Overtime Oh! Overtime!!!

Tuesday, March 03, 2015


Bukan overtime untuk kerja lebih masa di pejabat ni. Tapi overtime yang di kenakan pada parents² yang amik anak lambar dari Nursery. Dulu aku macam tak berapa kisah sangat. Keluar office pon lambat jer. Tapi lambat dalam 10 - 15 minit jer lah. Tapi bila tengok overtime dah macam sebulan punya bayaran. Rasa macam nak pitam kejap. Biar betik banyak ni nak kena bayar.

Skang ni...memandangkan perbelanjaan makin bertambah dan juga kat nursery tu dah ada mesin punch card, memang sharp² 5.30 pm aku dah bersiap² balik. Memang hari² aku rushing nak balik. Qahirah nyer overtime start pukul 6.00 pm. Rasa macam nak tanya balik kat pengetua kat situ tak boleh ker start pukul 6.30 pm. Sebab masa kimi dulu start 6.30 pm. Errkkkk...suka suki aku plak khennn. Tu beberapa tahun lepas.

Aku balik pukul 5.30 pm. Memang tak kan sampai sebelum pukul 6.00 punya. Qhalif plak start overtime pukul 6.30 pm. Sebab semalam dapat overtime slip untuk qahirah (bulan January) ngan qhalif (bulan february). Memang tiap² bulan kena bayar extra. Dan start dari harini aku kena amik qahirah dulu nampaknya. 

Tapi nak buat macam mana kan. Bukan kita sengaja amik anak² lambat. Hari² jalan sesak dan hari² aku stress sebab terpaksa menghadap benda yang sama. Kalau hujan lagi double trouble sesaknya. Tapi dorang bukan kira pon kan. Overtime tetap overtime. Sedih lah wei. Tapi nak buat macam mana. Ibu yang berkerjaya macam ni lah. Aliran duit memang sentiasa mengalir deras :-(

Note: Luahan perasaan dipetang hari. 


You Might Also Like

19 comments

  1. takda tempat lain ke awak nak hantar?? kesian kat awak pulak ... bila kena cas lbh .. kdg x menafikanlah cikgu² tu pun ada komitmen lain.. tp kalau lbh 1 jam atau 2 jam lewat barulah cas.. ni kalau baru bape minit macam saja je.. xmoo kt amik lmbt pulak .. cubalah boikot .. klu ramai ibu bapa buat gitu .. rasanya taska tu pun tak lama ...

    ReplyDelete
  2. uihhh... kat tmpt anak sy overtime start pukul 7 malam... hantar start 7 pagi... tp biasenyer ambk pukul 5 ptg... ngeee... nak mintak tolak paymen la sbb ambk awal...wakaka...

    ReplyDelete
  3. Aduh sabar fiza.. tak boleh mintak en husband tolong ambikkan ker?

    ReplyDelete
  4. alahaiii mesti mahal giler kan..kat taska sini pun sama start pkl 6 kene byr setengah jam RM5 sejam RM10

    ReplyDelete
  5. Tak bolehlah nursery buat macam tu.. Memang confirm la ramai parent lewat ambil. Kalau pukul 6.30 pm oklah lagi kan...

    ReplyDelete
  6. faham sgt perasaan fiza tu
    dia org buat lebih income dari ot tu

    akak dulu pon teruk jugak Smart Reader Kid charge OT....
    tp sebab jem memang tak boleh buat apa...terpaksa terima jugak:)

    ReplyDelete
  7. sejam dia ambik berapa??dia kira sejam ke setengah jam??

    ReplyDelete
  8. Hmmmm..
    Tapi di sebelah pihak mereka, mungkin perlu kot kenakan cas tu, sebab mereka mmg kena kerja overtime...hahaha

    ReplyDelete
  9. Ye la.. Tapi sabar ye sis. Moga di permudah semuanya..

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni masa itu mmg emas.. semua ada harganya hhmmm...

    ReplyDelete
  11. huuuu i feel u sis. tapi alhamdulilah tak hantar nursery hanta dekat pengasuh. dia tak mintak pun duit overtime tapi kita lah beringat sendiri kannn.

    kalau cuti umum nursery tutup kan? tetap kena bayar kadar sebulan ke ada potongan sis? saya takde pengalaman tapi kalau cuti umum kita tak hantar anak tetap kena bayar, overtime kena bayar. susah la jugak mcm tu. nmpk mcm kita je pulak kena tolak ansur. huuuu sory teremo tapi memang bila bab duit ni memang selalu emosi

    ReplyDelete
  12. mmm tu la hakikat yg kita semua kena tanggung....nasib baik noe hantar kat jiran...n jiran x berkira sgt...cuma mahal sikit la dr hantar nursery tu...

    ReplyDelete
  13. taska anak akak masih lg lepas 6.30 baru kena overtime,tp alhamdulillah juga sbb akak balik pukul 4.30,cuma bila ayah doang sampai lambat terpaksa juga byr ot,sbb sampi pukul 7

    ReplyDelete
  14. Kan... banyak nak kene bayar, bayar itu ini.. duit habis macam air paip.. sob.. sob.. sob..

    ReplyDelete
  15. kan.bukan disengajakan. tak pa lah mungkin ada hikmah disebaliknya.jgn stress.
    smga dipermudahkan hendakNya aamiin

    ReplyDelete
  16. huhu.. kdg2 perkara mcm ni kna ada timbang rasa juga kan.. kt bkn saje2 pon nk lewatkan ambik ank..

    ReplyDelete
  17. Aduh, dahsyatnya kira overtime macam tu! Takda give and take sekali sekala ke? Tak leh pejam mata sekali-sekala? Bertimbang rasalah. Kita pun bukan suka anak-anak berlama kat nursery, kalau boleh memang tak nak hantar langsung. Kalau bolehlahkan...

    Kalau dah namanya kerja kat KL dan kawasan sewaktu dengannya, baru bunyi guruh di langit pun dah boleh sesak jalan. Memanglah niat nak segera sampai tapi selalu pun tak bolehkan. Kesian pulak I kat you....

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive