I'm Back!!!

Friday, January 08, 2016


I'm back lah sangat kan. Start khamis lepas blog tutup. Sampailah semalam baru boleh update. Baru nak masuk 2 entry untuk tahun 2016 nih. Kali ni tiada kisah anak² masuk sekolah. Tiada gambar² anak di hari pertama persekolahan. Tiada gambar ibu dan anak selfie di sekolah. Ni gara² HP Samseng TAB dah selamat menamatkan riwayatnya last week. Dah tak bleh bukak langsung. Kalau hantar kedai pon tak guna gak. Baik beli baru. Hidup lah aku denga HP old fashion selama seminggu. 

Sminggu gak aku jadi anti social. No FB, IG, WhatsApp dan juga Blogging. Terputus terus. Alaaaaa...tak der orang pon nak rindu dan nak cari kan...ahakssss...Ok gak bila jadi anti social nih. Tak der lah asyik nak membelek HP jer kan. Tak der lah fikir nak update gambar apa dan baca status² kat media sosial. Kurang sikit lah dosa tu...ngeeeee...Erkkk...jangan salah anggap yang nampak sangat aku ni asyik belek tipon. Takkk...aku tak der tahap sampai rasa tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang kalau tak layan media sosial yerp.

Seronok tengok gambar² kat IG yang penuh dengan gambar anak² 1st day masuk skolah. Seronok baca timeline hemak² kat FB pasal anak² dah masuk sekolah. Sepatutnya aku start keja hari selasa. Tapi ada tragedi January yang takkan aku lupa sampai bila². Rasa kelakar pon iyer gak. Rasa macam tak percaya pon iyer gak.

Pagi tu hantar anak dara Qahirah kat PASTI. Bley plak dia touching...nangis...ppffttt...Tunggu lah kejap. Ramai gak bebudak yang nangis. Orang lain sibuk uruskan anak yang nangis², tetiba aku bley plak pitam...iyer...pitam @ pengsan. Lagi menambah kecoh dibuatnya. Nasib lah ada husband. Pasal pitam tu nanti aku story next entry yerp, 

Sian kat Iman Hakimi sebab ibu tak dapat nak hantar dia gi skolah. Doctor soh rest. 2 tahun berturut² aku teman dia. Tapi tahun ni tak dapat. Errrkkkk...dah darjah 3 pon nak teman gak ker? Biasalah....nama jer anak sulung, tapi nak ibu gak teman kalau boleh. Macam tahun lepas soh teman kat perhimpuanan skali. Tunggu dia masuk kelas baru ibu boleh balik. Tapi tahun ni memag tak lah. Abah hantar sampai pintu pagar jer. 

Blog kawan² pon ada yang aku belum terjah lagi. Mana yang sempat jer. Tunggu kunjungan #makbanyakanak nanti yerp. Harap² tahun 2016 ni aku rajin lah update entry. 

Note: Back to normal routine....jalan yang sesak..ppffttt...


You Might Also Like

17 comments

  1. selamat kembali ~~ have a great day ahead.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 rasanya elok juga kalau kita terputus hubungan sekejap dengan dunia maya ni, taklah asyik tertoleh2 nak mengadapnya... :)

    Eh...kenapa sampai pengsan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mak. Rasa best gak bila terputus jap. Kurang sket dosa.

      Delete
  3. Masya-Allah... Fiza ni ada masalah kesihatan tekanan darah rendah ke?
    Sampai pengsan bagai - Allahurobbi nasib baik ada en abang.
    Harap-harap tak berulang lagi
    Atau ada chance nak tambah ahli keluarga ke.. kot ye tuah tahun baru tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak Zakie. Nasib husband ada. Harap tak der pitam lagi lah lpas ni. Risau klo kena time drive jer ni.

      Delete
  4. Alahaii.. nape sampai bleh pengsan?

    Anak Zura si Anis memang papa dia hantar, snap gambar dan balik jer.
    Anis pon darjah 3 gak. tapi mungkin dia dh biasa berdikari. x kesah sgt kalo mama papa xde pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mak citer yer nok ☺☺

      Anak bujang tu manja sket. Nak berteman klo boleh.

      Delete
  5. hah.. pitam kenapa plak??? jeng jeng jenggggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tak yah nak jengjengjeng sangat yerp zue. Tekanan darah rendah ni.

      Delete
  6. sesekali guna hp model lama pon ok..kdg2, hidup bebas jugak bila x gunakan teknologi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lya. Rasa aman gak bila tak der smartphone nih.

      Delete
  7. saya pun baru ni aktif kembali tapi tak tahu berapa lama bertahan
    yelah, fiza ada cite kat email aritu
    nak buat camne dak...kalau dia nak rosak.

    ngeri dengar cite fiza. hopefully much better now
    masa mengandung dulu selalu kena.
    tapi tak penah sampai ke stage blackout lah

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive