AYAH...Rindunya

Friday, September 04, 2015

Kerinduan dari seorang anak yang dah 10 tahun kehilangan kasih sayang seorang ayah. Rindu yang tak pernah padam. Rindu nak panggil ayah. Rindu dengan suara ayah. Rindu dengan keletah ayah, Rindu nak menatap wajah ayah. Rindu semuanyalah.


Arwah ayah meninggal tahun 2005. Seingat aku antara bulan march atau may *uratbykputussampailupatarikh. Puncanya sebab hernia. Tapi sebelum arwah masuk spital, arwah ada citer. Pagi lepas balik dari solat subuh, dia ada nampak sekor burung. Burung warna putih. Cantik sangat. Punya ralit tengok burung sampai terjatuh. Beberapa hari lepas tu baru masuk spital.

Lepas operate hernia, terus masuk ICU. Ya! allah...sedihnya waktu tu. Tengok wayar berselirat. Lama gak dok dalam tu. Ingatkan lepas operate terus elok. Sekali terus masuk ICU. Sampai leher kena tebuk sebab tak boleh nak bernafas sendiri. 

Lepas masuk wad biasa, keadaan masih macam tu jugak. Lemah tapi sedar lah. Hari² kena buat fisio (sedut kahak sebab tube kat leher tu). Aku nak buat memang tak sanggup. Disebabkan baring terlalu lama, belakang badan ayah jadi luka. Ialah...faktor usia jugak kan. Kulit jadi sensitif. Bergilir² dengan adik tido spital. 

Sampai lah satu hari. Aku baru sampai office pagi tu. Tetiba adik call. Ayah dah tak der. Rasa terhenti jap jantung. Adik jaga ayah kat spital. Doctor datang check arwah pagi tu. Katanya dah tak der. 

Yang buat aku rasa terkilan. Arwah tak sempat nak tengok anak² dia bernikah. Tinggal beberapa bulan jer lagi masa tu aku ngan adik nak kawin. Sedih yang teramat sangat.  

Ayah...orang rindu sangat dengan ayah. Muncul lah sekejap walau hanya dalam mimpi. 


Note: Beruntungnya kalian yang masih punya ayah. Hargailah dan luangkan masa selagi ada. 


You Might Also Like

20 comments

  1. Sedihnya ... Al Fatihah untuk arwah ...

    ReplyDelete
  2. Allah,,,sedihnya, smg arwah ayah sis tenang disana bersama org2 beriman. Al-fatihah :'(

    ReplyDelete
  3. sedih akak baca fiza...kita sama je ayah dan maka akak pun tak sempat tengok akak kawin... moga arwah ayanh fiza ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  4. salams aida

    sedihnya kak mieja baca, mengalir air mata :(
    alfatihah buat ayah fiza, moga dia ditempatkan dikalangan para solihin, amin

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah buat arwah ayah Fiza.
    Semoga di tempatkan di tempat orang yang beriman. Amin

    Jamu Perapat Zaman Moden

    ReplyDelete
  6. kita punya ayah tapi tak punya ibu...

    ReplyDelete
  7. al-fatihah...
    moga ayah fiza ditempat para solihin...

    ReplyDelete
  8. SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT

    ReplyDelete
  9. Ikatan di dunia aje yg putus Fiza. Teruskan titip doa buat ayah moga ia ditempatkan bersama kalangan org yg beriman.

    ReplyDelete
  10. Ya, saya masih punya abah....pun kadang2 rindu abah walaupun masih ada lagi..

    ReplyDelete
  11. alfatihah

    sama la dgn saya kak, kalau rindu sgt dgn arwah adik mesti nk sgt jumpa walaupon muncul dlm mimpi..

    ReplyDelete
  12. smla kak, rindu arwah abah sy gak.. arwah meninggal tahun 2007.. alfatihah.. moga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

    ReplyDelete
  13. sedihnya saya baca entry fiza ni
    moga baik-baik aje tempat ayah fiza ye
    banyakkan buat amalan sebab amalan kita sampai pada dia
    moga dengan cara tu boleh ubatkan rindu fiza pada dia

    ReplyDelete
  14. Betul.. Siapa yg masih ada ayah amat beruntung sekali..

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah. Moga arwah ayah sis tenang di sana.
    Samalah kita. Saya tak berkesempatan nak bertemu arwah ayah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Rindu tu tak usah cakaplah.

    ReplyDelete
  16. moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman amin amin. tapi serius. takut sangat kalau tetiba papa takde ;(

    ReplyDelete
  17. Al fatihah..sedih bc entry sis..sy Pon lost my mom sblm smpat mak tgk anak2 dia keje or kawen..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive