DOSA Orang BERHUTANG!!!

Wednesday, December 09, 2015


Ingat tu...Betapa beratnya dosa tak bayar hutang. ‪#‎selfremind‬...kalau saya ada berhutang dan terlepas pandang, sila tuntut. Kalau yang berhutang dengan saya tu...sila mohon terasa. Tapi style skang ni kita plak jadi muka tak malu minta hutang dibayar sedangkan orang yang berhutang buat selamba bodoh tak tau malu macam tak der hutang. Tolong jangan pentingkan diri sendiri.

Ingat lagi tak kes luahan perasaan aku kat [SINI-Pengajaran | Tolong jangan GADAIKAN NAMA Sendiri]. Alhamdulillah...allah permudahkan urusan aku buat pinjaman koperasi. Dengan duit tu lah aku bayar suma hutang keta. Mana ko nak? Nak rumah sendiri kena sita? Aku dengan husband cari jalan macam mana nak selesaikan sedangkan orang yang berhutang bersenang lenang. 

Sakit??? Hanya DIA yang maha mengetahui betapa sakitnya rasa di khianati dan di aniaya. Duit gaji bulan² banyak tolak sebab bayar hutang dia. 10 tahun aku terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00 

Masalah skang ni bila aku tuntut hutang tu dibayar bulan² kat aku. Haram jadah tak bayar. Diam seribu bahasa. Banyak benda yang aku nak buat dengan duit tu. Belanja persekolahan anak² yang akan datang nih. Registration fees untuk tadika dan jugak persiapan² lain. 

Pesanan untuk orang yang berhutang. Saya bukan orang senang. Kalau awak tak der duit, tu bukan masalah saya. Tolong usahakan untuk bayar balik. Duit gaji bulanan saya dah banyak tolak sebab nak bayar hutang awak. Kalau saya boleh usaha sendiri naik turun bank, jumpa orang koperasi atas bantuan suami untuk selesaikan hutang awak. Takkan awak tak boleh usaha nak dapatkan duit untuk bayar hutang saya? 

Sekian pesanan dari orang yang teraniaya yang tuntut hutang sebab nak pakai duit.

Note: Bukan untuk membuka pekung didada atau mengaibkan sesiapa. Sebagai pengajaran supaya anda tak teraniaya seperti mana yang saya rasa. Sebab duit, hubungan sedarah sedaging jadi huru hara. 

You Might Also Like

22 komen

  1. wuu , takut tauu tak bayar hutanngg >.<

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Fiza kongsi info ni..
    Akak ni pun byk hutang..
    Rumah 2, kereta 1..
    Aduhai takutnya bila diingati beban hutang tu..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak atas ingatan ni :)

    ReplyDelete
  4. Alahaiii.. macam2 dugaan kan.
    memang duit nih sgt bahaya~ boleh buat bergadoh adik badik.
    kita bukan x kesian kan dia. tapi dia sendiri x kesiankan diri dia.
    tak patutlah buat camtu. Sabar banyak2 yer.

    ReplyDelete
  5. tak nak hutang walau seposen pon kalau org tu xhalal mcm mana.
    hutang MARA xhabis bayar lagi. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Huhu..risau pula, byk pinjaman PTPTN sy ni..huhu..

    ReplyDelete
  7. erm sangat menakutkan, semoga kita dijauhkan dari segala keburukan sebegitu :) aamiin.

    ReplyDelete
  8. Amy pun pernah kena... gara-gara jadi penjamin. Orang lain yang berhutang kita pulak yang diburu hutang.

    ReplyDelete
  9. memang sakit bila orang berhutang pastu tak bayar.. rasa nak gi tikam je orang yang berhutang tu.. bila mintak, seolah2 macam kita pulak yang berhutang dengan dia.. sabar ya babe.. ada hikmah disebalik apa yang terjadi..

    ReplyDelete
  10. Kalau hati dah dipateri dangkal dengan hukum dia buat tak tahu Fiza
    Tapi doakan moga satu hari dia bertaubat dan banyar balik hutang dia pada Fiza. Apa lagi darah daging kan..

    ReplyDelete
  11. Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut ...

    ReplyDelete
  12. Nad dapat bayangkan sakitnya berada dlm situasi sis..Allahu..be strong ya..semoga Allah berikan ganjaran terbaik untuk sis.

    ReplyDelete
  13. betul tu kak.
    peringatan bersama.
    bukan tak nak tolong, bila jd mcm ni, lihatlah sendiri siapa yg terbeban, kan !
    ni bila org minta tolong kita,tak nk tolong mcm mcm dikatanya. padahal takut jd mcm ni la. bukan nk mnta jd mcm ni, perlu berjaga jaga dan waspada.

    ReplyDelete
  14. SAlam Fiza, tq n3 peringatan utk diri sendiri je. tapi tulah kita manusia kadang terlupa... teerrrrrrr tu yng payah sebenarnya. Contoh kadang beli kuih xde duit kecik, makcik tu cakap bayar esok2, bila dtg balik samada kita terlupa atau makcik tu sendiri pn x ingat !

    ReplyDelete
  15. betul tu nok..aku pun mengalami nasib yang sama...sadis betull...orang tu masih lagi berhutang dengan kami sebanyak rm9500...haram dia buat bodoh je...dah banyak kali mintak...grrrr...
    sumpah aku tak halal dunia akhirat...

    takpe nok, orang yg teraniaya ni makbul...kita doa sama2 moga Allah buka kan hati orang2 ni supaya dia bayar hutang kita...

    ReplyDelete
  16. Thanks for reminds us about debts . KAdang2 kita terlepas pandang semua tu kan and hidup kita ni bukan lama , so baik selesaikan . Once again thank you kak :)

    - Syamsid Blog -

    ReplyDelete
  17. Salam sis.. Salam kenal..

    Kes sis ni mcm yg berlaku pd kakak iza..

    Mrk gune nm abg ipar sbg pnjamin.. Last2 abg ipar n kakak yg terpaksa buat pinjmn lain tuk byr hutg org tu.. Org tu xbyr jugk.. Buat muke xbersalah..

    ReplyDelete
  18. samalah mcm saya . seksa benar nak mabil balik 15k . saya tuntut sbb dia yg janji dan nazar nak pulang bila dah ada duit . sekrg dah drive bmw ,ada moto kuasa besar dan travel 2/3 kali sethn tapi masih bisu bila saya minta balik 15k ... redha dlm terpaksa ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  19. Semoga kita terhinda dari sifat orang yang suka berhutang dan tak reti2 nak bayar balik ni..

    ReplyDelete
  20. lega bila hutang dah selesai...rahmat ada opula yang kata tak payah bayar syukur...lega hati ini...mujur hutang mara dah selesai

    ReplyDelete
  21. memang azab dan sakit. kalau sikittu boleh terima...tapi kalau dah sampai belas ribu...boleh bayar downpayment rumah...

    sabarlah moga ada sesuatu yang manis akibat dari dugaan ini. "disebalik kesulitan pasti ada kemudahan" insyaallah

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page