2lah dtg mood baik qhalif tu....

    ReplyDelete
  24. Huhu.. Sabar banyak2 dear.. Cabaran sebagai seorang ibu ni.. Semoga cepat2 tantrum si kecik ni berlalu.. Huhuhu..
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dah ok. Tak der lagi tantrum ☺☺

      Delete

Popular Posts

Labels

Blog Archive