#SBBYEOS2014 | Tips² Blogging dari Blogger Popular!!

Thursday, March 20, 2014

Entry tanpa gambar macam tak lengkap kan. Kita tepek ballik gambar ni. Amik aura kak RED...hehe..

Ok...sambungan kisah dari hasil Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014. Lama sangat aku perap kat dalam draft tu. Meh baca tips² nih. 

1) Setiap blogger perlu mempunya niche masing². Niche tu apa? Ok...niche ni macam satu pengkhususan dalam blog. Untuk sebuah entry, apa cerita yang anda selalu khususkan? Macam kata kunci lah. Anda suka memasak. Kongsikan resipi dan juga tips² pasal masakan. Atau pon anda suka menjahit, kongsikan tips² dan ilmu pasal jahitan. Itu lah kata kunci dan niche nya. Faham...hehehe...

2) Pandai bahagikan masa. Macam blogger part time, kena pandai bahagikan masa antara kerja, keluarga dan juga blog. Jangan asyik nak blogging jer sampai keluarga dan kerja pon terabai. Rumah bersepah macam tongkang pecah. Alasan...sibuk update entry kat blog...no..no..no...jgn buat macam ni.

3) Sokongan dari suami/isteri. Ini pon penting gak. Bak kata kak RED, kalau blogging jer tapi tak der sokongan dari orang yang tersayang, mau jatuh talak nanti. Jadinya...suami/isteri pon kena lah faham dan bagi sokongan pada blogger part time macam kami ni kann.

4) Blogwalking dan komen...ini salah satu cara jika nak diri sendiri dan juga blog dikenali . Ko nak blog ko fofular, tapi malas nak blogwalking dan tinggalkan jejak kat blog² lain. Asyik harap orang datang blog ko jer kan. Asyik nak minta orang komen jer kan. Ko ada datang kat blog blogger lain dan komen? Memang tak patut lah. Ada juga blogger yang macam ni. Kita rajin datang blog dia, tinggalkan ayat² cinta. Tapi haram jadah...tak pernah nak terjah kita balik apatah lagi bagi sepatah dua kata kat blog. Jadinya...kita jadi silent reader jer lah. Atau pon pandang sepi jer lah kat blog macam ni. Orang tak sudi, buat apa nak terhegeh² lagi...cewahhhh...marah sangat ni...haha...Terpulang pada pendapat masing² lah.

5) Idea...Ni pon kekadang jadi masalah gak kan. Bila idea datang, banyaklah ceritanya. Bila idea tak der, sunyi sepi lag blog jadinya *macam blog aku gak. Jangan jadikan tak der idea itu sebagai alasan. Banyak sebenarnya cerita yang boleh kita kongsikan. Macam perihal anak². Yang ni memang takkan habis lah kann. Tapi jangan hari² ko asyik citer pasal anak jer. Naik bosan orang nak membacanya. Lain orang lain pendapatnya kan. Tapi aku suka jer baca kisah pasal anak² ni. Isu² semasa..kisah retis ker. Atau pon tips² yang berguna yang boleh memberi ilmu dan manfaat buat pembaca. Kan banyak tu. Jangan biarkan blog sunyi sepi tanpa entry. Ingat tu ☺

6) Isi cerita blog panjang berjela. Dah macam tulis diari plak dah. Tak perlu lah nak citer meleret². Kalau entry tu bermanfaat dan bagus untuk dikongsi, tak per. Tapi kalau entry tu untuk syiok sendiri, orang pon malas nak baca. Just simple entry tapi penuh dengan isi.

Untuk event plak. Patut ker blogger terima event yang tak berbayar/free? Untuk permulaan dan juga untuk networking supaya blog kita di kenali dikalangan advertiser, boleh jer kita terima. Alaaaa...nak tolong kawan² kekdahnya. Bukan free semata², tapi dapat barang untuk di cuba kan. Dari situ lah advertiser akan menilai cara penulisan kita. Kalau menarik perhatian, tak mustahil advertiser akan panggil lagi untuk event yang berbayar pulak.

Itu lah perkongsiannya. Sepanjang aku berblog ni, baru sekali dapat buat [SPONSORED POST] dan juga dapat invitation untuk join event untuk [ZESPRI'S 14-DAY SCOOP OF AMAZING CHALLENGE]...alhamdulillah...Blog untuk suka² jer selain dari nak menambah pendapatan sampingan.

Note: Sumber tips dari AJUMOHIT.COM dan diubahsuai mengikut gaya puan punya blog...hehehe...Aku dengar macam tu jer. Serap gak masuk kat kpala ni.




You Might Also Like

41 komen

  1. banyak info dan tips kita dapat dari blogger otai ni kan..cuma semua tu terpulang pd kita nak ikut atau tidak...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, nice tips. ehheee

    ReplyDelete
  3. Mesti best kan dapat join. Mieya tak tahu jalan. Sebab tak pernah keluar merayap sekitar KL sana, tu yang tak berani nak join event

    ReplyDelete
  4. Tips2 yg berguna,tq sharing....
    tips yg last tu mcm nak hadiri event2 memang mustahil kak nurul boleh join buat masa ini,dan bw pun skrg kak nurul xleh sgt,apa2 pun memang tips yg bagus....

    ReplyDelete
  5. jemah serap gak...jemah rajin gak datang sini kan..kikikik...

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yg cukup mermanfaat kan... thanks sharing Fiza.. :)

    ReplyDelete
  7. ok babe noted!
    aku dah dpt serba sikit tips dari ko atas pengalaman ko ke sana haritu.
    aku punya blog pn sbnrnya tah apa2.. dari tips ko ni bleh lah aku belajar serba sikit..
    macehhh =)

    ReplyDelete
  8. Uncle sedih sebab tak dapat luang masa lama kat sana hari tu... curik2 kerja...! huhu

    ReplyDelete
  9. panjang bejela laa plak entry hang kali nie..penin, bserabot pala aku nak baca..dah laa tgh migrain nie...aku tgk gambaq jelah...plus, kak red tu comey...hang pon comey gak aihh..hik!hik!

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak atas perkongsian tips, walaupun mama tak dapat pergi, tapi dapat jugak tempiasnya dari akak.. terima kasih kak ye...

    ReplyDelete
  11. bagus tips ni..lagipun dah ramai sgt orang buat blog skrng...so kita kena bezakan diri kita dgn org lain la

    ReplyDelete
  12. SY PULAK DPT INSPIRASI DRPD BLOG FIZA HIHIHIHIHI....

    ReplyDelete
  13. Peekongsian yg bgus... Msih bljr lg bab blogging ni...

    ReplyDelete
  14. tq sbb share kt sini..dpt gak kami yg x pi ni timba ilmu sama :)

    ReplyDelete
  15. tq share tipnyer fiza....betultu fiza blogging ni kena pandai bahagikan masa...tambah2 bagi yang bekerjakan...

    ReplyDelete
  16. BOLEH TAHAN TIPS NI.. BOLEH DIGUNAPAKAI..

    ReplyDelete
  17. Saya teringin juga nak menulis tentang promo sesuatu barangan...hihihih..Tapi saya faham, saya ni bukan blogger hebat pun, so company mmg tak pandang pun blog saya...maka saya promote produk wife saya aja la...hahahahha..

    TQ bagi link sekolah berdaftar tu ya :)

    ReplyDelete
  18. terbaeklah, lar keciknya fiza rahman rupanya, rasanya redmummy tu pun dah kecik kan..

    ReplyDelete
  19. tips blogging yg bagus dikongsi ni...kak blogging suka2 saja xterfikirpun nak popular...susah juga kalau jadi popular ni kan..kak ok jer dgn blog kak yg hidup segan mati xmahu dgn niche karya2 sastera biasa.

    ReplyDelete
  20. Seronok baca tips2 ni fiza...satu perkongsian yang sangat bermanfaat...
    terima kasih sudi berkongsi ye fiza....

    ReplyDelete
  21. thanks fiza sudi sharing tips2 yang bagus macam ni. sesuailah untuk orang yang masih hijau dalam dunia blogging macam saya ni. :)

    ReplyDelete
  22. Bagus tips ni
    Terutamanya yang no 4 iteww
    Mih3 :)

    ReplyDelete
  23. baguih tips2 depa bagi ni, niche saya adalah rapuan, jadi marilah layan saya merapu muehehe.

    ReplyDelete
  24. wah, untung dapat posing dgn kak RED...
    tips yg menarik… Mmg banyak hasil boleh dapat kalau serius berblog…

    ReplyDelete
  25. tq berkongsi sama yer Fiza... tips terbaik ni !. done nuffnang juga !

    ReplyDelete
  26. sgt2 nice info .... tips yg amat bergune tuk blogger anak ikan lieya nieh....

    tapi mcm lieya sendiri berblog sebb nak berkawan sebenarnye....ramai dpt kawan alam maya sejak berblog nieh....popular ke tak mmg tak kisah pun....

    ReplyDelete
  27. tips yang baik untuk mereka yang baru nak kenal dunia blog..
    orang lain ada blog ai pun nak ada blog.. bila dah ada blog.. sehari tak jenguk rasa macam tak best.. hehehe..

    ReplyDelete
  28. bab no 4 tu tb rasa nk ketawa.. betul sngat tu.. sy pun mula berblog selalu usha blog yg femous2.. komen pun idok nya pernah dtg rumah kita. kita je tamu blog dia. lama2 malas eh..baik g blog kekawan yg freindly. apa kata..support each other.
    tp kalau entry dia best sgt..g jugaklah. tengok sipi-sip gtu. jd silent reader..tu pun kalau best sgtlah..ha..

    ReplyDelete
  29. Lagi satu adalah blogwalking. Hiks

    ReplyDelete
  30. knor ni yg jenis syok sendiri ku...

    ReplyDelete
  31. thanks yer fiza berkongsi tips2 nak jadi blogger yg fofular..bukan senang kan ? nasib baik aq dah dapat kuncinyer.. tinggal dok pusing jer bagi di terbuke..hehe

    then sama2 ler kita pi BW yer..terjah sana terjah sini..
    TQ..friend !

    ReplyDelete
  32. Noted... penting tips-tip ni... kalau nak blog seperti yang dimaksudkan sebagai blog lah... (tengah dok belajar lagi.. masih banyak yang tak reti :D)

    ReplyDelete
  33. Yang niche tu huhu, macam tak dpt la nak specific. Selama ni nak cerita je semua benda yg mampu diceritakan. Hantam saja. No 4 tu rajin blogwalking dan komen. Pastu nak tambah skit, kalo komen tu kena la baca apa yg org tu tulis. Kalo setakat tinggalkan komen "saya suka baca blog awak, awak pun kena la suka baca blog saya. Singgah la ye. padahal org tengah cerita pasal jiran seblah rumah excident. Maksudnya be sensitif la skit.

    ReplyDelete
  34. tips yg bagus ni,... siap dari RM lagi,.. thanks kongsi yer fiza

    ReplyDelete
  35. tq share Fiza..tips2 yg sgt berguna ni.

    ReplyDelete
  36. nak berblog pun sebenarnya kena ada ilmu jugak kan sis, kalau tidak jadi syok sendiri. sneidri baca sendiri tulis hihihi

    ReplyDelete
  37. Tak pernah join blogger event... teringin gak

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page