11-13 August 2014 | Fenomena Supermoon dan Hujan Meteor Perseid

Friday, August 08, 2014


Sila set date atau set alarm anda untuk melihat sendiri fenomena Supermood dan Hujan Meteor nih. Jangan lepaskan peluang nih. Tak sure lah kalau dapat dilihat sampai ke Malaysia nih. Kalau dapat tengok tempias hujan meteor pon ok kot. Aku tau pasal fenomena ni pon masa dengar berita kat HotFm pagi tadi. Jadinya...photographer yang bertauliah, bersiap sedialah dengan camera canggih anda tu yerp. 

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan pancuran Meteor Perseid dan Fenomena 'Supermoon' pada Isnin hingga Rabu depan. 

Kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyebut pada minggu kedua Ogos, bulan purnama paling besar dan terang dalam tahun ini yang berlaku serentak dengan pancuran Meteor Perseid bakal menyajikan pemandangan menarik di langit. 

Pancuran Meteor Perseid terjadi apabila komet Swift Tuttle mengunjungi sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debu di sepanjang laluannya.

Komet Swift Tuttle akan menerjah atmosfera bumi pada kelajuan 225,300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit. 

Menurut kenyataan itu, waktu terbaik menyaksikan pancuran Meteor Perseid ialah selepas tengah malam hingga Subuh dan menghadap ke arah timur laut. 

Pancuran Meteor Perseid mampu menghasilkan banyak bebola api yang memiliki kecerahan seperti Planet Musytari atau Zuhrah. 

Ketika keadaan langit gelap dan bebas daripada sinaran bulan, pencerap biasanya dapat menyaksikan lebih daripada 100 meteor sejam. 

Kenyataan itu juga menyebyt, Fenomena Supermoon pula berlaku apabila bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi iaitu 14 peratus lebih hampir dan 30 peratus lebih terang berbanding malam lain. 

Bulan akan berada pada jarak 356,896 kilometer jam 1.46 pagi manakala fasa bulan purnama berlaku jam 2.09 pagi Isnin depan. - Bernama

Sumber: [Sinar Harian]


Note: Harap² tak terlepas nak tengok. Dapat tengok supermoon pon jadi lah. 



You Might Also Like

25 comments

  1. alahaiiii waktu ni biase dah berlayar :D

    ReplyDelete
  2. Wah! Harap dapat tengok.. Jom set date kat calendar!😊
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. Thanks 4 sharing akak.. nanti nak try tengok..boleh nampak tak.. =D

    ReplyDelete
  4. wahh kena berjaga malam ni nak tgk jugak.. erkkk arah timur laut mana ehh??

    ReplyDelete
  5. insya'allah..memang kena set alarm nih..sebelom2 ni tak sempat pon tengok..

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak tgk.harap dari rumah saya ni boleh la nampak.heheh

    ReplyDelete
  7. kakak tak ada camera canggihlah Fiza.
    tapi teringin juga nak tengok..

    ReplyDelete
  8. Tahun lepas pun ada rasanya.. Saya tunggu nak tengojk, tapi malam tu hujan le plak..

    ReplyDelete
  9. Harap2 tempat aku boleh tengoklah noks ... :)

    ReplyDelete
  10. menariknya.. boleh tengok dengan mata kasar ke ni..?

    ReplyDelete
  11. hihi.kan.

    psstt: akak, in shaa Allah membantu utk sakit tekak.
    ye kak, patutnya smlam due date. tapi bby syiok dok kat dlm lg ni..hihi

    ReplyDelete
  12. ade terbaca gak kat FB.. tapi selalunye lupa tarikh n masa.. selalu terlepas. hehehe

    ReplyDelete
  13. Lya bru tahu psl fenomena ni kat blog ni..

    ReplyDelete
  14. Fenomena yang berulang lagi...kalau tak salah dalam 2 bulan lepas ada kejadian ini juga...Subhanallah...

    ReplyDelete
  15. yang dulu pun akak tak dapat tengok
    gelap gelemat
    takde rezki nak tengok :)

    salam raya fiza :)

    ReplyDelete
  16. Wahh menarik ni... harap2 dpt lah tengok klu berkesempatan... Harap2 ingat waktu tu.. :)

    ReplyDelete
  17. hari ni lah ye fiza? harap2 sempat nk tgk

    ReplyDelete
  18. alahhhh tengah malam kita sibuk mimpi dengan dak kecik tu hukhukhukj

    ReplyDelete
  19. X silao isnin mlm bru2 ni tgk bulan terlalu besar.. mcm dkt sgt dgn bumi..pastu dlm kul 10mlm gitu tgk dh normal.. adakah itu suoermoon

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive