PHD in BREASTFEEDING dan Cabaran nak WEANING-OFF!!!

Tuesday, April 22, 2014


Alhamdulillah...12 April 2014 aritu genap 2 tahun aku menyusukan Iman Qhalif Bin Husani. Kira nya aku dah berjaya lah dapat PHD. Bukan PHD = Perasaan Hasad Dengki tau. Tapi PHD dalam Breastfeeding. How time flies, kejap betul masa berlalu. Macam tak caya jer dah 2 tahun budak ni mengempeng.

Banyak cabaran bila nak fully breastfeed ni. Susu drop, spare part pump rosak, tak cukup masa nak pump susu, sentiasa lapar dan paling sadis, bila nipp luka. Perghhhh...sangatlah hazab ko. Nak mengasah gigi gamaknya. Dan yang paling aku tak boleh lupa, bila hasil tenusu lupa nak letak dalam freezer.


4 storage bag bersamaan dengan 24 oz susu terpaksa di buang begitu sahaja...sob...sob...Nangis wei masa nak buang. Meleleh² air mata ini. Setitik susu tu pon dah berharga, inikan pulak banyak macam nih. Ok...sebelum ada yang bertanya sama ada boleh ker tayang hasil tenusu, boleh baca HUKUM MEMPAMIRKAN HASIL SUSU IBU. Biasalah kan, orang skang suka jatuh hukum tanpa usul periksa. Baca dulu yerp. Alhamdulillah, even dah 2 tahun, aku masih dapat lagi merasa bengkak susu. Bila dah hujung² ni khenn, nak mengepam memang malas.

Cabaran 2 tahun breastfeeding dah selesai. Skang ni cabaran nak weaning off atau bercerai susu plak. Setakat hari ini Iman Qhalif masih menyusu badan even dah campur dengan FM (Formula Milk). Dari gayanya mutu keunggulan, nampak macam susah nak cerai susu. Sama macam Iman Hakimi dulu. Masa kimi dulu aku letak cili sos. Tapi tak jalan. Pastu letak akar bakawali klo tak silap. Pahit nak mamps. Kesian plak tengok kimi masa tu. Aku plak jadi tak sampai hati bila tengok muka sedih dia. Basuh balik nipp. Last² pakai psychology jer sebab masa tu tengan pregnantkan Qahirah. Stop gak dengan sendirinya.

Ni Qhalif plak tak tau macam mana. Weekend memang mengempeng doplohpatjam. Bagi FM pon dia tak nak minum. Kecuali kalau dah betul² haus. Memang ibu² yang breastfeed jer yang memahami perasaan itu bila nak weaning off. Hurmmmm...dilema gak ni. Nak paksa dia berhenti sendiri atau biar dia berhenti menyusu dengan sendirinya. Iyerlah...itu jer moment terindah sementara dia masih belum skolah tadika lagi khenn...hehehe...

Note: Lately ni tak dapat nak melawat kawasan sangat. Sebab kat office ni ada kaki mengadu, kaki mengampu dan kaki talam dua muka. Kesimpulannya...setiap gerak geri anda diperhatikan.







You Might Also Like

34 comments

  1. ANAK PEREMPUAN SAYA YANG KECIL TU PON MASIH MENYUSU IBU LAGI.. SAMA MACAM ABANG DIA DULU, TAK MINUM SUSU FORMULA..

    ReplyDelete
  2. dua thn cantiklah nak di stopkan penyusuan tu..tahniah susu ibu mmg terbaikkk..

    ReplyDelete
  3. memang susah nak stopkan anak dr BF kan.. tambah2 plak sifat mak yang mudah kesiankan anak. memang cabaran besar lah~

    ReplyDelete
  4. tak pe la tak dapat melawat kawasan janji ada entry jemah datang terjah..mmg moment yg best kan bila anak2 BF ngankiter...macam2 gaya.../sayu je rasa...izz pon still BF jugak

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, betapa cepat masa berlalu :)

    ReplyDelete
  6. my aqil pun da cukup 2 tahun last week. so far masih lg menyusu. tgh mengatur strategi gak nak wean off ni. even minum FM pun, wiken mesti nak bergayut je. penah cuba letak nescafe. x jalan gak..sedap macam nescafe susu agaknye

    ReplyDelete
  7. tahniah..ida pun dpt susukan ank smpai umur 2thun..ni adik nya plak.mudah2han rzki ank sntiasa aDA

    ReplyDelete
  8. tahniah dpt dh phd..akk x brjaya dik..:)

    ReplyDelete
  9. samalah
    dah masuk 4 thun itu Ara
    kat skeolah pun xminum formula
    asal balik dari sekolah
    sikit2 nak mimik
    jenuh nak wean off
    sapu menda2 kat puting
    dia boleh amik kain basah and lap

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak fiza, alhamdullilah. taniah dah berjaya dapat Phd. 2 tahun bukan sekejap tu kak, sheila kagum sangat... debor pula nak jadi umi lagi sebulan.. Doakan sheila ye kak, dah berniat nak bf baby sepenuhnya dengan izin Allah Taala... singgah menabung YES sini~~~

    ReplyDelete
  11. siapakah kaki tu?? orang lama ke baru.. bosan aa kalau mcm tu.. dulu best je amannnn

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah... suka KA baca n3 ni... done nuffnang yer

    ReplyDelete
  13. salam sis..sy ni silent reader ja..nk tnya tips utk wean off jgk. guna cara psikologi tu cmna eh,cuba share sket..hehe..anak sy dh 2thn 1 bln n fully bf..dia xmo lgsg FM..huhu..skrg tgh pregnantkan anak kedua..pls help sis ;) tq

    ReplyDelete
  14. tahniah..berjaya susukan smpai 2 tahun..harap ecah nnti pon berjaya cmtu jugak..amin..hehe

    ReplyDelete
  15. btul, hanya ibu2 yg bf je tau cemana perasaannya..nayli ni ha, cemana la nak berentikan kalu dah 24jam dok celah tiak maknya?! mmg takleh la nak paksa2..huhu

    ReplyDelete
  16. Tahniah!!

    Biasa lah...yg betul2 PHD tu, pasti ada...abaikan suara2 sumbang, yg tak menyumbang apa apa pun :)

    ReplyDelete
  17. Tahniahlah noks.....lengkap 2 tahun. Aku setakat 2 3 bulan je....hasil tenusu tak byk..huhu nak buat cam mana :)

    ReplyDelete
  18. Dr hr pertama luth lahir, kita dh cmpr formula.
    tp alhamdulillh, dekt 9buln ni msh mrnyusu..doakan kita dpt menyusu smpai 2 buln jg.

    ReplyDelete
  19. huhu..anugerah terindah bila ada ank ni..

    ReplyDelete
  20. prnh jg member suruh bubuh garam n cili sos..msctu dah preg..tp x smpi hati pla..last2 ank berhenti sdri.

    kgum dgn ibu2 yg bekerja berjaya beri breastfeding pd ank...

    ReplyDelete
  21. Alahai kesian pulak tengok si comel cute ni nak kena ceraikan BF. Pelan-pelanlah Fiza selagi tak ada baby dlm perut bagi aje hihi...

    ReplyDelete
  22. huuuhuuu, fiza, skrg ni pun saya dah mula terfikir cemana nak weaning off luth nanti. Sebab moment waktu menyusu tu mmg sangat indah dan rasa rapat sgt dgn dia. Waktu tu la seperti waktu terhenti dan yg ada hanya mama dan dia, saling merenung mata dia. Sambil geletek dan dia tersenyum. Ya Allah,.... tak tau nak describe feeling tu.

    ReplyDelete
  23. seronoknya dapat fully BF anak sampai 2yo
    tahniah!

    ReplyDelete
  24. samalah kite Fiza...susahnye nak ceraikan susu ibu ni...

    ReplyDelete
  25. AlhMdulillah... Tahniah... Normallah tu cbrn tu semua...

    ReplyDelete
  26. sekejap masa berlalu kan fiza, sayangnya susu byk tu ;), rindu nak bf

    ReplyDelete
  27. Wah bertuah la Qhalif.. teruskan jer akak sampai dia stop sendiri.. mcm Emir dulu cuma sempat BF sebulan jer..huhuhu

    ReplyDelete
  28. Dulu kn waktu kekecik ibu kite pun bf kn kitorang adik beradik hihi
    Nk bg kitorang stop bf, ibu ckp buh minyak angin cap kapak tu kakaka
    Tp nnt stop sendiri juga hihi :p

    ReplyDelete
  29. Ya Allah sayang nya sis. banyak tue 24 oz kalau kira pun menangis. huuu. selalu terbayang mcm mana la klau terlupa letak dalam peti sejuk huuu sebab nak mengepam tue bukan senang kat ofis nie. hati yang cekal je mampu tabah ambik masa pam dalam waktu lunch hour yang singkat.

    ReplyDelete
  30. yeay.tahniah kak
    nak jadi macam akak la juga nanti :)
    smga dipermudahkan..aamiin

    alolo siannya.in shaa Allah nanti bercerai susu sndri lettew.smga dipermudahkan..

    bersabaq je la kan.ada juga org mmc tu.. mmmm

    ReplyDelete
  31. salam k.fiza..

    huhu..anak2 cma , 6 bulan dah takmo menyusu dah.. susu mak die tak sedap agaknye.. ehehe.. :p
    tahniah kak.. berjaya dpt PHD.. insyaallah..pelan2...msti blh nyer...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive