Mencari Rezeki Di TRAFFIC LIGHT!!!

Tuesday, April 08, 2014

Tgk anak panah tu. Nampak sipi² jer

Kejadian hari sabtu lepas 29 March 2014. Masa tu on the way nak gi kedai bakery nak cari bahan² dan loyang kek. Projek nak buat Blueberry Cheesecake haritu. Masa kat traffic light simpang empat ni. Aku nampak ada sorang makcik ni berjalan dari satu kereta ke satu kereta yang lain. Masa tu traffic light merah. Tertanya² juga apa yang dibuatnya. Bila diperhati betul²...jual tisu rupanya. 

Ya! allah...hati ni dah rasa sebak. Bila tengok fizikal makcik ni. Memang dah agak berumur. Bertudung labuh. Kaki tempang. Dalam keadaan cuaca yang panas terik lagi tu. Berjalan dalam keadaan fizikal yang macam tu. Allah hu akhbar. Memang sedih sangat². Dalam hati ni berdoa dapat jumpa makcik nih lagi. Anak dara aku tu macam biasa. Soalan bertubi² macam peluru:

'Ibu...nenek tu kenapa?'
'Ibu...kenapa kaki nenek tu?'
'Ibu...kaki nenek tu sakit yer'
'Ibu...mana anak dia?'
'Ibu...nenek tu tak der rumah ker?'
'Ibu...rumah nenek tu kat mana?'
'Ibu...rumah nenek tu ada hantu ker?'...ppffttttt...

Sampai satu tahap aku cakap 'nanti kalau jumpa nenek tu ibu tanya yer kakak'...phewwww...Dah habis membeli. Maka pulanglah ke pangkal jalan kan. Sejam jugak lah. Sekali masa sampai jer kat traffic light, makcik tu ada lagi. Kat simpang lain plak dia. Bayangkan lah betapa lama makcik ni kat situ. Aku pon pusing² lah beli nasi dulu.

Alhamdulillah...dari jauh dah nampak makcik tu. Traffic light hijau lah plak. Tak perrr...dengan kadar slow nya aku drive sampai lah bertukar kaler merah. Dari dalam keta aku tengok makcik ni berjalan kat Mr. Black aku ni. Buka tingkap, aku hulurkan sumbangan. Ya! allah....luluh nya rasa hati ni. Merah padam macam sunburn muka dia sebab berdiri kat tengah² panas traffic light tu. Dia hulurkan 2 tisu. Panjang doa nya. Aku amin kan jer. Pastu dia usap² kepala Qhalif.

Tengok gaya macam bukan orang sini. Tapi tak kira lah apa bangsa dan negara sekali pon kan. Aku memang tak boleh tengok orang² macam ni. Nak plak macam sebaya mak² kita. Gigih berdiri dalam cuaca panas dengan keadaan diri yang tak sempurna demi mencari rezeki. Kalau dia nak menipu, itu antara dia dengan allah. Yang penting aku ikhlas. 

Note: Murahkan rezeki orang kalau kita nak murah rezeki. Bak kata tagline Denaihati,com...Hidupkan untuk memberi ☺






You Might Also Like

27 comments

  1. sangat mudah menjemput rezeki...
    bersedekah..

    ReplyDelete
  2. nenek tu berbaju putih...ingatkan apela tadi..huhu..

    ReplyDelete
  3. Hmmm... teringat kisah yg hampir sama sabtu baru ni... huhuu...

    ReplyDelete
  4. selalu jugak kena ni di trafik light..biasa foreigner macam orang india/rohingya or pakistan confuse la..jual pen or tisu, sometimes bagi gak seringgit dua kesian

    ReplyDelete
  5. Memang kesian fiza.. tapi kita tak boleh ajar .. kebanyakan orang asing yg buat macam tu.. rakyat tempatan tak buat macam tu..

    ReplyDelete
  6. sedey bila tgk makcik2 gini kan...tp ayat qahirah buat aunty gelak kejap....pppfftttt

    ReplyDelete
  7. Anggap jelah sedekah yg ikhlas kan... aamiin...

    ReplyDelete
  8. mmg sebak kalau tgk org2 tua yg mengemis. teringat mak dgn abah saya. apa akan jadi kalau mereka terpaksa mengemis. mesti la sebak kan.

    ReplyDelete
  9. Mmg ptt beri klu dh mcm tu.. Ksian dia..

    ReplyDelete
  10. salam singgah. inshaAllah. give what u get. kan :)

    ReplyDelete
  11. Memang kasihan, Bantulah apa yg terdaya...

    ReplyDelete
  12. betul fiza janji niat kita ikhlas dan harapnya dia pun tahu niat dia

    ReplyDelete
  13. alahaiiii lieya bace ni sayu plak...terbayang2 kalo kite ditempat die...betapa sukarnye nak mencari sesuap nasi.....moga diberi kesihatan yg baik tuk makcik tu....

    ReplyDelete
  14. Tersentuh hati nurani kita bila melihat scenario macam ini Fiza.

    ReplyDelete
  15. Sama la kita akak.. farah pun cepat tersentuh tgk orang ssh mcm tue..huhuhu

    ReplyDelete
  16. Bantu apa yang ada....yg penting ikhlas...

    ReplyDelete
  17. bila tgok org tua teringat mna ank2 nya

    ReplyDelete
  18. salam k.fiza..
    huhu.. bantu apa yg patut.

    ReplyDelete
  19. kalo sy dah bertakung air mata...sbb dok bayangkan mak ayah

    ReplyDelete
  20. terus tersembur gelak dengar soklan akhir kakak tue hahhahaha

    tapi betoi la kesian tengok org tua2 jln mntk sedekah dlm keadaan mcm tue. hanya mampu beri sumbangan mana yg kita mampu je

    ReplyDelete
  21. Samalah kes kat traffic light rumah okje ni Fiza...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive