Food Review | Boat Noodle @ D'Pulze, Cyberjaya

Wednesday, April 22, 2015


Femes betul Boat Noodle ni kan. Sana sini citer pasal makan kat Boat noodle ni. Apa yang bestnya? Dah lah mangkuk kecik. Macam tak puas jer makan...hehehe...Kebetulan kat D'pulze, Cyberjaya ni baru jer buka cawangan Boat Noodle, apa lagi...Kita cuba dulu. Memula teragak² jugak nak makan. Tapi bila dah nampak sijil halal kat kaunter tu memang tak teragak² lah nak mencuba. Boleh refer [SINI]. Tak sempat nak snap sijil tu. 


Biasalah...orang 1st time baru nak try boat noodle. Terkial² sket nak order. Tapi tak per. Ada order guide yang disediakan. Suggest sorang makan adalah 4 bowls. Tapi kalau nak lebih pon tak per. Aku tengok dorang makan memang bertingkek². Tapi buat permulaan nak mencuba, bley order semangkuk dua dulu .Kalau nak tambah mangkuk, re order jer.


Ok...Kat Boat noodle ni ada 2 jenis flavor. Pedas dan juga tak pedas. PATHUMTHANI pedas. Tapi aku rasa tak der lah pedas  mana. Tapi kalau nak tambah pedas, ada cili macam cili flakes disediakan, AYUTTHAYA *dah macam Altantuya plak...hehe* tak pedas. Ada Beef Thai Rice Noodle dan juga Chicken Thai Rice Noodle. Pilihan aku beef. Apa rasanya? Uolls pernah makan mee celup tak? haaaa...lebih kurang macam tu lah rasa nya. Ada masam² sket. Sedap. 


Pilihan boat noodle on that day. Macam yang aku cakap, memula memang banyak ni jer sebab nak test power dulu. Lepas dah tau rasanya, kita tambah lagi order. Keseluruhannya ada 11 mangkuk boat noodle untuk kami bertiga makan. 


Kitorang order ni. Sedap wei...rangup jer. Pada hal sayur kangkung jer. Cer kalau buat sendiri. Tak jadi macam ni,,,hehehe...Sos dia pon sedap. 


Yang ni plak namanya KA NUM TUAY. Kuih dia macam tepung pelita. Alaaaaa...senang cakap tepung pelita versi thai. Versi melayu base dia daun. Versi thai dia buat dalam mangkuk cute nih. Tapi rasanya memang sedap. Tak puas makan 2 mangkuk nih. Nest time kalau gi kena order lebih.


Drink of the day untuk haritu. Kenal tak air apa ni?...hehehe...Air mata kucing. My feveret drink dan juga my milk booster. 

Mana mangkuk bertingkek² nya? Sorry lah...dah kekenyangan sampai lupa nak snap. Tapi aku makan 4 mangkuk jer. Overall memang ok. Tapi kedai dia tak der lah besar sangat. Nasib kitorang cepat. Kalau tak memang kena manunggu turn sebab ramai orang. Mangkuk pon ok. Tak der yang sumbing macam komen dari sesetengah orang yang makan kat Boat noodle kata mangkuk sumbing. Mungkon kedai baru kot. Belum ada yang sumbing lagi ☺

Boat noodle ni ada beberapa cawangan. Antaranya:
1) Jaya One
2) Empire Damansara
3) Ikon Cheras
4) Klang Parade
5) Sutera Mall
6) Gamuda Walk
7) Publika
8) Berjaya Times Square
9) D'Pulze Cyberjaya

Sila lah terjah Boat Noodle berhampiran kawasan anda untuk mencubanya. Tapi kena tabah menunggu lah sebab orang ramai. Melainkan uolls gi cepat ☺

Note: Dah best kerja kat Cyberjaya nih. Dah ada shopping complex dan banyak kedai yang tumbuh bagai cendawan. Tak macam masa memula kerja sini. 














You Might Also Like

25 comments

  1. ohh dah ada ye kat situ..last 2 week ada meround jugak tapi tak nampak plak..
    kena gi ni ujung minggu nanti..
    yang penting ada sijil halal..uishhh tak sabar..

    ReplyDelete
  2. i suka makan sini sebab anak2 bersaing bila makan hehehe siapa paling banyak dia menang gituw :)

    ReplyDelete
  3. ramai cerita boat noodle ni sdap...teringin pulak nak ke sana

    ReplyDelete
  4. air longan diaa memang sedapp..ritu masa pegi sana makan boat noodle je x try yg lain..next time nak try laaa keropok kangkung tuuu

    ReplyDelete
  5. sedap kan...hehee

    vna boleh makan tiga mangkuk je..syakirahsyakil asyik repeat order kuih tepung pelita tu..tp paling win hari tu fried chicken dia...ahhh sedap!

    ReplyDelete
  6. kite makan berdua ngan somi kite ade la dekat 14mangkuk..wakakakaka

    ReplyDelete
  7. ermmm sedapnye..lei try kat publika yang pling dekat ngan office

    ReplyDelete
  8. semalam gi makan kat Padi.. tak tau plak ada tempat ni..
    aku pn tak familiar sgt kat cyberjaya..huhu

    ReplyDelete
  9. sana sini ckp pasal boat noodle.. lepas tuh mkn plak bertingkek2..
    rupanya sorg semangkuk pon tak cukup ye.. sebab kecik je portionnya..:D

    ReplyDelete
  10. Kalo ada kt melaka kn ke best

    ReplyDelete
  11. Kalau tengok gambar review makanan kat blog orang mesti nampak sedap sengoti... Ada masa boleh la p try :)

    ReplyDelete
  12. agak2 kangkung tu dia goreng bubuh apa ye??mana tau kot la boleh buat sendiri kat rumah..nak pi makan kat sana jauh sangat..hehehe

    ReplyDelete
  13. mee celup tak berapa taste tapi boat noodles ni tak tau la tak pernah try..

    ReplyDelete
  14. Best kan Boat Noodle. Boleh try Rakshee pulak lepas ni :)

    ReplyDelete
  15. Yum kangkung tu mcm menggoda jer..rangup tak? bilalah nak merasa, klu dpt jejak kaki kesana boleh lah cuba nti:)

    ReplyDelete
  16. I dah nampak dah D'Pulze tu tapi cerita sedihnya, HD tak nak masuk! Katanya pusing sana, pusing sini, balik-balik nak masuk shopping mall. Silalah guna sikit akal yang cerdik tu. Shopping mall melambak kat KL! Oh, I is sedih (Eh, is ke was ke apa eh? Hahaha....yalah tengah sedih takleh fikir....)

    Boat Noodle I tak pernah masuk. You pun tahulah anak bujang terunaku yang sulung tu cerewet. Kalau tengok pada menu ni, rasanya dia akan membantah kalau kami nak ke sini. Nak dating ngan HD jer, macam tak mungkinlah. Tak tertelan makanan kalau anak-anak takda mengganggu di kiri dan kanan masa makan!

    ReplyDelete
  17. Wahh best nampaknya.. menarik juga klu kelapangan singgah sekeluarga. Thanks sharing Fiza.. :)

    ReplyDelete
  18. sedapnyeeee. terus lapar tgk gambar ni. hukhuk

    ReplyDelete
  19. aah ramai yg kata mangkuk sumbing mungkin sebab dorang nak cepat masa basuh main campak2 kot kan

    ReplyDelete
  20. sedapnya.. kena singah ni. heheeh. menternak lemak

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive