'Ibu...Gigi Kita Sakit Sangat!!!'

Friday, February 27, 2015


Luahan anak bujang Iman Hakimi masa amik dia balik sekolah hari rabu tu. Katanya dia nangis dalam kelas sebab tak tahan sakit. Alahaiiii...syahdu plak ibu ko ni dengar. Cikgu soh dia rehat katanya. Dah lah tengah ujian. Jawab ujian dalam kesakitan kot. Memang tak banyak cakap sangat lah dalam keta. 

Sampai tumah mengadu lagi sakit gigi. Sakit sangat. Pastu kata rasa macam nak demam. Memang rasa dedar skit badan dia. Gigi geraham plak tu yang sakit. Memang nampak bengkak gusi dia tu. Aku yang sakit gigi pon tak tertahan ini kan budak 8 tahun. Makan pon tak nak. Terbaring jer lah dia sampai tertidur. Tunggu En. bos balik. Tapi tu lah, mana ada klinik gigi yang bukak memalam kan.

Disebabkan kimi demam penangan sakit gigi, pergi jugak lah klinik biasa. Minta ubat tahan sakit skali. Doctor tu cakap tak boleh cabut time gusi tengah bengkak. Tak per lah....kita tunggu keesokan nya. 

Tu yang semalam Emergency Leave. Bawak kimi cabut gigi even gusi tu still nampak bengkak lagi. Tapi bila bawak gi dentist, boleh jer cabut. Lagi pon gigi geraham dia dah goyang. Dentist cakap punca sakit berdenyut tu sebab akar dalam tu dah berlubang and hitam. Tu yang sakit. Nak tayang gigi tu kang ada yang geli plak...hehehe...Bergenang gak lah air mata jantan dia tu. Banyak gak gigi susu yang dah mula goyang. Tunggu masa nak roboh jer tu.

Note: Berani gak kimi gi dentist. Ibu dia ni? Masih penakut tahap langit ketujuh. 



You Might Also Like

16 komen

  1. Sian kimi .. mesti sakit kan wlupun aku tak pernah rasa. Nmpk hubby sakit gigi aku boleh bayangkan denyut2nya ... huhu

    ReplyDelete
  2. amboii tahap langit ketujuh. hahaha

    ReplyDelete
  3. Hehehhehe...sian Kimi..gud boy..

    ReplyDelete
  4. alololo..siyannya... ok dah tu dah cabut lega.. hilang sakit.. :)

    ReplyDelete
  5. goodboy iman hakimi...berani dia pergi dentist..aunty pun geng berani2 takut..kalo da tak tahan sangat, baru ku gagahkan juga ke dentist..

    sakit gigi mmg azab huhuhu

    ReplyDelete
  6. aduhaiiiii..boleh rase sakit tuh..

    ReplyDelete
  7. alahai kesiannyer...
    takperler kimi.. budak lelaki kena kuat...
    memang sakit amatkan.. kita leh rasakan..

    ReplyDelete
  8. Anak saya dulu memang kerap pi dentist .cabut gigi la,check gigi la..tapi naik sekolah rendah tak pi la dah sebab kat sekolah memang nurse datang chek..Sekali tu gigi dia bergoyang ,inagt dia takut nak pi sebab dah lama tak jumpa doktor gigi.rupanya dia berani lagi..siap cakap,tak cantik kalau tak cabut sebab nanti cikgu kata gigi tu berlapis..rela tu demi cantik sanggup cabut gigi..ahhahah

    ReplyDelete
  9. dpt bygkan perasaan kimi tu sebab dlu mak bawa gi klinik tp doc xberani cabut gigi sbb muka dh biru. smpai skrg fobia dgn dentist. hehehe. tabik la kimi

    ReplyDelete
  10. Hehe... Sy pun jnis penakut dgn doktor gigi... Hehe

    ReplyDelete
  11. Fuhh.. saya bab sakit gigi ni pun mmg tak boleh tahan. Serik tapi nak jumpa doktor gigi pun masih tak hilang2 seram dari kecik smpai skrng huhu..
    Semoga Kimi cepat sembuh ye.. :)

    ReplyDelete
  12. sian anak bujang fiza
    akak pun takut tau
    masa operate gigi bongsu dulu
    kemain keras je badan ni
    sampai dr suruh relax, cool
    macam nak beranak plak
    kalau beranak tak tau lah cane haha

    ReplyDelete
  13. kesian kimi...harap dah tak sakit dah

    ReplyDelete
  14. teringat kecik2 dulu,gigi goyang ikat benang cabut sendiri je..huhuhu

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah lega kan bila dh cabut.
    hakimi lega ibu pon sng hti..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page