Tortilla Wrap

Tuesday, August 19, 2014


Yang di masak secara berduet dengan penuh kasih sayam. Sorang tukang buat inti dari resepi suka suki bikin sendiri sebab tak amik dari mana² buku atau internet. Sorang lagi tukang balut sebab bab membalut ni memang tangan dia seni sket...ekekeke...Siapa tukang biat inti dan siapa tukang balut? Biarlah rahsia...wakakaka...

Kisah ahad lepas. Abang and family nak datang rumah. Takkan jamu kuih jer kot. Jadinya kita buat masak memasak sket lah. Uols kalau nak datang roger lah yerp. Boleh iols masak. Pintu sentiasa terbuka untuk tetamu. Ok...sambung citer. Jenuh gak memikir nak masak apa. Tak per lah, kita buat menu lain dari yang lain. Orang lain masak menu raya. Tapi weols buat western. Buat spaghetti uols...hehehe...gelak lettew. Western lah sangat khenn. Tapi jangan tak tau. Spaghetti buat 2 jenis perisa tau. CARBONARA dan juga TRADITIONAL.  

Iyerlah...every week kan open house. Abang aku and family pon baru balik dari open house. Mesti dah puas makan lemang, rendang, nasi himpit ngan kuah kacang kan. Takkan aku nak buat menu yang sama gak kot. Kita buat lah lain dari yang lain plak. Additional nya kita buat TORTILLA WRAP. Feedback dari Abang and Family...Memang sedap lah. Kembang kempis kempus lah orang tu kan. Nak resipi ker?

Bahan² Masak

Daging cincang
Tomato *potong dadu
Bawang besar/Holand *potong dadu
Black Pepper Sauce 
Mentega

Bahan² Untuk Wrap

Wrap (Brand Mission)
Salad
Chili sauce
Mayonnaise/Thousand island  

Cara²

1- Panaskan mentega. Agak². Kalau daging banyak letak lah banyak
2- Masak daging sampai agak² dah empuk
3- Letak black pepper sauce. Agak² jugak. Kalau suka black pepper letak lah banyak. 
4- Masukkan bawang
5- Masukkan tomato

Dah siap dan sedia untuk di balut. Takkan cara nak membalut pon aku nak kena ajar kot...ppffttt...Ikut suka suki uols nak balut macam mana pon. Jangan balut sampai terkoyak plak wrap tu yerp. Selamat mencuba...hehehe...

Disclaimer: Macam yang aku pernah tulis dulu. Cara masakan kita berbeza. Terpulang pada uols nak masak macam mana. Ikut pada selera dan tekak memasing. Kalau nak tambah bahan² lain pon boleh. Tapi jangan letak DAUN KUNYIT yerp....erkkkk...muahahaha...

Note: Nantikan entry masak² yang seterusnya. Okbai!


You Might Also Like

22 comments

  1. TAk perlu nasi dah kalau pekena wrap ni, yang bestnya apa2 inti pun boleh bantai letak dlam tu kan, ikut suka jer.

    ReplyDelete
  2. yes!!! pandai fiza...betul jugakkan dieorg balik dari openhouse sure dah makan rendang2 ketupat2 laksa bagai tu...so kite buat laa lain dari yg lain...yg penting ringan2 n simple so perut pun leh terima....

    sedap laaak tgk fiza buat ni...lieya rajin gak buat utk bento budak2 nieh....saje nak pelbagaikan menu bento....

    ReplyDelete
  3. Wah mudah lah Fiza.. boleh akak cuba ni.. :)

    ReplyDelete
  4. perghhhh.....sedappnya kak...nak bat sendiri malas lah pulakk..hehehe

    ReplyDelete
  5. ala.. lama tak masak tortilla sekarang dah jatuh cinta dgn prata hahaha.. kalau boleh hari² nak makan prata .. haru btllah...

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa buat lebih skit nak rasa

    ReplyDelete
  7. waa....lain sket dr yg lain kan...tak larat dh nk mkn lemang ngan ketupat

    ReplyDelete
  8. Bunda pernah dengar ni tapi belum pernah makan lagi...tengok bahan2 inti tu macam sedap jer...tapi nak cari wrapnyer tu tak tau pulak bunda...

    Mungkin pernah jumpa kat supermarket tu...tapi mungkin bunda tak kenal tak perasan kot...

    Memang betul lah fiza...jemu dah rendang ape semua tu..

    ReplyDelete
  9. Kalau dah kat rumah semuanya budak-budak cenonet siapa lagilah yg buat kerja kalau bukan mak/ayah di rumah itu kan...

    Anak dara dan hero-hero comel tu makan bolehlah. Tunggu 2-3 tahun lagi mereka akan tolong letak inti dan balut:)

    ReplyDelete
  10. ni menu best ni... nsb umah jauh, kalau dekat dah gtau nak g umah fiza.. ehheh

    ReplyDelete
  11. amboiiii buat berduat lagi sedapppppp :)

    ReplyDelete
  12. betoiiii kalau buat menu lain dari orang lain. insyaAllah menu kita laku dan habis cepat hihihihi

    ReplyDelete
  13. yang ni pon nmpk sedap & myelerakan sungguh

    ReplyDelete
  14. Sedap jugak ni.. makan sambil tengok tv pun layan... best.. :)

    ReplyDelete
  15. wah...makin rajin masak fiza sekarang! hehehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive