Kisah 1 SYAWAL 1435H

Tuesday, August 12, 2014

Orang lain dah lama citer pasal raya memasing yang meriah tu. Tapi iols baru nak panas enjin. Janji ada daripada tak der kan. Kisah raya tahun ni lain dari yang lain sket. Sambutan yang disambut secara sangat bersederhana. Baju raya pon recycle *sedihjerbunyinyakan jer. Cuma baju raya untuk anak² jer lah kita belikan yang baru. Tapi tak per, tahun depan kita pulun habis² yerp...hehehe...

Kalau sebelum² ni sehari sebelum raya memang aku balik umah mak, tapi tahun ni tak. Mengemas rumah sendiri dan sempat buat kuih raya last minute. Alaaaa... buat cornflakes madu lebah yang senang tu jer. Tukar langsir baru. mengemas bilik dan macam² kerja lagi lah. Nasib kakak dan adik ada kat umah mak untuk tolong memasak dan mengemas. Sebab kalau bab mengemas kat umah mak tu memang selalunya akulah orang kuatnya. Bab memasak plak memang kakak aku yang hebat dan bab tolong menolong apa yang patut bagi kat adik aku tu lah. Tapi tahun ni cuma gandingan kaka dan adik bongsu jer.

Bak cerita dari kakak, orang yang datang bertakbir raya dari rumah kerumah datang awal. Tak macam tahun lepas. Jangan tak tahu, even dibandar, amalan bertakbir dari rumah ke rumah masih diamalkan lagi kat Kg Pandan tu tau. Seronok lah bebudak dapat kumpul duit raya. Memang tiap² tahun rumah kitorang akan jadi salah satu rumah sasaran. Seronok tau. Nasib baik preparation dah buat awal². Tahun ni aku terlepas moment tu.

1 Syawal 1435H - Satu hari di Hari Raya

Kisah pagi raya plak. Masuk tahun ni merupakan tahun kedua kami beraya dirumah sendiri. Pepagi dah kejutkan anak² untuk bangun mandi. Siapkan anak bujang untuk gi solat raya. Balik dari solat raya kita minum² dulu. Pastu salam². Amik gambar dan kita balik Kg Pandan.


Abang Iman Hakimi yang control handsome. Masa ni dah sampai kat umah Wan.


Kakak Qahirah yang sempoi. Pakai jubah tahun ni. Perasan Elsa kononnya.


Adik Iman Qhalif yang banyak pangai. Geram plak hati kita wak dengan budak ni.


Peace yo. Mood kembali normal. Tangan ibu gigil plak. Lantaklah ☺

No family photo. Tak sempat *yerker. Macam biasa, anak² aku yang soleh solehah ni jenis bukan mesra camera. Jadinya memang susah nak amik gambar dorang secara serious. Akan ada aksi² atau memek² muka dari mereka. Si ibu pon pasrah jer lah. Janji ada gambar kenangan mereka di pagi raya. Gambar ibu ngan anak² pon nan hado. Tapi tak per lah. Kita tepek gambar ni okay ☺


Gambar ulang tayang sebab pakai baju yang sama...hehehehe...Lepas dah amik gambar, kita rehat² jap pastu baru gi umah wan. Pecah record uols sebab iols yang drive buat pertama kalinya dari Bangi ke Kg Pandan. En. bos diserang sakit kepala. Alhamdulillah...perjalanan dipermudahkan olehNYA. Sampai umah mak melantak lauk pauk raya. Gambar makanan pon tak teringat nak amik. Kakak masak Rendang Ayam, Kuah lodeh, Nasi Himpit ngan Kuah Kacang dan juga lemang. 

Gittew lah kisah 1 Syawal kami. Biasa² jer. Tak semeriah uols. Tapi tak per, yang penting dapat berkumpul adik beradik even tak cukup korum dan juga anak² happy dapat jumpa makcik pakcik dan sepupu sepapat.

Note: Siap gak entry pasal raya...phewwww...



You Might Also Like

26 comments

  1. ALAHAIIIII cantik nyer jubah elsa itu!berkenan tgk la ;)

    ReplyDelete
  2. takpela..
    sederhana je pun yg penting moment berkumpul sesama famili n sedara mara tu yg mahal sbrnya..

    ReplyDelete
  3. memang sekarang nie entry pasal perayaan je..seronok bila membaca entry pasal raya nie

    ReplyDelete
  4. suke jer baca entry pasal raya..seronok..hihi..

    ReplyDelete
  5. Akak pun tahun ni pun bersederhana juga Fiza.. buat biskut raya pun satu jer huhuhu..

    Apa yg indahnya kita dapat beraya dengan kedua orang tua kita dan adik beradik kan Fiza.. :)

    ReplyDelete
  6. wah beraya umah sendiri? sy xtahu la bile tu..hehe sbb xsgup la pagi2 berdua je dgn husband ( X termasuk anak)

    ReplyDelete
  7. meriah gak tu lieya bace kisah fiza heheeheh... yg penting tetap ade pic raya walo pun budak2 mcm2 peel kan...mcm lieya laa geram ngan budak2ni kene sound betul2 baru nak bergambar elok2 heheeheheh....

    laa sian plak en hubby tu pagi raya kene sakit paler....penat sgt kot kan...lieya ni pun jenis senang kene sakit kepala kalo panas atau letih mmg stenbai uphamol dlm beg...walaupun org kate tak elok amalkan tapi lagi tak sanggup nak menahan sakit kepala tu.....

    ReplyDelete
  8. mak pakai baju recycle tak apa.. janji anak2 dpt baju baru,. cantik plak kaler baju budak2 tu.. hehe

    ReplyDelete
  9. yang epnting raya kita hepi kan :)

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya maaf zahir batin. kampung kitorang yg "kampung sederhana" itu pun takde takbir dari rumah ke rumah tau. jelesssss

    ReplyDelete
  11. Zura pon sambut raya serdahana jer.
    raya pertama jer beli baju baru.
    raya ke 2.. mak zura belikan baju. raya ke 3 dan seterusnye.. pakai baju kurung keje jer. hehehe..

    ReplyDelete
  12. cakap pasal family photo,. mmg susah kalau dah lepas semayang raya tak berkumpul cepat2...kalau ditangguh tangguhkan, mmg susah nak amik la lepas tu...hahaha

    ReplyDelete
  13. Segak anak2 bergaya yer.. tak pe la yg penting dpt berkumpul ramai2 kan.. =D

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya ye..:)
    comelnya anak dara tu berjubah..

    ReplyDelete
  15. Kampung di tengah bandar namanya ni. Hehe, Sama la macam saya pun. Kampung dekat KL :D

    ReplyDelete
  16. Hari raya hari yg menceriakan.. biar penat asalkan berbaloi. Perut pun bnyk masuk santan & margerin.. malam tidur dgn lena.. :) :)

    ReplyDelete
  17. Bunda pun dah beberapa kali pagi raya beraya rumah sendiri dulu...lepas anak2 balik sembahyang raya baru gerak balik kpg...

    Nak juga cari keberkatan malam raya dan pagi raya rumah sendiri kan....apa lagi kalau ada takbir rumah kerumah malam raya tu lagi berkat...

    Kalau semua nak balik kampong sape pulak nak beraya kat sini kan....macam tahun lepas bunda dah balik ke Taiping dulu tengahari raya tu... esok2nya tu baru balik bagan datoh....

    Tahun ni adik2 bunda giliran rumah bapak...sbb thn lepas dorang giliran rumah mertua dorang kat Kedah...jadi bunda tahun ni giliran Bagan Datoh dulu...walau pun arwah dah takder tapi pusaranya ada kat sane...awal atau lewat kena balik kesana juga...

    ReplyDelete
  18. Satu hari dihari raya! Tahun ni saya pun xsempat bergambar satu family... Hanya dalam memori ajelah...

    ReplyDelete
  19. sama la fiza...baju raya recycle je thn ni...tak terasa nak beraya meriah2 pun sebab mak baru je meninggal kn...kitorg beraya mcm biasa je

    ReplyDelete
  20. Akhinyerr adz jgak entry raya hehehe..semua comell

    ReplyDelete
  21. bila fiza gtau tak ambik gambar makanan, baru saya ingat, saya pun tak ambik.. hehheh

    btw, selamat hari raya.. mintak maaf salah silap yer

    ReplyDelete
  22. yg penting brkumpul sekeluarga pun dah syukur sgt kan kak

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Raya Fiza... Mohon maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara yer... :)

    ReplyDelete
  24. Comel 2 beradik ni..
    Serius x pnh rsa suasana org takbir dr rmh ke rmh tu. Atau kat trg mmg xde amalan mcm tu?? Seingat lya.. msa kecik pom xde tgk.. atau lya lupa

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya sis ! meriah la dengan 3 beradik ni. nina pun recycle baju. hehee. janji muat lg

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive