Jom Check Result Exam

Friday, November 06, 2015

Tak tau lah apa nak jadi dengan mood ni. Kejap rajin kejap malas. Kejap ada idea sekejapan jugak idea hilang. Blur plak tetiba. Ko dah kenapa haa...ppffttt...

Anak² dah habis exam dah? Kimi dah selesai. Result pon dah kluar. Tapi kertas exam banyak yang tak dapat lagi. Apa der hal. Online kan ada. Skang ni suma dihujung jari kan. Jangan kata markah exam. Nombor exam anak pon ada dalam tu. Canggih betul kan. Kalau masih ada yang tak tau, meh klik [SINI]


Kelam kabut exam kali ni. Tarikh bertukar² gara² jerebu haritu. Nasib result exam ok. Sama macam tahun lepas jugak. Exam tengah tahun tak berapa nak score. Bila exam hujung tahun...erkkkk...bley plak score.  

Buku teks darjah 3 pon dah dapat. Nasib kalini dapat better sikit dari buku darjah 2 haritu. Tapi aku ralat sket lah dengan si kimi nih. Boleh dia tak cakap yang cikgu ada bagi surat untuk pulangkan buku teks. Bila tanya dia kata dah pulangkan. Tanya pasal surat. Lupa nak bagitau. Bukan apa, aku nak lah bagi cantik sket buku² darjah 2 yang macam belacan tu sebelum dipulangkan. Sebab ada jugak buku² yang nak kena ganti.

Siapa yang dapat tu minta maaf lah banyak². Buku tu kimi dapat pon dah tak berapa sempurna. Bila dapat dengan budak lelaki yang hyper active pegang buku. Memang cacat lah buku tu dikerjakannya. Bukan apa, kang tak pasal² dapat title mak tak panjai jaga buku anak. Masa awal² dulu ada gak cari buku teks yang baru sebab nak ganti buku yang macam belacan tu. Tapi dah habis stok. Terus otak aku pon out of stok nak ingat balik pasal buku tu. Lagi haru si kimi dah pulangkan pon buku² tu...haishhhhh...

Erkkk...nak citer pasal result ker pasal buku teks nih. Punya lah tak tau nak citer apa kan. Pada hal pasal result online ni dah pernah citer dalam entry [NI]...hahaha...gasaklah. Janji ada entry baru. Ni aku up balik bagi parents yang tak tau. Yang dah tau tu dediam sudah lah.

Note: Next week mesti ramai yang cuti kan. Have a great weekend uols ☺



You Might Also Like

14 comments

  1. Oohhh dah keluar result exam akhir tahun ye Fiza..
    Anak akak hari ini baru habis exam hahaha..

    ReplyDelete
  2. senang dah sekarankan, tahun depan bolehlah akak guna sistem ni

    ReplyDelete
  3. Budak lelaki Fiza biasalah tapi dia ingat juga pesan cikgu tarikh nak pulang buku itu dah cukup baik. Ada rasa tanggungjawab tu yg kakak suka..

    ReplyDelete
  4. fiza kalo nak check masukkan ic diaorg ehh.. hahah tak tahu.. qebal thn depan baru sekolah.. riso plak..

    ReplyDelete
  5. baru tau bole tgk online.. terus klik laju2 haha

    ReplyDelete
  6. pasal buku teks tu, biasa kalau dapat comot-comot, mesti nak tengok siapa tuan sebelum ni..biasanya mesti budak lelaki, :)

    ReplyDelete
  7. Sy belum habis tanda.. Jadi tak dapat la nak check lagi ye ibu bapa ye..

    ReplyDelete
  8. nasib la dlu skolah ren dpt pinjam bku skolah men kena beli buku 5 thn berturut :(
    skrg dh senang nk check result anak.. dulu berjanggut

    ReplyDelete
  9. aaa kak...parents boleh cek result anak2 dgn SAPS tu...rindu nk ngomen2 kt blog akk mcm dolu2..hihi...

    ReplyDelete
  10. bagusnya niat fiza nk gnti buku teks
    saya pernah jd guru ganti..dpt buku teks yg hurmmmm...malas nk ckp..ad page yg hilang
    bila nk mengajar..kena pnjm buku ank murid

    ReplyDelete
  11. dulu selalu juga check kat sini tp kekadang cikgu tak update pagi

    ReplyDelete
  12. aida sudah cek.
    setelah berhari-hari dok tanya anak-anak, "mana result?"
    ha ha ha...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive