Resipi Bebola Daging yang Simple!!

Tuesday, December 17, 2013



Abaikanlah rupa bebola daging yang hodoh itu. Tapi rasanya sedap hokay. Letak 5 ketul jer. Penjimatan di situ sebab nak makan berulang kan. Lagi pon buat tak banyak. Kejam kan sampai bebola daging pon nak catu...muahahaha...

Weekend haritu buat spaghetti. Requested by Iman Hakimi. Dah lama minta ibu dia ni buatkan. Tapi asyik lupa nak membeli sos spaghetti. Jadinya...ahad hari tu berlaukkan western food untuk lunch. Memandangkan cendawan dalam tin nan hado. Aku pon terfikir  nak try buat Bebola Daging. Buat penambah perisa. Resipi di hujung jari khennn. Minta tolong pak cik google dan jumpa lah resipi yang simple ni.

Bahan² nya
  • 400g daging kisar
  • 1/2 cawan breadcrumb (atau boleh digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
  • Garam (agak² lah)
  • Basil Kering (jenis serbuk kasar)
  • Lada sulah
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)
Cara² nya
  • Campurkan kesemua bahan hingga sebati
  • Bulat² kan ikut saiz
  • Didihkan air dalam periuk (api kecil)
  • Masukkan bebola daging
  • Biar hingga bebola timbul dan toskan
Senang kan. Memandangkan ada bahan² yang tak der, jadinya aku derhaka sket lah. Lagi pon aku cari resipi yang tak pakai telur sebab telur dah habis. Aku gantikan dengan tepung jagung. Lada sulah plak aku letak lada hitam. Basil pon tak der. Senang kan. Nanti nak buat lagi. Nak buat banyak². Nak goreng boleh, nak bakar pon boleh. 

ImanQahirahQhalif memang suka makan spaghetti. Bertambah² dorang makan especially kimi. Siap puji melangit...'pandainya ibu masak', 'sedapnya ibu masak', 'nanti masak macam ni lagi yer ibu'. Amboiiii...kalau tak puji tu maknanya ibu masak tak sedap lah yer...hehehe...

Note: Seronok jer bila anak² puji masakan kita. Seronok jer tengok bila anak² berselera  makan masakan kita.




You Might Also Like

32 comments

  1. aku kepal daging cincang ramly tu je noks.. pastu goreng separuh masak. letak dalam spegeti, siap... hehehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya..rajin maknya masak tuk anak2 yer..takpe rupa hodoh, janji sedap bila dikunyah..

    ReplyDelete
  3. kalau buat spaghetti memang suka beli daging hancur ramlee..sdap dan senang..

    ReplyDelete
  4. Anak-nak jujur Fiza. Kalau puji tu tanda sedaaap teramat sangat.

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni..yg commercial punya tatau la apa dia bubuh dalam tu..

    ReplyDelete
  6. boleh try bawak G opis..kat umah aku ni semua perut nak makan nasi jee

    ReplyDelete
  7. Slm singgah membaca, resepi terbaik ni !

    ReplyDelete
  8. Meatball spageti adalah fav sy Fiza. Hehehehe....lagi best klu sumbat mozarella dlm meatball tu. Yummeh!

    ReplyDelete
  9. Rupa huduh tak pa noks.....janji anak2 suka dan sedap....:D

    ReplyDelete
  10. FIZA KALAU MASAK MESTI SEDAP.. HEHEHE

    ReplyDelete
  11. selalunya rupa yg huduh tu lah sedap.... hahaha....

    ReplyDelete
  12. yang penting sedap.. memang sekarangni semuapun dihujung jarijer...

    ReplyDelete
  13. hodoh2 pun masuk perut..yg penting sedap..rajin u..

    ReplyDelete
  14. Tq fiza share resepi
    Leh try pasni

    hilang penat memasak bila anak puji kan?
    Tgk dorg berselera makan rasa happy sgt :)

    ReplyDelete
  15. bukan main derhaka kat resepi...haha~~

    ReplyDelete
  16. memang pun kan...kalau anak2 dah pandai memuji ni memang best la...terasa kembang je mama dia ni...wlaupun masak telur grng je pon..haha

    ReplyDelete
  17. oo guna basil kering je ke> ermm senang2.

    ReplyDelete
  18. rupa tak penting yg penting rasa tu fiza, nyummy

    ReplyDelete
  19. mcm sedap jer..mcm sedap jer... betul tu kalu anak puji masa makan makanan kita masak, kembang je rasanya kan, senyum sampai telinga

    ReplyDelete
  20. wow. thanks dear share resipi ni. ayu penah buat aritu tapi xjadik. hancur. huhu

    ReplyDelete
  21. nikmat kan bila hasil air tangan ibu dinikmati dan dipuji anak anak.
    akak, doakan ye semoga sy juga diberi peluang utk merasai semua tu. in shaaAllah

    ReplyDelete
  22. resepi pun simple plus nampak sedap.. kalau letak daun pastri mesti lg terliur..

    ReplyDelete
  23. Salam K.Fiza..

    wah..peberet cma ni!! hehe..
    sekali sekala tukar selera ke WF pun best jgk kan.. :)
    thanks share recipe....
    btl2..anak2 suka, lagi bersemangat kita nk cuba resipi baru

    ReplyDelete
  24. thanks for the recipe. =)

    http://myartcrafting.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. wah....bestnyer..sedap,sedap,sedap....

    ReplyDelete
  26. wah ..asyiknya bebola daging ... kalau ditempat saya Indonesia ini namanya Bakso ....

    ReplyDelete
  27. tak pernah buat...boleh try ni....sedap jgk wat meetball ni

    ReplyDelete
  28. Marvellousnya...saya minat juga meetball ni.. selalu beli yang frozen jer.. brand Azmy

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive