1 Syawal 1436H | Cerita RAYA!!!

Thursday, August 06, 2015

Minggu depan dah pon habis raya. Aku ni baru nak citer pasal raya. Tak per lah. Biar lambat dari tak der citer langsung kan. Apa nak jadi pon tak tau lah. Malas tahap langit ke tujuh nak update blog, Pada hal ada jer nak citer. Entry untuk Food review pon tak buat lagi nih. Pembawakan apalah yang jadi femalas sangat ni. Ok...sambung citer raya.


Biasa² cerita raya kami. Anak² lah yang paling happy bila tiba hari raya *erkkk...macam lirik lagu plak. Masalah² lain, dorang masih belum mengerti lagi. Dugaan sehari sebelum raya. Terpaksa kluar duit buat tukar tayar. Budget...lepas raya nak tukar 2 tayar depan jer sebab bunga tayar dah nampak haus. Jadinya, memang beraya dekat² jer lah. Tak boleh jalan jauh

Kita hanya merancang, Tapi DIA yang lebih hebat dalam merancang perancangan hambanya. Husband keja lagi khamis tu. Dah sampai rumah baru perasan yang tayar belakang pancit sepancit² nya sampai dah makan dalam. Patutlah rasa senget jer keta...ppffttt...Memang DIA nak soh tukar tayar keta lah tu. Petang tu jugak terpaksalah tukar ke empat² tayar skali. Nasib ada kedai tayar yang bukak. Eh! Dah macam merapu plak. Nak citer pasal raya ker pasal tayar keta ni??? Ok...Ok...Kisahnya...

Malam raya kitorang dok umah jer. Sentap sebab tak dapat nak balik umah mak...uwaaaa...Maka beraya lah kami anak beranak dekat Rumah Manis Rumah @ Home Sweet Home. Permintaan si husband nak beraya kat umah sendiri. Ok! fine. 


Belanja gambar wefie husband and wife dulu...ngeeeee...


Wefie anak beranak. Bukan main lagi. Tak hajak hemak ko wefie sekali kan. Sentap!!

Macam biasa, tema kami memang selalunya kalerful. Even kalar baju warna biru. Nak kaler kontra katanya. 1st time jugak aku berjubah time hari raya. Tu pon last minute cari. Nak cari sedondon dengan anak dara, nan hado design orang dewasa. Jadinya mencari lah jubah yang sama kaler dengan anak dara nih.

Husband plak nak ber kurta. Tapi anak bujang si iman hakimi nak baju melayu. Memang setia betul dengan baju melayu bersampin tiap² tahun. Tak nak berjubah mahu pon ber kurta. Si Qhalif lagi best. Tak nak langsung baju raya. Tu pon paksa jugak dia pakai. Ragam anak² kan.


Bermaaf maafan di pagi raya. Menunggu giliran nak bersalam minta maaf bagai. Dapat lah duit raya memasig. 


Gambar raya konon. Tapi tak berapa nak clear...ppfftt...

Selesai acara minta maaf peluk cium. Moh lah kita berangkat pulang ke kampung halaman yang tercinta. Alaaaaaa...kat Kampug Pandan KeyEll jewr. Jalan memang smooth and clear. Sampai umah mak terus melantak dulu. Tak teringat nak amik gambar lauk pauk haritu. Kakak masak rendang ayam, rendang daging dan jugak nasi himpit. Dah kenyang perut senang hati, Acara salam peluk cium minta maaf dengan mak pulak. Yang ada pon family kami dengan family kakak. Yang lelain beraya kat umah mertua dulu. Syahdu wei. Sebab tengok keadaan mak yang tak berapa nak sihat tu :-(


Bergambar dengan mak. Kurus jer mak. Berat badan dia turun dengan mendadak lepas sakit. Memang tak boleh nak masak memasak lagi dah. Rindu dengan masakan mak yang sedap sangat tu. Anak hemak ni masak apsal tak sama dengan air tangan mak haaa :-(


5 of us. Baru lah nampak senunuh sket gambar ni.

Lepak umah mak pon tak lama. Sebelum solat jumaat tu kami balik Rawang plak. Umah mak mertua.  Tak sempat nak jumpa Abang Long yang kat seremban tu sebab dorang datang lepas solat jumaat. Hurrmmmm...Nanti sambung lagi lah citer raya kat umah mertua yerp. Panjang sangat dah ni. 

Note: Sedih dengar perkhabaran pasal MH370. Innalillahi wainnailaihi rojiun...Al-Fatihah


You Might Also Like

19 comments

  1. Salam..
    Selamat pagi...
    Nieyl singgah sini...
    Selamat Hari Raya =)

    ReplyDelete
  2. ok la ni, dr takde citer raya langsung hehe..
    cantek jubah fiza..cer diri jap hahaha

    ReplyDelete
  3. jauhnyaaaa kampung akak..kekeke..

    ReplyDelete
  4. Assalam Fiza, Selamat Hari Raya! 21 Syawal hari ini.. byk gambar raya Fiza.. kite ade, tapi tak cantik.. gambar kandid byk.. taknak la tempek kt blog, heeee~ anak2 tahun ni dah pandai, n faham ckp kita, tahun lepas abis dikoyak semua sampul duit raya.. tahun ni dah dpt la beli handbag utk dowang simpan duit raya, heee~ sonok juga laa.. tapi budak2 lagi la syokk raya...

    ReplyDelete
  5. masih di bulan Syawal... has xde proper family pic thn ni. pic berdua dgn suami ada. tp masa tu ank2 dah berkejaran dgn sepupu n kwn2

    ReplyDelete
  6. fiza...miss u:)
    cutenyaaaaaaa mereka...mama pon cute meyute:)

    ReplyDelete
  7. Rasa macam pertama kali tengok gambar somi awak la Fiza..kan??

    ReplyDelete
  8. keluarga bahagia..
    walaupun kau beraya rumah kau dulu.. itu kan privacy namanya..
    lepas tu baru betul balik kampung.. hhihi

    ReplyDelete
  9. Takpe la kak tak same pun... Janji nampaklah biru tu...
    Hehehhehe....
    AJ pun raya umah sendiri jugak tetiap tahun....
    kami orang KL gak... =P

    ReplyDelete
  10. Biarpun mak tak sihat tapi suasana beraya kalau masih ada mak tu lain Fiza.
    Moga mak terus kuat dan sihat..
    Adik betul-betul tak reti diam hihi... bergambar pun macam nak melompat (gambar last)

    ReplyDelete
  11. aida memang x dpt la nak berpagi raya umah sendiri.
    memang ngamuk emak abah & mak mertua hi hi hi :)

    ReplyDelete
  12. Alaaa ada tragedi tayar kereta sblm raya yer...takper2, ujian dari Allah tu...sukaaanya saya baca..kampong awak and husband dekat jer ya...tak payah pikir nak packing barang balik kampong semua tu...bestnya! Selamat hari raya ye (dah nak abis syawal pon kan)

    ReplyDelete
  13. waaa biru tema...memang rasa sebak aje hari raya bila teringat arwah mak abah...dah tua2 ni rasa raya macm biasa je..huhuhu

    ReplyDelete
  14. senang kampung dekat2...ulang alik je kan...hehehe

    ReplyDelete
  15. eh, tiba2 rasa mcm best plak beraya rumah sendiri... hehhe

    ReplyDelete
  16. seronok nya dpt beraya rmh sndiri dlu.
    nasib kg pon dkt dkt, kan ! so, xda masalah

    smga mak akak dikurniakan kesihatan yg baik.aamiin

    ReplyDelete
  17. hehehe takpe share je citer tho raya dah habis.. hehe..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive