Segmen Melastik Bintang : Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Wednesday, October 01, 2014

Klik banner kalau nak join ☺

Jawapan aku senang jer. Kalau nak menambah ilmu, kena lah banyak membaca, banyak belajar dan banyak cari info. Ilmu tak datang kalau tak di cari. Dan ilmu takkan datang kalau tak di gali sumbernya. Bukan pasal parenting jer kita kena banyak belajar. Tapi pasal banyak perkara di sekeliling kita. Even nak gi interview sekali pon kita kena cari info pasal tempat kita nak bekerja tu kan. Inikan pulak pasal parenting. Ok…panjang plak mukadimah aku.

Bagi aku, setiap pasangan yang berkahwin inginkan cahayamata sebagai pelengkap rumahtangga. Siapa yang tak nak anak kan. Nak jadi ibu bapa pon bukan satu perkara yang mudah. Lebih² lagi dalam zaman moden yang serba serbi canggih dan banyak cabarannya. Kalau kita sebagai ibu bapa tak der ilmu, macam mana nak didik anal² kan. Sebab tu lah ilmu keibubapaan ni sangat penting bagi semua ibu² dan bapa² diluar sana. Saat lahirnya seorang anak, maka tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sudah bermula.

Sebab tu perlu adanya ilmu dan kena banyak membaca. Membaca itu sesungguhnya satu perintah, satu ibadat. Maka, bacalah kerana dengan itu akan terbuka pintu ketenangan dan kejayaan. Pesanku, bacalah dengan hati yang merendah diri kerana aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung de tempat yang rendah. Tadahlah ilmu itu dengan hati yang tawaduk kerana merasai diri tidak berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmuUstaz Pahrol Mohd Juoi.

Aku sendiri masih dalam proses belajar dan mengumpul ilmu even dah 7 tahun bergelar seorang ibu…cewahhh ayat haku. Belajar nak mengawal perasaan marah. Belajar nak menjadi seorang ibu yang penyabar. Belajar macam mana nak tawan hati anak2 dan macam² lagi lah yang berkaitan anak². #makbanyakanak *macambanyaksangat katakana. Lebih² lagi anak² yang dalam fasa nak naik. Memang sangat mencabar mental, fizikal dan emosi. Dan kadang² buat aku tak sabar juga dengan karenah anak². Cabaran bila dah bergelar IBU/AYAH kan. Mana² aura negative macam cepat marah tu aku cuba nak kurangkan. Kalau hilang terus lagi bagus kan…hehehe…SEMUA ORANG MAMPU BERUBAH ASALKAN MAHU BERUSAHA kan. Macam tu juga aku.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya nak jadi yang terbaik buat anak². Nak jadi ibu bapa yang sempurna buat anak² juga kan. Tapi tiada ibu bapa yang sempurna *ayat cliche..haha. Sebab tu pentingnya ilmu. Aku suka baca blog² atau website² yang banyak bagi tips pasal keibubapaan nih. Sebab banyak info dan ilmu yang aku dapat. Antaranya:


Sebenarnya banyak lagi. Tapi kembar Izzue Islam ni…erk….ekekeke…Melastikbintang.com ni nak 3 jer. Ok lah…ini lah pendapat aku kenapa perlu baca blog parenting. Dan pesanan buat ibu²/bapa² di luar sana dan juga buat diri sendiri: 

MENJADI IBU BAPA YANG MENYERONOKKAN, TIDAK BERMAKNA KITA PERLU MENJELMA MENJADI SEPERTI MALAIKAT. LAKUKAN PERUBAHAN, (SEKIRANYA MEMANG PERLU BERUBAH) MENGIKUT KEMAMPUAN KITA. MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH KAN 

Note: Kejap jer dah masuk bulan October.





You Might Also Like

25 komen

  1. selamat bersegmen n tq for sharing
    sebenanya dlm mdidik anak2 ni..hari2 kita belajar..
    lya pon mmg suka baca tips parenting ni...
    kt mesti nkkan y terbaik buat ank kan

    ReplyDelete
  2. betul kadang kita bole apply apa yg kita baca pada situasi yang hampir sama.

    ReplyDelete
  3. btol fiza, stp ibu bapa yg punya anak perlu ade satu sikap yg mesra dgn anak, bukan anggap anak tu cam org lain..sebab tu perlu ade ilmu dlm didik anak ni.. byk mende pasal anak kene tau, kene memahami tabiat anak2.. kalo yg negatif ade pada anak tu, kite as parent kite jadi cermin yg baik kpd anak2, btol tak fiza... kalo salah tolong tunjukkan...

    ReplyDelete
  4. nice...nanti aku nak terjah diaorg jugak..

    ReplyDelete
  5. Betul tu noks ... sama2 berusaha utk menjadi ibu bapa yg terbaik utk anak2. Baca blog parenting salah satu usaha juga ... bolehlah kita tahu serba sedikit ilmu keibu bapaan ... gitu..

    Selamat bersegmen noks!

    ReplyDelete
  6. Dulu ms time Aydin, sy tak amek tau pun bab2 parenting ni. Membaca pun tak nak. Mcm ne? Tp Alhamdulillah, improve diri sendiri demi family.

    ReplyDelete
  7. setuju sis, jadi ibu bapa kita kena ada ilmu. bukan je waktu anak lahir tapi dari dalam perut lagi kita ni dah kena gali ilmu untuk didik dorg kan. itu jugak yg selalu kira pesan pada adik2 yang tengah preggy.

    sama lah tengah berusaha mengawal perasaan dan bebai diri sendiri =.=

    ReplyDelete
  8. Sukarnya membesarkan anak-anak.. Begitulah juga sukarnya emak bapa kita dahulu membesarkan kita.. Hidup umpama roda, kini kita pula menghadapinya..

    ReplyDelete
  9. bukan senang nak jadi ibu bapa terbaik, kena sentiasa tambah & gali ilmu kan.

    ReplyDelete
  10. osem kak..jawapn munasabah..iman pon nk try..goodluck kak

    ReplyDelete
  11. setuju . kena banyak membaca utk tambah pengetahuan terutama utk membesarkan anak2 yg ...

    ReplyDelete
  12. Selamat bersegmen Fiza...
    insyaAllah, sy pun suka baca blog parenting..memang memberi banyak manfaat pada sy..:)

    ReplyDelete
  13. AKAK DAH ADA ANAK LIMA PUN MASIH LAGI SURF INTERNET SEARCHING FOR INFO... MAKIN ANAK BESAR MAKIN BYK DAN MACAM2 YG KITA BELAJAR.

    ReplyDelete
  14. setuju dengan pendapat akak.. pernah jugak baca blog doktorbudak tue.. nanti nak skodeng yg lagi dua tue pulak..=D

    ReplyDelete
  15. Parenting adalah satu skill yg kita dapat dari pelbagai sumber...Tgk ibubapa kita, tgk orang lain, tgk kat TV, dengar ceramah..dan termasuklah, membaca.

    ReplyDelete
  16. Untuk menjadi ibu bapa cemerlang pasti melalui dulu ranjau suka duka ...susah payah dalam proses mencari nafkah...makan pakai...tempat berteduh...kesihatan dan pelajaran untuk anak2...

    Dalam masa yang sama kena berikan ilmu dunia dan akhirat yang sewajarnya untuk anak2...disamping membentuk keperibadian dan akhlak yang mulia untuk anak2 kita...

    Walaupun tak seperfect Nabi ..tapi kita telah cuba sedaya upaya untuk menjurus kearah itu...
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  17. mestila baca...rasanya sampai bila2 pun kena membaca...walaupun anak dah besar..kita kena didik anak ikut zaman...zaman anak2 tak sama dgn anak2 kita kan nok

    ReplyDelete
  18. Salam K.Fiza..
    good info..selamat bersegmen & good luck :)

    ReplyDelete
  19. Eh, rasa macam banyak je ilmu parenting dapat dari entri ni! Hihihi... Betul tu, betul... saya ni pun banyak sangat anak rasanya. Walaupun dua je, saya ibaratkan menjaga mereka sama macam mak saya menjaga 10 orang anak. Riuh seriuh-riuhnya. Pentingkan ada ilmu keibubapaan ni, takdalah nanti yang buang anak, baling anak, campak anak, dera anak dan terbunuh anak sendiri!

    ReplyDelete
  20. CT kekadang bace jugak article article yang kawan kawan bloggers tulis about parenting. paling suka kalau diorang share bab makanan untuk anak-anak kekeke.. terasa macam nam buat nasik lenyek with kentang jugak :p

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive