Nostalgia KAD RAYA!!

Thursday, July 24, 2014

Zaman dah barubah. Dunia dah maju. Tak main hantar² kad lagi dah. Kalau ada pon hanya segelintir jer. Skang ni orang bagi e-card, wish through Whatsapp/FB/SMS. Rindu zaman Kad Raya. Kalau gi pasar malam mesti nak cari kad raya. Nak cari kad yang comel². Jangan tak percaya. Aku masih simpan kad² raya dari sekolah rendah lagi. Tapi tak ingat masa darjah berapa. Kiranya dah 20 tahun lebih kad raya ni masih elok lagi. Tak percaya? Meh tengok nih:


Masih elok lagi even dah berpuluh tahun. Macam tak percaya jer. Kad raya dari sekolah rendah dan menengah masih ada dalam simpanan. Buat aku tersengih² bila baca balik kad² raya dari kawan² sekolah rendah ni. Biasalah...ayat budak sekolah kan. Dengan pantun bagai. Antara pantun paling popular:

'PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAP BALAS'

'PECAH KACA PECAH TONG
SUDAH BACA HARAP GANTUNG'

PECAH KACA PECAH PAPAN
SUDAH BACA HARAP SIMPAM'
*Dan memang aku simpan sampai skang

'KAIN BURUK KAIN MERAH
TULISAN BURUK JANGAN MARAH'

Hurmmmm...rindu nya nak kembali ke zaman kanak². Rindunya nak bertukar kad raya dengan kawan². Rindunya nak gantung kad raya kat ranting² pokok dalam pasu. Pastu pasu tu letak dalam rumah. Skang memang tak dapat dah suasana macam ni.

Sungguh comel...aauuwwww...

Salah satu kad dari my secret admirer...hahaha...Secret admirer lah sangat kan. Suka tapi malu nak luahkan. Perbezaan agama kot..ekekeke...Ni masa keja kat tempat lama. Keja masa habis SPM dulu. Secret admirer ni berbangsa Cina. Nama dia Tan Joon Howe. Kerja ngan Mofaz. Orang Johor Bahru. Terputus hubungan lepas aku dapat kerja kat tempat lain. Business card dia pon dah hilang. 'Tan...FYI I masih simpan kad raya you ni'. Mana tau kot dia tersesat masuk kat blog ker kan...hehehe...Erk, terimbau kenangan silam plaks. Bak kata pepatah, Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.... 

Itu jer lah kisah aku dan kad raya. Tapi sedih lah tahun ni. Tak dapat langsung kad raya. Tak orang yang sudi nak bagi...sob...sob...

Note: Jalan dah start lengang. Esok lagi lengang kot :-)




You Might Also Like

34 comments

  1. hehehe jue pun kad2 semua kat kg.. dalam2 kotak.. semua pakat baca abis.. dari abah sampai mama.. aduh siap bunyi2 pun ada kan...

    ReplyDelete
  2. Wah akak simpan lagi ek.. lama tue.. betul la ingat lagi zaman sekolah dulu..seronok berbalas2 kad raya dgn kawan2.. lepas tue gantung kat ranting kayu letak dalam rumah..nostalgia betul kan kan.. rindu saat tue..=D

    btw farah ada kirim kat akak kad raya dan hadiah Top Commentator tak sampai lagi ke kak??

    ReplyDelete
  3. masih simpan kad raya lama...nostalgia indah tu...

    ReplyDelete
  4. wahhhh...bagusnya simpan lagi kad raya!! kita dulu pon rajin simpan..tapi lepas dah kawen ntah ke mana dah peginya...rindu jugak suasana tu..seronok kan..hihi..

    ReplyDelete
  5. kain buruk kain merah tu jarang dengar..hehee

    ReplyDelete
  6. dah tak da snagat dah sekarang ni kad raya kan

    ReplyDelete
  7. ishh lieya jaman student dulu mmg mewah kad raya....sonok dok pos2 pastu tgu reply haahahahaah..skrnang ni tgu wasap atau sms raye jek laa fiza.... nampaknye dunia di hujung jari mmg betul2 dihujung jari heheeheh

    Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.
    Pohon maaf zahir dan batin….Moga syawal dirai meriah dan diberkati….
    Makan ketupat rendang tu ingat2 le kite heheheeheh

    ReplyDelete
  8. tapi saya suke yg cara lama, kirim kad2 raya ni.. suke.. klasik nampaknye...
    Selamat hari Raya Fiza n anak2... jumpe lagi nnt ye..sok dah nak balik kampung..
    Take care! jgn over makan lemang ketupat rendang, heheeh

    ReplyDelete
  9. waaa hebat masih simpan semua kad
    kami sbb berpindah randah jb-kl-prk
    mmg takde maknanya la nak simpan byk brg huhu

    ReplyDelete
  10. Kad penuh nostalgia tu fiza.. memang kena simpan elok2 kan :)

    Selamat hari raya buat Fiza sekeluarga..
    Berhati-hati dijalan raya ^__^

    ReplyDelete
  11. namun apa yg kakak nampak sekarang ramai blogger yg cuma mengambil langkah utk meneruskan legasi menghantar Kad Raya..

    Selamat Hari Raya dan maaf dari kakak andai ada yg rasa kurang senang selama kita berhubung di alam maya..

    ReplyDelete
  12. yer la best kan mase tu..time raye gantung2 kad kat rantng kayu,,..gigih carik ranting ngan adik2 kt kebun..huhuuu syokk..barulah feel raya
    skrg rase2 nak tak gantung lgi kad lame tu..hehee nak dpt kad lgi mimpi kot..
    # sian budak sekolh skrg x tau kad raya ;?

    ReplyDelete
  13. rajin nyer fiza simpan kad2 raya lama...mesti nak tergelak baca balik ye.

    ReplyDelete
  14. Kena simpan baik2ni ...hehehe susah nak jumpa zaman akan datang huhuhu......Lya singgah sini jenguk sahabat ..

    ReplyDelete
  15. Dulu simpan juga kad kad rya... bila dh berpindah randah ni... tak tau mana hilang... huhu sedih...

    ReplyDelete
  16. wh..lama tu...saya dah takde dah yang lama2 tu

    ReplyDelete
  17. sekarang nak dapat kad raya dah tak ada..semua pakai whatsapp jer..

    ReplyDelete
  18. aida x simpan kad-kad raya dulu.
    memang nostalgia kalau diingat zaman kad raya.
    berpeket-peket membeli kad raya...
    next year mungkin aida nak berkad raya la.
    nak ajar anak-anak dara berdua tu...

    ReplyDelete
  19. akak simpan lagi??? teringat zaman tu..saya le orang paling excited bila puasa beli kad raya..kumpul kad raya..pantang posmen laluuu..

    ReplyDelete
  20. ayat pecah kaca tu memang sempoi sampai la dok dengaq lagi

    ReplyDelete
  21. lama tak dapat kad raya. ada sape2 nak bagi taaak. hehee

    ReplyDelete
  22. Sentimental value kan.. ;)
    Kenangan yang hanya tinggal kenangan..

    ReplyDelete
  23. Wow... mengimbau kenangan lalu ko noks. Siap dpt kad dari secret admirer yg mmg ko tau pun sapa orgnya ... hehe

    ReplyDelete
  24. sm la kak..sy simpan semua kad raya tu.. amboi, ada peminat akak ni..kekeke..


    selamat hari raya kak..

    ReplyDelete
  25. Memang best masa zaman hantar kad raya ni. Lepas hantar tu tak sabar pulak tunggu posmen hantar kad. Hehe. Sekarang ni takda dah. Satu kad pun susah nak dapat dah.

    ReplyDelete
  26. amboi secret admire tu .. ish.. ish... lahai ciannya tak dapat kad raya ... nape x rajin komen blog saya kalau tak dapat kad raya hihihii ...;p

    ReplyDelete
  27. kad raya dulu cantik2 ka sekarang susah nak dapat beli kad raya hee sms je

    ReplyDelete
  28. Mmg seronok bila dpt kad raya kan... lain perasaannya tu... :)

    ReplyDelete
  29. wutwut dpt kad raya dr secret admirer

    ReplyDelete
  30. betol la akak.. skrg zaman kad raya dh nk pupus. org lebih suka hntar dlm fb atau fon. teringin nk kumpul kad raya mcm dulu2. banyak dpat kad thn ni :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive