Minyak Kereta | LITER vs RINGGIT

Wednesday, December 03, 2014


Nak tanya ni. Uolls isi minyak kereta selalunya pakai liter ker pakai ringgit malaysia (RM)? Pernah terfikir tak yang isi minyak pakai liter lagi untung/jimat dari pakai ringgit? Sebenarnya nak bagitau yang aku baru jer tau pasal benda ni. Dah 4 tahun di arena pemanduan ni baru aku sedar wei...cissss...Ker uolls pon macam aku jugak. Serba serbi tak tau. Kalau yang tau tu, dediam lah yerp. Ni nak citer sket pasal LITER vs RINGGIT ni.

Aku tau ni pon lepas borak² ngan adik. Ntah macam mana tercerita pasal minyak keta plak. Sebab adik aku  ni sepanjang dia memandu mana pernah isi minyak keta. Somi dia yang tolong isikan. Jadinya...skang ni dah pandai isi minyak keta sendiri. Eksen lah kan...hahaha...Katanya dia isi pakai liter. Lagi untung dan jimat. Kebetulan dapat plak info dalam group whatsApp. Meh baca nih.

Contohnya *belum citer dah bagi contoh...ekekeke...

Gi kaunter nak isi minyak 20 liter. Pastu bayar RM46.00. Ini lebih baik daripada isi RM40.00 kerana minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja. Faham??

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40.00. Bayangkan kalau setiap hari ada seribu orang yang isi RM40.00. Stesen minyak dah untung 9.4737 liter. Kalau sebulan? Silalah kira sendiri. Sebab tu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM dari ikut nilai liter.

Wallahu'alam...Gittew lah kisahnya. Bagi membuktikan kesahihan nya, my colleague minta kepastian dari kawan dia yang kerja dalam sektor  minyak ni lah. Dan jawapannya adalah benar. Memang betul akan di bundarkan terdekat. So...better isi guna liter.

Jadinya...sejak dah tau ni memng aku isi minyak pakai liter jer. No more pakai RM. Orang kat kaunter  minyak tu pon kena siap sedia ngan calculator. Ko nak muka masam ker, muka sentap ker sebab nak kena mengira itu bukan masalah aku. Zaman living cost  makin meningkat ni kena berkira even sikit.

Tapi kan, Aku perasan minyak dari Shell banyak sket dari Petronas. Aku isi RM20.00 kat Shell dapat 8.7 liter. Kalau isi kat Petronas RM20.00 dapat 8.695 liter. Ko nampak tak betapa berkiranya aku sampai minyak kat shell and pertonas pon aku catit berapa jumlahnya...ppffttt...

Note: Kalau minyak dah menyala. Mana² stesen petrol yang terdekat pon aku pakai juga. Mati tengah jalan keta tu aku jugak yang susah.


You Might Also Like

52 comments

  1. semua mahal sekarang ni..rasa nak jalan kaki je G keje hari2..mmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sue. Klo umah dekat ngan office kan best.

      Delete
  2. Ada jugak org bagitau pasal ni, tapi sy tak pernah lagi mintak kat kaunter untuk byr ikut liter. Lepas ni sy nak try buat jugaklah cmtu, kot mmg untung sikit nt boleh bgtau hubby sbb die pon slalu isi minyak ikut RM je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skang ni kena berkira sis even amount nya kecik. Beli jer pakai liter.

      Delete
  3. sy msh guna RM sbb mls kira..blh x? hahaha.. tp setia dgn shell.. hri tu husband isi ron97, sy tnye kenapa, kan mahal..dia punye jawapan sgt skema, "ron97 jimat dan lebih kilometer".. wakakaka..berdekah dgr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kelakar pulak jawapannya... terpengaruh ngan iklan ker. btw.. ahhemmm... I dulu kerja syarikat minyak (tak payah sebut la ek jenama apa hehehe) actually kalau kereta u punya enjin boleh pakai ronmurah, pakai jer hat tu sebab takder effect pun kalau pakai hat mahal, effect duit jer la keluar lebih hihihi.

      Delete
    2. Tak yah kira tina. Biar org kat kaunter yg kira. Wah...setia tu. Akk gak yg curang...hehehe...

      Delete
  4. Ooo baru tau. Memandangkan skang mmg suami yg isi minyak. Ahkak xkisah le bab2 rm or literkan. Dulu time keje minyak company bayo lg la xde nak kira hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lah uolls en somi yang tolong isikan minyak ☺

      Delete
  5. yea Fiza same la..pakai RM.. hurm.. baru tau sebenarnye yg pasal liter tu..huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni tukar tau emme. Beli pakai liter plak.

      Delete
  6. dulu husband kira guna ringgit..skrg ni guna liter plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tau ni memang pakai liter jer lah daku nad ☺

      Delete
  7. Entahlah. Tak tau sgt mcm ne pengiraan diorang ni. Apa yg sy tau, sy isi 20 liter untuk seminggu. Kalau 97, RM51 dan kalau 95, byr RM46. Sobs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara, saya dah start isi minyak 20 liter start senin haritu. Maknanya tahan utk seminggu erk. Sebab selalu isi minyak Rm15-20. Dalam sminggu tu kekadang 2-3 kali jugak lah kena isi minyak balik. Membazir kan.

      Delete
  8. Replies
    1. Akk dah lama erk pakai liter. Tak bagitau pon...hehehe...Saya baru tau kak. Kesian kan.

      Delete
  9. alaaaa bab ni eady je yang amik tau....aku tak tau pape..hehehe....sebab aku sekadar penumpang setia aje! :)

    ReplyDelete
  10. Saya tak berkira sangat.. Main tuang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak per lah tak berkira. Skang ni saya jadi lebih berkira even bezanya sedikit ☺

      Delete
  11. Kakak dari dulu memang isi ikut duit.
    Macam kekok pulak nak isi pakai liter

    Kena cuba jugalah Fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ngan saya kak. Agak kekok gak. Pastu org kat kaunter pon macam terpinga² bila sebut liter...ppffttt

      Delete
  12. hehehehehehe.. Zura x amik pot sangat bab isi minyak nih. sebab suami yang uruskan semua. selalunye dia isi minyak dia cakap "penuh" hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya zura en somi yg isikan minyak. Tak yah fikir pasal minyak ada ker tak der yerp ☺

      Delete
  13. Assalamualaikum Super Mom :),

    Ini adalah komen pertama saya di blog kak. Salam perkenalan dari saya.

    Berbalik kepada isu liter VS ringgit. Yeke? Saya pun baru tahu sebab sebelum ni saya juga isi guna RM. Nasib baik jumpa blog kak ni, dapat info bermanfaat di sini.

    Memang banyak jimat ye kalau guna liter ni. Yang lebihan tu boleh kita simpan untuk guna promosi bisnes online yang dijalankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring sebab baru tau jugak nih. Lpas ni isi minyak pakai liter tau.

      Delete
  14. a'a akak..betul tue..farah pun bila dah tahu pasal nie terus isi guna liter..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian tau farah. Dah 4 tahun memandu baru tau pasal benda ni.

      Delete
  15. Hana pernah juga dapat msg ni. Tapi sebenarnya ikut pada mesin pam minyak itu cuma digital meter. Yang pasti bagus cek penggunaan kita dapat berapa km. Tapi mengikut perkiraan Hana memang shell lebih jauh km. Plus dapat claim towel dari point bonus link.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah hana, tak pernah cek penggunaan KM. Nak try cek lpas nih. Memang ramai yg kata shell lagi ok.

      Delete
  16. Kiraan guna RM tu menmguntungkan pengusaha stesen..
    Tapi kita sebagai pengguna, sebenarnya bezanya, negligible..:)

    ReplyDelete
  17. Oooooo... macam tu kiraannya...

    ReplyDelete
  18. sejak kenaikkan aritu mmg isi minyak guna liter

    ReplyDelete
  19. haah.. sekarang pon isi ikut liter je.. hahaha.. 23,00, 46.00 .tu je laa limit keta viva.. lebih overload plak.. nak isi 69 tak boleh..hehehehe.. rugi plak...

    ReplyDelete
  20. salam k.fiza..
    ada relevannya jugak rm vs liter ni.. cma tak pernah lagi bayar guna liter..tp member pernah.. mmg saving.. cma lebih suka isi kat petron sbb tahan lama.. :)

    ReplyDelete
  21. nak tak nak kene pakai juge.. kalau boleh naik beskal syok gak.. tapi bile sampai part kene panjat bukit jenoh nak kayoh.. hehehhe..

    ReplyDelete
  22. betul..isi kat shell memang dapat lebih..suami saya dah lama dah memang isi minyak kat shell

    ReplyDelete
  23. sumpah tak tau! bace cite fiza ni baru tau....cepat2 bagitau hubby heheeheh lieya ni lagi teruk...tau bawak keter jek...isi minyak ke ape semua keje hubby kahkahkah....tau2 tank penoh jek...dah tgl setakuk kang order jek suh isi malam kang heheehehehe

    ReplyDelete
  24. Fiza, saya lepas dpt msg whatsapp tu, dah beli minyak guna liter. Rasa mcm educated je bila sebut nak beli minyak 20 liter. Heheh.. Skrg dah guna RON97. Lagi jimat. Sbb minyak lambat skit habis.

    ReplyDelete
  25. kalau rajin bereksperimen, memang Shell terasa lagi pergi jauh dari Petronas...tapi BHP bole pergi jauh berbanding Shell...cubalah..^_^

    ReplyDelete
  26. Setakat ni mmg masih dgn shell... mmg lebih kilometer. Masih jimat berbanding yg lain.. saya dah kaji dah.. :D

    ReplyDelete
  27. bagus sharing ni. ye la, nak ke mana2 sekarang, semuanya perlukan transport dan dah tentunya kena pakai minyak T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  28. jom kayuh basikal mcm kat jepun..
    huhu.. org kita malu agaknya kan?

    ReplyDelete
  29. thanks sis ! baru tau ni.. lepas ni tak boleh isi pakai RM la. kalau moto xpe gak

    ReplyDelete
  30. akak pun baru tau pasal pakai liter tu

    ReplyDelete
  31. oh menarik info ini baru tahu..:)

    ReplyDelete
  32. Ya ke ni? I ni dah memandu lebih 10 tahun okey baru ni tau! Nasib baik you mengamalkan sharing is caring. Eh, kalau kita cakap nak guna liter, benganglah pekerja kat stesen minyak tu ya... Nasiblah kan!

    I ni pun dulu setia pada Shell. Sampaikan kalau takda minyak, I pam RM10 dulu untuk survive supaya dapat cari Shell station. La ni tak buat lagi kerja bodoh cam tu. Pam 2,3 kali demi kesetiaan yang tak berbelah bahagi. Tapi I pun perasan, kalau dengan Shell minyak lebih jimat berbanding Petronas.

    ReplyDelete
  33. mmg isi guna RM je
    thanks akak berkongsi.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive