Jatuh!!!

Thursday, May 21, 2015

Sedih seorang ibu. Pagi hantar anak gi nursery elok jer. Tak der luka lebam bagai. Balik jer amik anak. Tengok bibir anak dah membengkak sebelah. Menampakkan luka dibibir atas yang agak besar dan agak teruk. 


Lebih kurang macam ni lah lukanya. Tapi teruk sket dari dalam gambar ni. Sampai² jer dorang minta maaf dulu. Katanya Qhalif gaduh. Biasalah bebudak kan. Dah elok gaduh main balik. Tak sangka plak masa qhalif tengah main panjat tunnel mainan tu di tolaknya qhalif jatuh kebawah dan tersembam sampai tergigit bibir atas. Aku yang nengok pon rasa ngeri. 

Katanya nangis kejap jer. Kalau betul nangis kejap tak per lah. Tapi kalau tengok luka qhalif tu boleh menangis meraung jugak lah. Sedih weiiii...sedih sangat. Yang ralat sangat kenapa tak call aku bagitau yang qhalif jatuh, Kenapa bila aku dah amik anak baru aku diberitahu yang anak aku jatuh.

Benda dah nak jadi kan. Aku tau bukan senang nak handle bebudak bila dah ramai² tu. Tapi kena bagi extra attention lah pada bebudak yang jenis tak boleh dok dekat. Bila dok dekat jer asyik nak bergaduh. Bila main jer nak bergaduh. Dah nama pok budak. Tak sah kalau tak gaduh. 

Aku ni plak jenis tak banyak cakap. Tak der lah sampai nak marah² atau nak tinggi² suara bila anak aku jatuh. Bukan nya ko boleh reverse balik benda yang dah jadi kan. Apa yang ko boleh buat, soh dorang lebih pay attention. Balik smalam call en. somi soh beli minyak gamat. Tapi boleh terlupa plak nak letak kat bibir dia tu....ppffttttt...

Alhamdulillah jugak si anak soleh Qhalif tu jenis tahan sakit. Nak suap nasi pon aku risau. Takut dia rasa sakit. Tapi tengok relax jer budak itu. Ibu ko ni plak yang over. Sesekali ada gak qhalif mengadu 'Ibu...atit'. Alahaiiii...syahdu plak dengar. 

Note: Dah nasib ibu berkerjaya kan. Kalau complain banyak, dok umah jaga anak sendiri ☺ 



You Might Also Like

18 comments

  1. paham sgt perasaan tu...huhuhuu...

    ReplyDelete
  2. Alaaaa.. sian dia. Giler tak sakit, I tengok pn seriau. Eh kat sini kalau pesen hyper main kasar2 dorang mmg asingkan, tapi ada jugak terlepas budak yang suka main kasar ni, tapi cikgu mmg selalu pantau la budak tu. Tapi geram jugak la bila jelita cakap budak tu still tolak2 dia.

    ReplyDelete
  3. alahai siannya...itulah dilema ibu bekerja antara anak dan kerjaya, memang kalau boleh nak jaga anak2 sendiri tapi itulah,masa belum mengizinkan

    ReplyDelete
  4. memang macam tu lah bila antar anak kat orang... macam-macam hal.. mungkin bs tak call fiza masa qhalif jatuh tu sebab bagi die small matter jer, tak serius.. my suggestion, nanti (next time) fiza minta bs call fiza terus kalau qhalif jatuh.. kadang-kadang bs ni terlupa, jadi kite kene ingatkan selalu..almaklumlah, ramai budak kan nak dijaga nya

    ReplyDelete
  5. kalau saya mau naik angin dah..hahah..tapi memang betul..kalau budak tu jenis suka bergaduh pengasuh kena kawal dia lebih dari budak lain.kena lebih perhatikan dia..

    ReplyDelete
  6. indeed tuk last paragraph tu
    ahahaha
    tpi kalau anak - anak kami jatuh ke hape
    cikgu sekolah yg takut dulu
    tak thulah sbb ape
    tapi pnh tnya prinsipal :
    badan puan beso, sasa.maybe diaorg takut kot?!
    ahhaha
    ini betul - betul lawak..

    get well soon boy..
    anak laki mesti lasak nnti
    insyaa Allah

    ReplyDelete
  7. Nota akhir tu yang tak tahan..ha meh benti keje duk umah macam che mid kih kih..syafakalllah Qhalif..budak baik cepat sembuh!

    ReplyDelete
  8. Aduhaiiii..kite yg dh tua nie tergigit bibir sendri pun dh sakit inikan pulak la kalau bengkak lebam smp mcm nie..alahaiii siannye..

    ReplyDelete
  9. Lahaiii Nani baca pun rasa ngilu

    ReplyDelete
  10. Allah... kesiannya. Ini nak menyusu dan makan yg payah ni Fiza
    Kalau Fiza ada Amway punya glister sembur 2-3 kali cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. alahaiii siannya/... dorang tgk cll maybe sbb dorang rasa tak teruk sgt & dorang blh handle kot...

    aqilah pernah kene bucu meja tepi bibir... begaduh 2 beradik, parut dkt bibir tu, sampai skrg ada...

    ReplyDelete
  12. Aduii.. tengok pun boleh terasa pedihnya. Kat bibir tu. Semoga cepatlah sembuh.. aamiin.

    ReplyDelete
  13. kesian qhalif.. ganas2 juga bdk2 laki kt nursery tu. jgn jd mangsa buli suda. org nursery tu takut akak marah kot sbb tu xinform awal2

    ReplyDelete
  14. Mana tak sayu kalau tengok mulut anak jadi begitu. Kalau sayalah, anak tak meraung, saya yang meraung kesedihan. Tapi betul juga, nak marah maki hamun bagai, benda dah berlaku bukan boleh reverse balik. Tapi kenalah suruh mereka hati-hati juga. Kalau kita banyak cakap nanti susah jugakan....

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive