Result Exam Akhir Tahun | Check Online Jer

Friday, November 07, 2014

Makin canggih teknologi skang kan. Baru sekolah rendah, tapi result exam semua di hujung jari. Tak payang tunggu anak ulur keputusan kertas periksa. Tak payah nak tunggu hari report card. Tak payah nak tertanya² anak periksa nombor berapa. Sebab semua info² tu kita boleh tau mealui online jer. Hanya klik [SINI]. Nanti keluar macam ni:

Masukkan IC nombor anak

Pastu pilih keputusan awal.akhir tahun

Senang kan. Anak² pon tak bolehlah nak menipu kata kertas periksa tak dapat lagi...kertas periksa hilang...kawan amik kertas periksa....contohlah...hehehe...Sebab semua keputusan kita dah tau awal². Jadi anak², bersiap sedialah. 

Alhamdulillah....keputusan result akhir tahun kimi banyak peningkatan. Memang banyak beza keputusannya kalau nak di bandingkan masa periksa awal tahun haritu. Cuma ada lagi 5 result tak tau lagi berapa markahnya. Kalau nak tau, bebudak darjah satu skang ni ada 10 subject hokay. Kita dulu ada berapa jer? Fikirlah sendiri. Sian pon ada gak sebab baru sekolah rendah tapi banyak subject nak kena study. 

Aku pantau jugak mana subject yang kimi tak boleh nak score. Kalau boleh nak hantar dia tuition. Tapi tu lah, takut lagi membebankan plak sebab baru nak naik darjah 2 kan. Tengok dulu lah macam mana.

Note: Buku teks darjah 2 pon dah dapat. Awal betul.


You Might Also Like

23 comments

  1. saya try cek tak update pun...tak semua sekolah kot guna kemudahan ni.kan senang kalau update kat sini..kan??boleh jadi rujukan ibu bapa..

    ReplyDelete
  2. Uish...dasat zaman skg. Semuanya dihujung jari. tak lama lagi, bdk2 amek periksa dah tak pki kertas. Semua online je.

    ReplyDelete
  3. Dah jauh banyak berubah dari zaman kita dulu...which is good la kan.. :)

    ReplyDelete
  4. Wah bagus.. Satu inovasi bagi menyenangkan ibu bapa..

    ReplyDelete
  5. hamboi canggih yer.
    ingat kat university je leh check online sekali sekolah rendah pon boleh fuyooo.. :)

    ReplyDelete
  6. Betul sekolah anak kakak pun lama dah praktik cara online ini.

    ReplyDelete
  7. hehehe.. semuanye di hujung jari kan.
    try jugak yang Anis punye.. belom key in lagi result akhir tahun dia.
    nanti kena cek lagi.. hehehe

    Thanks Fiza sebab sharekan link nih. :)
    Anis pon dh bawa balik buku teks tahun 2 semalam.. rebeh bahu dia cakap.. :))

    ReplyDelete
  8. Wah! Serba di hujung jari sekarang.. Senang keje.. ^^,
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  9. bgs ada sistem online, bdk2 tak leh nak nipu:)

    ReplyDelete
  10. canggihnya skrng....fuhhh dgr pun penat kan budak2 zaman skrng ni belajar..rasa cam dlu takdela belaja sume serentak camni

    ReplyDelete
  11. bgus btol..anak2 xleh la sorok2 result da pasni..hehe :)

    ReplyDelete
  12. tengok subjek sains upsr dah macam sains masa spm dulu
    hebat pembelajaran anak2 sekarang
    makin mencabar

    ReplyDelete
  13. amboi, cangih betul!
    ingat result spm..hehe
    saya belum merasa lagi benda ni, insya ALLAH tahun
    depan afif dah darjah 1 =)

    ReplyDelete
  14. OOO CANGGIH BETOI YERR.. siap blh tgk online...

    ReplyDelete
  15. mau cek la skang result dara 2 org tu fiza...

    ReplyDelete
  16. Samalah entri kita fiza.kita pun dah check..memang mudah..

    ReplyDelete
  17. hehehehehe..tak boleh nak sign kad laporan sendiri dah..hehehe..kathy pun dah cek..

    ReplyDelete
  18. mudah la nak pantau keputusan anak2 lepas nie kan..

    ReplyDelete
  19. I dah checked tapi yang keluar nama kelas dan nama cikgu je. Malas betul cikgu sekolah si Abang ni tau. Exam sebelum Deepavali dah berlangsung. Kertas dah lama bertanda. Buku dah seminggu lebih pulang. Buku tahun depan dah dapat. Report card baru minta tandatangan minggu lepas. Nasib baik Mommy tak cepat naik angin, kalau tak dah kena marah kerani sekolah sibuk dari awal sampai hujung tahun nak cari cikgu kelas anak dia....

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive