FIZAMISU instead of TIRAMISU??

Thursday, August 21, 2014

Yup...FIZAMISU instead of TIRAMISU sebab yang membuat nya tu namanya FIZA. Bukan TIRA. Takkan Fiza yang buat Tira yang dapat nama kan. Penat Fiza buat tau...ekekeke...


Kisah isnin lepas. Semuanya bermula sebab 'Whipping Cream'. Masa memula nak buat BLUEBERRY CHEESE CAKE dulu, aku nak cari sour cream. Tapi terbeli whipping cream. Nampak sangat ko tak tengok bebetul kat kotak tu khenn. Asal nampak perkataan cream trus masuk bakul...ppffttt...Ok! sambung cerita.


Sebenarnya resipi ni dah lama aku simpan. Tapi tak der hajat plak nak membuatnya. Pastu bila belek² balik resipi, ada whipping cream. Kebetulan kat umah memang tengah ada whipping cream. Sebelum expired, baik kita buat TIRAMISU. Time tu gak semangat nak membuatnya datang secara tiba². Balik tu terus singgah giant cari bahan². Dan malam tu gak buat. Macam biasa, tunggu anak² tido dulu. Tapi si qahirah tak tido². Dialah jadi assistant chef untuk malam tu...hehehe...Memang resipi Tiramisu ni simple sangat². aku kalau cari resipi memang tak suka yang susah². Nak buat nya pon senang. Kalau tau betapa senang nan membuatnya, dah lama kot aku buat. Ayat cliche...hahaha...Nak resipi lettew. Nah salin:

Bahan²

1 biji kek sponge. Apa² perisa. Kalau rajin buatlah sendiri. Tapi aku 'M'
Cream cheese. Tak kisah jenama apa pon *Aku suka Philadelphia 
250ml Whipping Cream
1/2 gula castor
1 sudu nescafe
Esen Vanila
Serbuk Koko *Aku pakai van houten

Cara²

1. Campurkan cream cheese, whipping cream, gula castor dan esen vanila
2. Putar sampai adunan sebati, kembang dan gebu
3. Potong sponge kek kepada 2 bahagian *nak potong 3 pon boleh. ISE (Ikut suka engkau)
4. Susun 1 bahagian kek dalam bekas *Terpulang nak letak dalam bekas apa pon 
4. Bancuh nescafe. Jangan letak gula plak yerp
5. Celup kek depan dan belakang dalam bancuhan nescafe tadi. Jangan lama sangat. Tapi kalau sebiji kek tu just curahkan air nescafe atas kek tu rata². Agak² lah yerp nak curah banyak mana. Jangan sampai lencun plak kek tu.
6. Sapu adunan cheese tu atas kek *agak² lah asal menutupi seluruh kek
7. Tabur serbuk koko atas lapisan cheese tapi. Pakai penapis yerp. Jangan ko curah plak.
8. Susun lagi kek yang selebihnya
9. Ulang proses yang sama tadi
10. Lastly sejukkan dalam freezer

Resepi dari [SINI] dan [SINI]. Thanks ☺


Senang sangat kan. Aku buat malam. Esok tu trus ngap...perghhhh...nikmat dan sedapnya makan sejuk². Kalau uols tak nak pakai kek span, boleh juga tukar kepada biskut ladyfingers. Lepas ni nak try buat pakai biskut plak. 

Note: Minggu ni nak buat moist kek plak. Makan jer keja #makbanyakanak ni kan...hahaha... 



You Might Also Like

18 comments

  1. Rajin betul! serious Nampak sedap macam beli kat kedai punye presentation. so bila nak buka Fiza Café??

    ReplyDelete
  2. hahaha fiza.. teringat buat tiramitsu ni suruh en papa g beli.. beli cream cheese yg philadhepia apa ntah. kat tesco ada jue tgk. tp en papa g tgk takder.. geram betul.. kalo guna lady finger pun sedap gak...

    ReplyDelete
  3. Fiza ni memang kategori rajin tahu...
    Kalau rajin memang menjadilah.

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak fizamisu nie
    cuba pass skit kt kty , lg sedap

    ReplyDelete
  5. dappnya tiramisu.. tp amir x suka.. dia suka marrie cheese huhuhu .. ala² cheesekut

    ReplyDelete
  6. Wah, macam sedap jer..p sayang Cik Mimie tak makan kek :)

    ReplyDelete
  7. tulah dia konfius tadi..
    janji air tgnnya..

    ReplyDelete
  8. Wahh.. nama tu unik jugak. Boleh dikomersilkan tu.. :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya.... rajin fiza ni... saya kalu..... mmg "M" memanjang... hahahha resepi pun senang.... boleh try kalau "R" datang...

    ReplyDelete
  10. Sedap nampakkk..bak sini cikitt hehehe

    ReplyDelete
  11. wowweeeeee pandainya akak buat.. nak sikit..=D

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive