TITISAN EMAS dari SUSU IBU

Thursday, March 26, 2015

Hebat kan SUSU IBU ni. Setitik tu adalah TITISAN EMAS. Tak percaya? Meh tengok nih:


Beruntung anak² kita sebab dapat minum titisan² emas ni kan. Buat ibu² yang tak dapat menyusukan anak dalam tempoh yang lama, jangan putus asa. Boleh cuba lagi. Dan juga buat ibu² yang tak dapat menyusukan anak atas sebab² tertentu, jangan rasa tertekan. Mungkin ada hikmahnya. Aku bersyukur sebab anak² membesar dengan Susu Ibu. Cuma masa anak pertama aku tak betul² buat preparation pasal Breasfeeding. Bila baby dah keluar baru terhegeh² nak cari info. 

Kesedaran pasal susu ibu pon dah makin tinggi. Sokongan suami, ahli keluarga, masyarakat sekeliling, tempat kerja, majikan adalah sangat penting untuk membantu wanita bergelar ibu memulakan, mengekalkan serta meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Untung lah pada ibu² yang majikan ada menyediakan bilik untuk mengepam susu. Macam aku ni dulu kena gi surau. Penyusuan susu ibu juga benar-benar menjimatkan kos kerana ia tidak perlu dibeli, bahkan membekalkan zat pemakanan yang lengkap untuk anak. Lebih² lagi nak GST ni kan.

Antara khasiat SUSU IBU:


Susu ibu bukan saja makanan yang terbaik untuk bayi tetapi ia dapat membantu melindungi si kecil daripada risiko kegemukan, tahap kolesterol tinggi (hiperkolesterolemia) dan penyakit berjangkit.

Kajian juga menunjukkan pe­nyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak-kanak hingga dewasa. Individu yang membesar dengan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol.

Malah anak juga didapati kurang mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Beberapa data mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda,

Dan perlu di ingat, Istilah “Exclusive Breastfeeding” ini telah diperkenalkan oleh WHO. “Exclusive” bermaksud seratus peratus susu ibu tanpa makanan atau minuman lain termasuk air kosong. Dan ia hanyalah terhad kepada tempoh enam bulan pertama usia bayi. Selepas umur enam bulan, makanan seperti bubur boleh diperkenalkan secara perlahan-perlahan kepada bayi. Pada masa yang sama, pemberian susu ibu boleh diteruskan sehingga umur yang disarankan oleh Islam iaitu dua tahun". Ini bermaksud tiada makanan atau minuman tambahan, puting dan sebagainya untuk tempoh enam bulan pertama

Kalau bercakap pasal breastfeeding ni memang akan panjang berjela. Pesanan aku buat ibu² yang berhasrat nak fully breastfeed, dinasihatkan menimba ilmu. Banyakkan membaca dan jangan malu bertanya pada orang yang berpengalaman pasal breastfeeding ni. Join komuniti breastfeeding di laman sosial. 


Ni...budak ni. Tak tau bila nak stop nenen nih. Bulan depan dah 3 tahun. Over plak ko dik. Sedap yer dapat minum air emas....hehehe...


Note: Kejap jer dah khamis. Makin hari makin bertimbun kerja. Meja pon dah semak. Sorry uolls...hutang blogwalking. Mana yang sempat jer.


You Might Also Like

12 comments

  1. kalau boleh nanti baby lahir nak fully BF kat dia...

    ReplyDelete
  2. subhanallah..betapa bagusnye susu ibu nie..

    kite sedih sbb mek dpt merasa smp umur 5-6 bulan jer,,,;(
    tp xpe la kan..bersyukur sbb mcm mana pun mek merasa jugak smp umur gitu..
    cume rezeki smp situ jer..;)

    ReplyDelete
  3. terus terang susu memang makanan terbaik untu bayi anda

    ReplyDelete
  4. Ramai yang telah menyedari bahawasanya susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu formula

    ReplyDelete
  5. Nampak ni Kat FB org dok share.. untunglah yg dpt bg anak full bf. Sya x de rezeki, tp masih jugalah bagi sikit² pd Aniq. Sekadar yg ada..

    ReplyDelete
  6. yang setahun 1 tahun 8 bulan ni pun mak dia dah start malas nak bagi..kekeke..

    ReplyDelete
  7. dah bujang dah anak ko nok...

    ReplyDelete
  8. Che Mid dapat susukan deeja dua tahun lebih. dah sambung susu botol pun masih rindu nak nenen. tak boleh tengok baby lain menyusu..jeles..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. anak saya membesar dengan titisan emas ini sehingga ke hari ini

    ReplyDelete
  10. Subhanallah hebat btl kan akak kuasa Allah..;)

    ReplyDelete
  11. I antara yang tak dapat BF anak-anak sepenuhnya. Yang pertama memang sebab kurang ilmu. Yang kedua, susu tak berapa nak ada dah diri sendiri pun boleh tahan tabiat makan yang pelik-pelik nih....

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive