Ibu...Dah pukul berapa?? Ibu...Dah pukul Berapa???

Monday, June 30, 2014


Dan soalan itu akan diulang² tanya even baru tak sampai beberapa minit dia tanya soalan yang sama...ppffttt...Bertabah jer lah ibu ko nak menjawab nak. Tapi tak per, ibu faham sebab awak dah tak sabar nak buka puasa. 

Alhamdulillah...Iman Hakimi berjaya posa penuh semalam. Excited plak si ibu nih. Pagi bukan main active lagi. Masuk tengah hari dah start slow. Pastu mulalah tanya soalan cepu mas dia tu berulang²:

- Ibu...dah pukul berapa?
- Ibu, pukul berapa nak buka puasa ni
- Ibu, kita haus. Tak tahan dah ni
- Ibu, kita lapar sangat nih

Menadah telinga jer lah ibu dia ni semalam. Masa gi kedai tanya dia nak makan apa. As per requested by budak yang berpuasa, dia nak makan ketam. Maka meng Ketam lah semalam. Makanan kegemaran Iman Hakimi, Tapi tukang suap dan tukang kopek ada lah si ibu. Memang anak bujang ni suka makan bersuap. Sahur pon sama gak. 


Sebenarnya tak boleh sangat nak paksa bebudak sebesar kimi ni puasa. Yang pentingnya SOLAT. Bak kata Ustaz Abu Hasan Din nih. Tapi kalau boleh buat kedua² nya memang alhamdulillah syukur. Harini tak tau kimi dapat posa penuh ker tak. Kantin sekolah memang tutup. Tapi tak kisah pon. 

Note: Puasa atau tak, hari² mesti nak kena fikir nak masak apa...hurmmmm...





You Might Also Like

24 comments

  1. yelah..kesian pulak kan bila tengok berpuasa..at least kalau setengah hari pun dah ok..yang penting jaga solat mereka..

    ReplyDelete
  2. hehheehe adoi masalah betul soklan tu..
    mcm mana lah ibu ko nk hadap soklan tu hari2 Iman oiii hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah berjaya juga Iman menghabiskan puasanya.. anak akak pukul 10am dah tanya boleh makan ke tak.. dah tak tahan ni.. jadi akak suruh dia buka ajer..

    ReplyDelete
  4. tahniah Iman hakimi berjaya puasa penuh.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan mak kimi tuu., ehHHee

    ReplyDelete
  6. tu la kan....janji solat tu yg penting..kalo dier dah tak boleh puasa nak buat camne kan..janji dier nak buat kan

    ReplyDelete
  7. Tq fiza dgn URL tu. Klu fiza boleh, ofkos sy yg tak tandem nursing ni boleh. Heheheheh...

    Pas ni turn sy la tadah telinga dgr Aydin dok desak tny dah buka ke belom...huhuhu!

    ReplyDelete
  8. Anak2 bunda pun belajar puasa penuh masa masuk sekolah tahun satu dan dua....itu pun selang sehari...masa tadika dapat separuh hari jer...

    Alhamdulillah Hakimi dapat habis kan posa sehari...nanti minta ibu lebih sikit duit raya tahun ni sebagai ganjaran...:)

    ReplyDelete
  9. Errr... dah pukol berapa ni? (orang tua pon tanya... hehe)

    ReplyDelete
  10. Hihihi, sama la dgn Irfan...
    Bila nak malam?
    How many hours left?
    Lambatnya gelap...
    Itu la "zikir" dia sepanjang masa kelmarin...

    ReplyDelete
  11. Betul tu ..SOLAT yang paling penting ..Tapi anak2 Lya semuanya puasa di awal usia 4 tahu dan diaorg ok jer ..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah moga jadi anak soleh,
    akak ni main bedal je masak apa yang ada :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Hakimi faham ada waktu buka puasa.. tahniah dapat mengajar anak berpuasa.. kalau bole kedua-duanya tiada salahkan.

    ReplyDelete
  14. betl tu setuju sgt..yg penting solat tu kena paksa kan..

    ReplyDelete
  15. bila la ahmad nak prektis posa ni...huhuhu...syabas abam kimi

    ReplyDelete
  16. Salam Ramadhan buat Fiza sekeluarga... slmt menjalani ibadah puasa.. :)

    ReplyDelete
  17. eh, kimi suka makan bersuap yer... sama mcm si alisha ni la...

    btw, tahniah utk kimi... berjaya pose yer :-)

    ReplyDelete
  18. betul tu.
    kak, anak akak ni buat saya teringat dekat anak jiran masa dkt jb. hihi. itu la soklan cepumas yg ditanya.puas le si ibu pujuk. nak2 pulak dok le nengok jam tu.. sian pon ada.

    ReplyDelete
  19. Setuju....yg patut lebih dipentingkan sepatutnya solat.....
    Betullah Fiza....naik jemu dah nk pikir menu ni...huhu

    ReplyDelete
  20. salam k.fiza..
    hihi..comel je..
    alhamdulillah..tahniah ye iman berjaya puasa..
    hehe..tula kak..baru hari ke5 dah kering idea nk masak ape..:p

    ReplyDelete
  21. Hehehe.. mesti tak sabar nk berbuka la tue yer Iman Hakimi...sabarrr.. nanti minta ibu masak sedap2 k..=D

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive