Orang Perempuan memang DEGIL!!!

Friday, February 06, 2015

Satu yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Mekasih sahabat sebab tagged nurkilan ni. Dan terima kasih buat [Puan Empunya] kerana berkongsi hasil tulisan nya ini. True indeed sangat. Memang orang perempuan DEGIL dan TAK RETI SERIK. Meh baca nih.

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung.

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung. 

Orang perempuan tak reti serik 

Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yang menyusu, masih lagi nak mengandung. 

Tapi itu lah orang perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami. 

To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget. 

Kepada para suami yang budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab orang perempuan memang 'degil'. Hehehe.


Saat 'Perempuan Degil' bersalin anak ketiga. Degil sangat sebab anak baru 10 bulan dah mengandung balik. Itu pon [tak tau dalam perut dah ada isi]. Degil tak nak gi check up....hahaha...Rasa lawak bila dikenangkan kembali. Tapi bila tengok gambar ni, rasa 'DEGIL' tu kembali lagi lah. Acaner tu?? Qhalif pon dah nak masuk 3 tahun dah...hurrmmmm...

Note: Perempuan degil sebab suami pon degil jugak...hahaha...


You Might Also Like

27 komen

  1. rezeki semua tu, degil pon xpa..hehe

    ReplyDelete
  2. Hahahh.amboii nota akak tuu ;P nani tak lalui lagi pengalaman mnegandung bersalin semuaaa tuu.eheh.gadis gadis lagi :D

    ReplyDelete
  3. bila tengok baby...hilang semua rasa serik :)

    ReplyDelete
  4. Hahahah. Walau sakit camne pun beranak tuh time tuh je fikir dah serik. Lepas je anak keluar terus hilang rasa. Hihi

    ReplyDelete
  5. ishhhh itu bukan degil... tu nikmat hidup... saat ramai orang perempuan 'degil' ramai lagi yg susah nak lalui ke'degil'an tu walaupun sekali.... kesian kan... dan kalau lah pengalaman 'degil' tu orang lelaki pun boleh lalui pakai nampak nilai kewanitaan akan luput lah...

    salam singgah

    ReplyDelete
  6. ehhh ini degil yang bagus nie..kekeke..cepat skittt...

    ReplyDelete
  7. sbb suami pun degil gak..hahaha..btl tu kak.. sy ni bila danish dh mula membesar, rindu lak ms dia baby,ms dia dlm perut..rindu ms mengandung..

    ReplyDelete
  8. ala...Bila tengok gambar ni dengan saya sekali rasa nak degil jugak..heheheh...memang sakit,letih,mengantuk tapi entah la..bila ingat rasa best pulak..hehhehehe

    ReplyDelete
  9. dah boleh dah tuuu...dah boleh beradik dah tuu

    ReplyDelete
  10. orang lelaki lagi tak serik... hehe

    ReplyDelete
  11. Setuju !! Kita orang memang 'degil' .... :D

    ReplyDelete
  12. Hehehehe...memang degil..

    ReplyDelete
  13. Hehe.. degil ?? Hahaha.. dah rezeki kene mengandung sebab anak ramai

    ReplyDelete
  14. Salam hujung minggu dari bunda...SUBHANALLAH..

    ReplyDelete
  15. tahniah :)

    salam perkenalan sis & jemput ke blog nana nanti

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah....rezeki yang amat bernilai tu..mcm mana tak degil... :-)

    ReplyDelete
  17. Biarlah degil yg satu ni sebab hasilnya sangat indah terasa dan berpanjangan pula.
    Kalau betul utk yg ke empat tahniah in advance dari kakak
    Dah besar dah tu kalau 3 tahun..

    ReplyDelete
  18. Hihi....mmg degil ....Udah terpaksa nak buek camno. Dah ada kat dalam, tak kan tak mo keluarkan hihi....

    ReplyDelete
  19. Selamat berdegil... heheh... Saya macam nk cuba lagi gak ni. Tapi nervous,

    ReplyDelete
  20. hahaha...memang degil nih,bole tu fiza nak tambah lagi,akak ni buat masa ni stop dulu kot besar yg 3org tu dulu,tapi kalau ada rezeki terima je kan..hehehe

    ReplyDelete
  21. Kedegilan yg membawa Kerahmatan & bahagia...
    Hanya org Perempuan jer tau....
    Saya nak share yea citer Orang Perempuan Memang Degil...

    ReplyDelete
  22. sweet nyer kata2 di atas tu... i like!!
    tapi kan fiza, ada sorang member aida tu serik, anak dia da darjah 4 skang ni masih serik tau!
    tak beranak lagi dah... katanya nak, tapi serik.
    tu la sorang anak bujang dia...

    aida da 37 thn, cannot da...
    walaupun tak serik :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  23. huhu.. nice entri..


    kalo degil tu datang lagi..apa lagi..blh dah plan2 tu.. hehe

    ReplyDelete
  24. Hahaha... orang perempuan memang tak reti serik. Takut macamana pun, sakit macamana pun, terguris macamana pun masih sanggup melaluinya over and over again. Sebabnya, hasil selepas segala kesakitan tu, sangat indahlah...

    Makbanyakanak nak tambah ahli lagi ke? Dialu-alukan, lagikan Qhalif dah 3 tahunkan *_*

    ReplyDelete
  25. hahaha.pendek kata dua dua degil la..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page