Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

Wednesday, July 22, 2015

Memasing dah mood raya kan. Mood kerja pon dah ke laut. Hari ni pon mungkin ada yang dah start cuti. Yang dah mula balik kampung pon ada. Bestnya orang ada kampung. Kampung kita kat KeyEll jer. Umah mertua plak kat Rawang. Best kan...hehehe...


Harini aku last day kerja. Biasalah....nursery/sekolah/tadika tutup start esok. Jadinya, si ibu pon terpaksa amik cuti panjang sebab kena jaga anak². Nasib lah cuti masih berbaki lagi. Harini pon ramai yang last day kerja kan. 

 Ok lah, memandangkan Ramadhan dah makin hampir meninggalkan kita dan bakal melabuhkan tirainya *sedih. Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. 

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Berjimat cermatlah yerp. Jenuh tu nak tunggu gaji bulan depan ☺


You Might Also Like

13 komen

  1. Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  2. sama jugak ler dgn aida.
    semua di atas utk fiza sekeluarga :)

    yes yes jimat cermat tunggu gaji akhir ogos hu hu hu...
    bil aida da siap byr dulu dah...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin juga dari kakak buat Fiza
    Moga aidilfitri kali ini lebih membahagiakan..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidilfitri kak.. maaf zahir batin..
    lama tak singgah sini.. rini CT jalan2 sini ehehe..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya...
    Maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya kak, naaf zahir dan batin...
    Samelah kampung KL jugak.... Hahahaha...
    Tapi best raya KL, jalan tak jem...

    ReplyDelete
  7. Untuk mak, raya ni hanya meriah di hari pertama sahaja bila anak2 dan adik2 serta keluarga mereka berkumpul di rumah mak. Lepas tu jalan2 ke dua buah rumah sepupu je....

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga..kosong kosong tau..=D

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aiilfitri kak :)

    ReplyDelete
  10. salam aidilfitri buat fiza dan keluarga

    ReplyDelete
  11. selamat menyambut hari raya aidilfitrii.. walaupun dah lmbat tp still nak wish hehe

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya
    sama la juga dgn saya
    kosong kosong

    ReplyDelete
  13. amboi fiza lame amik mood update blog ni...udah2 le tuuu....moh update kisah raye cepat heeheheheh

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page