PARENTING | Tips Melatih Anak Tidur Sendiri

Tuesday, November 04, 2014

Malam pertama tidur sendiri ☺

Kalau nak ikutkan, memang dah lama ada bilik untuk anak² ni. Tapi anak² masih tak nak tidur sendiri. Dah best tido ngan ibu dia ni ha. Pernah dorang tido sendiri mana kuarantin kena Chicken Pox last year. Pastu sambung balik tido ngan ibu...haishhhh...

Memandangkan #ImanHakimi dan #Qahirah tiap² malam bertekak sebab nak tidur sebelah ibu. Dan skang ni si budak dua pusar #ImanQhalif dah join the team berebut² nak tidur sebelah ibu. Boleh di katakan tiap² hari dan tiap² malam. Naik seriau ibu ko ni nak tidur tau tak anak²...ppffttt...Sampai satu tahap dah tahan. Aku soh dorang amik pisau and belah badan ibu ni amik sorang sebelah. Senyap plak memasing. 

Bila dah stress, siapa lagi tempat mengadu kan. Jadinya...En. bos dah bagi arahan soh disiplinkan #ImanQahirahQhalif tido dalam bilik sendiri. Mak pak pon kena disiplin jugak lah lepas ni. Jangan bagi muka kalau anak² nak tidur sekali. Ini adalah arahan. 

Maka malam semalam....bermulalah episod kimi ngan qahirah tidur dalam bilik and katil sendiri untuk malam pertama dan juga malam² yang seterusnya. Seronok memasing bila ibu dia ni mengemas bilik tu balik bagi sedap mata memandang. Untuk kimi ok lah. Tapi qahirah ni. Memula dia merengek² jugak lah. Tapi aku keraskan hati. Pujuk² dia and tepuk² dulu bagi tido. Dan akhirnya....mission accomplished.

Apa yang aku buat. Sebelum dorang tidur tu, hugging² and kissing² dulu. Bagi salam and wish good night. Pujian itu haru hokay. Puji² lah anak² tu dulu sebab nak tidur sendiri dah. Antara tips lain yang aku dapat dari website [PA & MA] :

1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Tidak semestinya ia perlu berhias dengan kelengkapan yang mahal. Paling penting keperluan asas tempat tidur cukup selesa untuknya.

Bilik #ImanQahirahQhalif pon simple jer dekorasi nya. Sebab bilik pon tak berapa nak luas. Kalau letak banyak² barang nampak crowded plak nanti.

2. Berikan benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung kegemarannya yang boleh membuatkan anak anda rasa ‘berteman’ apabila tidur.

Buat masa ni aku bagi dorang bantal lebih...hehehe...Pastu pasang ayat² Al-Quran. 

3. Beritahu anak tentang rancangan untuk memindahkannya ke tempat tidur di bilik sendiri beberapa minggu awal. Ini untuk memastikan mental dan emosinya bersedia untuk memulakan perkara baharu dalam hidupnya.

Sebelun ni memang dah banyak kali bagitau. Tapi semalam memang paksa dorang tidur sendiri. Tu yang tak der masalah sangat.

4. Ajak anak membeli bersama peralatan kelengkapan untuk bilik tidur baharunya. Dengan cara ini, dia akan gembira kerana diberi peluang memilih dan menghias ruang privasinya yang pertama.

Masa beli katil tu memang bawak anak² skali. Memang teruja memasing. SIap pilih tilam sendiri.

5. Mulakan dengan melatih si kecil tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dahulu dengan membacakan buku cerita. Lakukan selalu agar ia membantu membiasakan anak tidur sendirian.

Tidur siang dalam bilik memang jarang. Tapi kalau main dalam bilik memang selalu ☺

6. Sekiranya anak kelihatan cemas apabila semakin hampir detiknya untuk tidur sendiri di bilik, ajak ahli keluarga lain merayakan majlis khas secara kecil-kecilan. Tujuannya agar dia berasa gembira dan melihat fasa tersebut sebagai hal yang menggembirakan dan bukan menakutkan.

So far semalam ok. Tak der plak rasa cemas. 

7. Bersabar menghadapi kerenah si kecil belajar tidur sendiri. Jangan marah anak jika pada peringkat awal ia tidak berjaya sebaliknya beri sokongan kepadanya. Pastikan anda sentiasa menemankannya di awal masa tidur dan meninggalkannya sebaik si manja sudah nyenyak.

Peringatan buat diri sendiri juga. Memang itu yang aku buat semalam. Temankan sampai anak² dah tidur.

8. Pada peringkat awal, anda tidak perlu menutup pintu biliknya dan bilik anda. Katakan kepada anak, bahawa jika dia berasa tidak selesa, dia boleh mengetuk bilik anda.

Memang tak tutup pon pintu bilik.

9. Sediakan pencahyaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak takut kepada kegelapan.

Memang betul. Aku pakai floor lamp IKEA. Ingat nanti nak cari wall lamp ☺

10. Anda boleh memberikan ganjaran sekiranya anak berjaya tidur sendiri pada minggu pertamanya. Mungkin dengan memasakann makanan kegemarannya atau membacakannya ekstra cerita sebelum tidur sudah cukup menggembirakan si anak.

Inshaa'allah...memang dah niat pon nak bagi. Salah satu pemangkin semangat untuk anak² tidur kat bilik sendiri kan.

Ini lah tipsnya. Tapi untuk hari petama semalam aku tidur skali dalam bilik tu...hehehe...Bentang toto kat bawah. Harini aku nak biar dorang tidur secara bersendirian. Rasa excited plak tengok kimi ngan qahirah tidur kat katil memasing. Pagi ni minum susu pon qahirah baring kat katil dia tu ☺

Iman Qhalif tidur mana? Haaaa...budak dua pusar ni masih masih mengempeng. Coming soon akan tidur sendiri jugak nanti. Harap² malam ni dan malam seterusnya berjayalah #ImanHakimi #Qahirah tidur sendiri. Kita tengok progress hari kedua malam nanti. 

Sebelum ada yang bertanya kenapa sekalikan bilik anak lelaki ngan anak perempuan? Kalau rumah aku besar dan duit aku berkepuk². Memang dah lama aku buat. Ukur poket di badan sendiri dulu. Buat masa ni sekali jer dulu. Lagi pon dorang belum ramaja lagi. Memang ada perancangan nak hias bilik lagi satu tu. Bilik tu buat bilik simpan barang buat sementara. Rumah 3 bilik jer uolls. Nak kena pandai jimat ruang.

Masa memula pindah dulu, boleh di kira berapa barang jer yang ada. Tapi bila dah 5 tahun duduk sendirian berhad ni, tetiba boleh banyak plak barang dalam rumah sampai tak cukup ruang rasanya...ekekeke...Buat yang baru nak hidup bersendirian berhad dengan keluarga kecil, jangan risau. Nanti akan penuh lah rumah uolls tu yerp. 

Note: Nanti aku share kan pasak reward chart untuk anak² plak ☺


You Might Also Like

23 komen

  1. betul....tips ini membantu ibu bapa yang kadang merasa kasihan bila anak merengek dan nak tido bersama..info yang sangat berguna.. :)

    ReplyDelete
  2. masih xde katil utk anak....arghh..agak2 umo bape sesuai utk tido sendiri ye

    ReplyDelete
  3. hati mmg kena kentalkan... hurmmm nak soh amir tdo sendiri jgk .. tp ibu x deko2 blk lg ...

    ReplyDelete
  4. Salam Fiza. Sy ni lagilah Fiza. Rumah 2 bilik je. Sobs! Kecik je bilik. Tgh pikirin mcm ne nak pisahkan mrk bila msk remaja t. Kalau ada rezeki pindah, ok jugak tapi rumah nilah dkt dgn opis kami. Sobs!

    Bilik yg satu tu, belum complete dgn katil anak. Tgulah ada rezeki. Mmg kena buat jugak mcm awak listkan ni....

    ReplyDelete
  5. my anak buah lak , yg besar nak tidur sama . maka berhimpitlah bertiga di atas satu katil . diberikan extra katil bujang pun x jln . dulu si lelaki pun nak join sama dgn si kakak . si kakak pot pet, pot pet, ok lak si bujang tu ...

    ReplyDelete
  6. okayh..boleh praktikkan nie..mek umur 2thn nak bg tido asing..ehh kalau boleh awal lagik..kalau boleh la..kuikuikui..

    pssttt pssttttt...drop by blog kite jap..
    ade sesuatu menantiiiiiii..ngeeeee..

    ReplyDelete
  7. Wah tips yg menarik. Ank akk yg drjh 2 dgn 5 tahun pun tido bilik akk lg. rimas dibuatnya. Yg 5 tahun tu ok lagi. Bila tido sekali asik la nak tido bwh ketiak mak dia ni ha. Katil pun x muat bila tido 4 org. Sudahnya mak dia ni x cukup tido. Sll skt skt bdn sbb dpt tido hujung hujung tilam je.

    ReplyDelete
  8. Senang kalau ada abang/ kakak yg sama sama ajak tido bilik sendiri..macam anak saya, kalau abangnya tido kat bilik dia, adik nya mudah aja follow...

    ReplyDelete
  9. nice info thanks fiza..bilik anak2 pun kemas je hebat=)

    ReplyDelete
  10. Anak sulung saya tidur sendiri sejak usia setahun...yang kedua ni je..dah 2 tahun dok tidur dengan ibu lagi..dah la malama suka terjaga lepas tu mengamuk..heheh

    ReplyDelete
  11. bagud tips ni..
    mmg dah sepatutnya diorang dah tidur berasinggan dgn kita kann..

    ReplyDelete
  12. takpe at least ada 2 orang dalam 1 bilik tu .. yelah kan kita rumah 3 bilik ni ruang bukan besar sangat.

    ReplyDelete
  13. Kami ni masih belum berjaya ngan dah Jijah ha... pandai2 dia memalam datang bilik kami pelan2 merayap tidur tengah2, kadang2 papa dia sedar tanya buat apa sini? dia jawap nak ambik Ted, dia tertinggal... hahaha macam kesiannnn sangat, tapi kami kena keraskan hati, kick her out! hahahaha and moga berjaya la kita kita ni yer.

    ReplyDelete
  14. Memula bila dorang tido asing rasa kosong je. Alhamdulillah anakku zara aliah senang tido asing, bgtau dah big girls terus ok. Mummy dia je rasa emo sbb anak dah besar leh berdikari dah huhu

    ReplyDelete
  15. jue dah fail ritu dah ok.. skrg ni dah tak boleh alasan Qebal.. panas bilik Qebal.. bilik qebal takder aircond.. sanggup tido atas toto tepi katil mama.. mama beli katil tapi katil dah jadi tempat letak baju bajan..

    ReplyDelete
  16. yeayy..lepas ni mama abah dapat dah tido berduaan hehehe..beb..aku pun tunggu fasa ni berlalu...kiter serupa ;)

    ReplyDelete
  17. Melatih & mendidik anak ni mmg memerlukan kesabaran & kreativiti kan.. :)

    ReplyDelete
  18. bestla kalau camni...kitorg ni tak buat2 lagi...sebab ahmad takut sgt...asik panggil2 aje kitorg kalo dia sorang2...camne laaa

    ReplyDelete
  19. Rumah I pun dah siap sedia dengan bilik superheroes (Nasib baik anak dua-dua lelaki, takdalah pening kepala nak fikir bilik banyak-banyak. Hihi) Tapi si kecil tu tak boleh dibiarkan sebab memalam pukul 3, 4 pagi dia akan bangun dan cari Mommynya nak minta susu botol! I ni pulak anak-anak akan ikut arahan tapi Mommynya yang selalu langgar pantang larang. Dah suruh anak tidur dalam bilik sendiri tetiba je dia pun menempeng sama nak tidur dalam bilik anak-anak. Apa kes kalau dah lagu tu? Lambat lagilah nampaknya anak-anak I nak belajar berdikari ^_^

    ReplyDelete
  20. bagus tips ni, tq kongsikan akak....selain anak ibu jgk perlukan persiapan fizikal dan mental ni

    ReplyDelete
  21. Terima kasih artikelnya sangat bermanfaat....

    http://www.penuliscilik.com/category/parenting-indonesia-terbaru/

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive