Pengajaran | Jangan GADAIKAN NAMA Sendiri!!!!

Thursday, August 13, 2015

Entry yang agak emotional. Sekadar luahan perasaan yang dah tak terbendung lagi. Bukan nak membuka pekung sendiri atau bukan nak mengaibkan sesiapa. Sekadar pengajaran dan peringatan buat semua. Sesabar² aku, akan tiba saatnya akan meletus juga. 


Memang aku stress sangat². Terima kasih banyak² pada kawan² yang bagi kata² semangat. Leleh air mata baca komen² ni. Start dari bulan puasa aku dah tertekan. Ko bayangkan lah, tetiba dapat call dari bank. Katanya duit kereta dah tertunggak. Bukan puluh ringgit, bukan ratus ringgit. bukan ribu ringgit. Tapi BELAS RIBU RINGGIT. Mana ko nak cari duit?? Buat loan bank? Nama dah masuk CCRIS. Orang lain buat hutang, ko yang kena bayar hutang untuk dia. 

Macam mana boleh jadi macam ni? Aku flash back balik. Tahun 2005. Abang aku...di ulang ABANG KANDUNG aku sendiri nak beli keta. Nama tak lepas sebab dia business sendiri. Jadinya si adik yang baik hati lagi penyayang ni pon gadaikan nama dia beli kereta bagi kegunaan si abang sebagai jasa si abang sebab banyak membantu kerja kawin si adik ni dulu.  Manakala si abang jadi panjamin. Alaaaa...RM200++ jer sebulan. Tak de masalah. Katanya.

Beberapa tahun sebelumnya, ok lagi payment. Masuk tahun seterusnya, payment dah lari. Sampai aku nak buat loan rumah pertama tak lepas. Takkan tiap² bulan punya payment aku nak kena ingatkan? Heiiii...ko bukan budak tadika. Dah jadi tanggungjawab ko lah untuk bayar kan. Ok...fine, bukan rezeki aku nak beli rumah tu. Landed house kat Bukit Raja Klang. Booking fees RM1000 dah bayar. Bila loan tak lepas, dapat RM500 jer. 

Buat perangai tak habis². Dah cakap dah jangan lah delay² payment. Sampai aku nak beli rumah yang kat Bangi ni pon masalah jugak. Ko buat taik aku yang kena tempiasnya. Berbulan² tunggu approval dari bank. Aku siap buat surat yang mengatakan kereta tu atas nama aku tapi bayaran bulanan di buat oleh abang aku ni. Minta jasa baik bank untuk pertimbangkan permintaan kami. Alhamdulillah....rezeki kami yang akhirnya loan diluluskan.

Tapi...orang yang tak der hati, perasaan dan pentingkan diri sendiri ni memang tak kan serik kan. Aku call bank tanya pasal keta ni dulu. Kata bank dah habis bayar. Aku pon happy lah. Tapi sebenarnya kes tu dah ditutup dan dipindah kan ke bahagian lain. Rupa² nya...last payment dia tahun 2013. Setahun lebih dia tak bayar duit keta tu sampai dah tertunggak jadi BELASAN RIBU RINGGIT.

Perasaan benci aku membuak² dengan orang macam ni. Aku soh kakak aku bagitau dia sebab aku dah sakit hati sangat². Dia kena bayar early payment dalam RM1000 kalau nak sambung bayar bulan². Kalau boleh sebelum raya haritu. Perghhhh...katanya dah bayar. Aku call bank semalam memang tak der apa² pembayaran. Menyirap betul darah aku. Dasar penipu.

Bank bagi tempoh sampai end of this month. Kalau tak buat pembayaran, tak dapat lagi harga diskaun RM11,200 ni. Kalau nak bayar separuh, dia minta dalam RM5,000. Tempoh sampai 25 august nih. Kalau tak boleh jugak, kes akan di hantar ke peringkat yang seterusnya. Ko faham² jer lah. Aku minta jasa baik bank untuk hold dulu document aku dari hantar ke peringkat yang seterusnya tu. 

Sebab dia, aku laki bini bertekak. Kami ada perancangan masa depan sendiri. Nak tambah aset. Kalau aku tak clearkan nama aku, satu benda kami tak boleh buat apa². Kalau aku tau pengakhirannya macam ni, tak hingin aku gadaikan nama sendiri. 

Apa jadi pada kereta Iswara aeroback tu? Dah jadi tukun kar rumah sebab enjin ada masalah. Dengan taik tkus bersepah² bawah tu. Kalau aku nak baiki balik pon makan ribu riban jugak. Yang paling menyakitkan hati, boleh plak amik ALZA baru atas nama isteri dia kot. Ya! allah...Daripada ko amok keta baru, baik ko baiki keta yang ada tu.

Orang yang berhutang? Relax brader brader relax. Lepas tangan langsung. Tak der pon call aku minta maaf atau pon nak ajak berbincang. Sebab nama dia tak effect langsung. Orang bank cari aku. Tak cari dia pon. Dia berhutang, aku and husband yang kena cari jalan macam mana nak bayar balik hutang tu. DIA jer yang tahu macam mana perasaan aku skang ni. Sedih yang teramat² sedih sebab abang kandung sanggup aniaya adik dia sendiri. Bagi aku, ko solat tunggang terbalik, kaki surau dan mengaji tapi perangai berhutang keliling pinggang pon tak guna lah. Tau tak...HUTANG TU WAJIB DIBAYAR.

Kalau tak boleh bayar dulu, cakap awal² dengan aku. Kenapa diam sampai setahun lebih tertuggak macam tu. Tak ker satu peganiayaan. Mendajal nama nya nih. 


Lepas satu...satu masalah datang kat aku. Sampai satu tahap aku rasa dah tak larat nak hadap. Doa...doa...dan terus berdoa supaya urusan aku dipermudahkan olehNYA. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Nak buat loan atau overlap memang tak boleh. Hanya KOPERASI jer harapan aku untuk buat pinjaman. Harap² dapat by end of this month atau early next month. 

Note: Sambil taip sambil tahan air mata :-(


You Might Also Like

29 comments

  1. Ya Allah, berat dugaan kak, banyakkan bersabar... mintak Allah lapangkan rezeki. Semoga ada hikmah lain Allah akan beri kat akak lepas ni, Insya'Allah.

    ReplyDelete
  2. ya Allah..serious kite bersimpati sesgt..sebab xsangka abg kandung sendri yg wat gitu..Allah..kalau nama dh blacklisted, mmg ssh sgt life..kite doakan semoga Allah permudahkan segala urusan fiza..amin...

    ReplyDelete
  3. Allah..
    paham sesangat..
    sebab tu berat sket kalau orang nak gune loan atas nama kita..
    even adik beradik..
    suami pon saye berat sangat..kuikui..
    lantakla orang nak cakap ape..

    takpe..
    moga ALLAH permudahkan awak ye..

    ReplyDelete
  4. alahai mmg jgn percaya dgn sapa2 pun kt dunia ni..dgn adik beradik lagilah 'jangan"..
    kalut jadinya...
    apa2 pun kita redho jer..ada hikmahnya..dn doalah selalu.sbb org yg teraniya ni cpt Allah makbulkan..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...sedih bercampur geram! Mmg elok fiza share sbg ingatan yg lain.
    Semoga Allah permudahkan jalan penyelesaian utk hal ni. Moga tak tenang hati abang Fiza selagi dia tak settle hal ni!

    ReplyDelete
  6. aduii Kak ..sakitnya hati baca.. fahamm..yoorin pon dah terkena jugak..tapi bukan lah dari ahli keluarga.. orang luar.. nyesal percaya dia.. kita ni geram dok la maki2 dia bila nak bayar-, bila nak bayar.. boleh pulak dia kata nak report polis sebab kita ugut dia? eh eh.. sakit nya hati!! rasa nak bom je rumah dia tu..

    ReplyDelete
  7. sabar fiza..memang susah kalo kes camni..
    memang boleh putus sedara duit punya pasal..

    ReplyDelete
  8. akak tumpang sedih fiza:(
    fiza ambik kereta tu dan jual, atleast nama fiza dah clear.....jgn tanggung hutang dan beban dia

    ReplyDelete
  9. Sabar Fiza, tu je la yg jugak Nieza boleh cakapkan.
    Minta pada tuhan agar diluaskan rezeki & dilembutkan hati si abang.
    Tak tolongg adik beradik ... bila tolong jadi cenggini.

    Semoga dipermudahkan urusan. Aaminnnn.

    ReplyDelete
  10. Kadang2 dlm baiknya kita dgn adik beradik ada yg suka amk kesempatan.. hmmm.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sabar ya..

    ReplyDelete
  11. sabar sis.. mungkin ada hikmah disebalik ini.. hhhmmm.. tak terkata jika yg tukang hutang tuh abg kandung sendiri.. hhhmmm.. mintak dijauhkan

    ReplyDelete
  12. ya Allah fiza..... bace ni dgn perasan menyirap2 gak sebab mcm rase jek dlm situasi fiza nieh....

    masalah sgt2 tu sebab dah tertunggak terlalu lama.... kalo kereta tu elok leh jual jek....duit cover jek loan tu ...tapi dgn rosaknyer....aduh...takleh nak ckp ape fiza... lieya doakan semua nye dipermudahkan utk fiza....sabar key kawan....

    ReplyDelete
  13. Allahuakbar!! Memang sangat teruk rasanya kalau adik beradik sendiri buat hal. Orang luar boleh tahan lagi.. harapkan sokong, sokong bawa rebah. Harapkan pegar, pegar makan padi..apa pun yang penting pastikan hubungan suami isteri tetap baik dan suami faham kedudukan kita. Insyaallah, apa masalah pun jika suami isteri berganding bahu, Allah akan bantu. Aamiin. Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  14. moga urusan ko dipermudahkan beb.. paham sgt masalah camni, bab duit kita mmg tak leh berlembut hati sgt.. walaupun sedarah sedaging.. biarla org kata kita ni penting diri sendiri huhu.. bertabahlah.. insyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Ko bertahan ok.

    ReplyDelete
  15. sabar ye kak. huhuhu
    tak tau nk kata apa.
    paham apa yg akak rasa tu
    in shaa Allah semoga Allah bukaka jalan utk akak sekeluarga.aamiin

    kita serupa. cuma saya jadi penjamin..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah besar dugaanmu kawan, aku doakan moga Allah permudahkan segala urusan mu

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum fiza.
    Semalam akak dah bw blog fiza tapi
    Tak dapat leave komen sebab line problem..

    Akak dah perasan status fiza sebelum ni..
    macam-macam masalah kawan-kawan..
    Akak hanya mampu doa dari jauh moga Allah mudahkan
    semua urusan kawan2..

    Moga fiza tenang hadapi ujian ni.

    ReplyDelete
  18. kalo aku mau ngamuk wehhh.. mmg aku ambik ragut harta benda apa yang dia ada.. ishhh geram aihh org mcm ni.. aku plak yg sakit hatiiii

    ReplyDelete
  19. Masya-Allah... ujian Allah berikan tapi itulah Fiza yg sedih dan malu ianya abang kandung sendiri. Fiza ambil ajelah Alza baru dia sebagai galang-ganti. Kalau dia dah bayar habis hutang pada Fiza (kalau Fiaza bayar pada bank) baru pulangkan kereta itu padanya. Mak dan adik-beradik lain kena bantu hal ini sebab ia melibatkan keluarga/darah-daging. Jgn sampai berpatah arang. Cari penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  20. kurang ajar!
    tu aje aida bleh komen :(
    sebab aida ada history lebih kurang gini dgn abg kandung jugak hu hu hu...

    ReplyDelete
  21. benda2 mcm ni mmg biasa berlaku....semoga segala urusan dipermudahkan....

    ReplyDelete
  22. Dugaan dan pengajaran.. moga cepat selesai dan dipermudahkan urusan akk dan keluarga.

    ReplyDelete
  23. Allah...sabar dear... Tu la dalam setiap keluarga, mesti ada sorang dua yang macam ni.. yang takper.. takper.. adik beradik sendiri jer pun :p yer la takper la kot dorang sebab kita yang menanggungnya. Banyakkan bersabar yer, ingat Allah itu Maha adil.

    ReplyDelete
  24. sama lah kes dengan my hubby.. huuhu

    ReplyDelete
  25. sedih.... saya yang dah tau cerita dr FB hari tu pun... masa baca entri ni menangis lagi... sedih... moga Allah permudahkan urusan Fiza...

    ReplyDelete
  26. sabaq kak.. tapi memang tak patut.. mudah2an cepat jumpa jalan keluar..

    ReplyDelete
  27. sedihnya cite fiza...saya ada nampak dekat FB posting tu
    cuma saya tak berani nak komen
    ni baru jelas citenya
    sampainya hati buat darah daging sendiri macam ni ye...saya jadi sebak baca.
    tak boleh buat report polis ke fiza? buat macam hanna kumpulan elite buat tu
    nama dia clear lepas ada bukti pinjaman tu bukan dia yang buat

    apapun sebagai orang luar yang hanya memerhati
    saya harap fiza kuat, pastinya fiza kuat
    sebab tu ujian macam ni dapat kat fiza
    insya allah akan ketemu jalannya nanti
    terus berdoa ye. yakin padal ALLAH. insya allah

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive