Mana Hadiah Saya??

Tuesday, February 16, 2016


Kalau nak buat giveaway/contest. Tak kira lah contest kat BLOG, IG atau FB. Silalah buat dengan jujur dan ikhlas. Janganlah biarkan pemenang tunggu hadiah berbulan² lamanya. Kalau tak terhandle, tak payah lah nak buat giveaway/contest. Sebab tu lah aku malas nak join giveaway/contest blog. Mana yang dapat tu, alhamdulillah. Yang tak dapat langsung pon ada. Detail suma dah bagi. WhatsApp lagi. Tak kan terlepas pandang kot? 

Jenis aku, tak der nya aku nak tanya banyak² kali. Dah bagi detail suma, so pandai² lah pos hadiah tu. Nak Tanya penganjur hadiah dah pos ker belum. Hoiiii!!! Ko lah kena follow up dengan pemenang. I is kecewa dengan penganjur macam ni. Tak per…aku anggap tak der rezeki jer lah. 

Back to the story. Last year aku ada join giveaway kat IG. Alhamdulillah…rezeki menang 2nd runner up. Tak perlu lah aku sebut IG apa. Detail aku dah bagi on 13 October 2015. 22 October 2015 dorang reply kata akan pos hadiah tu. Aku tau time tu dorang sibuk buat preparation untuk launching produk. Tak per. Aku kan seorang yang tabah dan sabar. 

25 October 2015 dorang email kata nak pos ke esokan harinya dan akan bagi tracking number. Ok…fine. Esoknya 26 October 2015 dapat email lagi. Bunyinya…. Good news! Instead of giving you something that you might not like, the team decided to give you a RM160 gift voucher where you can use to purchase any piece from our website. Erkkkkk…gittew pulak. Bagi aku, tak kisah lah hadiah apa pon ko nak bagi, aku as pemenang terima dengan hati yang terbuka. 

Ok lah kalau dah macam tu. Hati dah ada sikit rasa terkilan. Bila dah sibuk² tu. Aku lupa pasal voucher. Kena redeem sebelum 31 December 2015. Jadinya bila aku teringat, gi lah redeem hadiah on 30 December 2015…pphheewwww… last minute punya kerja. Nasib sempat. Dorang reply on 13 January 2016 minta address. Agak lewat jugak tu. Bley plak aku tersalah isi. Kat mailing address tu aku gi letak email address…bengong… Tu lah, kelam kabut sangat kan. Tu yang salah. 

Aku reply email dorang on 14 January 2016 bersama dengan address yang diminta. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu. Ko kira harini dah berapa haribulan? Dari bulan October 2015 sampailah February 2016…bayang hadiah pon tak nampak2. Hari² dok Tanya reception… ’ada barang akak tak’’tak der kak’. Frust hokay. Barang yang tak tunggu dah dapat tapi barang yang di tunggu² tak dapat². Tolak bulan November nak masuk berapa bulan dah nih. Tapi hadiah yang dijanjikan tak sampai² jugak. 

Baju menyusu jer kot. Kat website tak der plak tulis ‘out of stock’ atau ‘pre-order’. Tak cukup staff? Mustahil. Sehelai jer pon bajunya. Terlepas pandang? Takkan ko tak check order customer?? Tak per lah… bersangka baik.

Pagi in aku dah email. Aku tunggu lagi sampai next week. Kalau tak der gak. Hurrmmmmm...memang janji manismu betul lah gamaknya. Mau gak aku reveal produk apa. Aci tak.

Note: Bukan tunggu baju jer. Cheque GTM pon tak sampai² lagi ni...ppffttt...


You Might Also Like

46 comments

  1. tu dah kira hak kita kan...mintak je..hehehe..tp dulu pun penah jadi kes macam ni,penganjur lari,tapi owner kata nak ganti..tapi sampai ke sudah tk bagi..huiii..lama2 biarkanlah...dia jawab sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan. Kena minta jugak sbb hak kita. Dah email tapi tak reply2 lagi ni.

      Delete
  2. Besabor je lah ye..itulah kan dapat berurusan dgn org yg mudah memang best tp klu mcm ni...hmmm anggp je lah nak menguji kesabaran kita hehehe...sabar ye fixa

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak terkena macam ni. Nani pun tak minat nak pm2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nani. Penganjur yg patut follow up ngan kita.

      Delete
  4. harus bagitau supaya orgl ain tak terkene okeyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak reveal gak ni. Tak reply2 email aku...ppffttt...

      Delete
  5. bertabah je la huhu..
    mmg serik klu jadik camni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit hati nad. Berbulan2 ni tunggu.

      Delete
  6. bgtau je hehe..bg depa beringat sikit.ingat kita ni blogger depa blh gula2 kan? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MH. Suka suki jer nak buat memain ngan blogger.

      Delete
  7. Hurm.. Macam mana nak komen ye...
    Harapnya yang buat GA or Contest jujurlah ye...
    Ada juga yang x tuntut-tuntut hadiah..
    Macam2 manusia nie..

    ReplyDelete
  8. sebab tu saya tak buat GA. nak join GA pun tak berminat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang join GA sbb dah tak tau nak update apa kat blog...hehehe...

      Delete
  9. ada plak mcm tu..
    kalau dah menang tu tentu lah ada hadiah.. tak paham betul ngan penganjur mcm tu. Lain kali jangan buat GA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is sakit hari tau. Ni contest kat IG.

      Delete
  10. Aduhai.. kira janji kurang di tepati lah tu Fiza..
    Tunggulah sehingga akhir feb ni..
    Kalau tak ada juga.. mcm fiza ckp tak ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih setia menuggu lagi ni. Kalau tak der gak memang bukan rezeki lah tu...sobs...

      Delete
  11. Sy pernah tunggu hadiah ga blogger 4 bulan lebih baru dpt... Sabar je la... Ada rezeki tak kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk 4 bulan gak ni MF. Masih sabar lagi ni ☺

      Delete
  12. Banyak giveaway/contest yang menipu, kadang-kadang kita kena pilih juga siapa yang menganjurkannya.

    ReplyDelete
  13. kalau dah jadi macam tu maunya tak geram kan sis?

    ReplyDelete
  14. Sy pun kena mcm akak jugak kak. Menang produk shaklee. Last2 dia tak pos pon bila kita tanya dia jawab baik je so kita pun bersangka baik laa kan. Tuptupp berbulan daa takde apa pun. So sy ckp kat dia sy assume dia penipu. Lain2 GA pun ada jugak join. Sampai skrg ada jgk yg tak dpt. Sejak kes menang shaklee kena tipu tu terus sy malas nk mintak banyak kali atau tanya2. dah buat GA pepandai laa pos. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok kena reveal penganjur macam ni. Tak jujur. Nak trafik blog tinggi kot.

      Delete
  15. sy prnh gak dlu...lama dah...tahun 2010 kot...join contest menulis cerpen...menang pulak...kata nak bagi hadiah novel...nak tau bilanya dpt novel tu? thn 2013. tu pun slps sy email sdri penulis novel tu...sadis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhhh...lagi lama menunggu. Kena tuntut gak kan sebab hak kita.

      Delete
  16. Replies
    1. Tu lah jue. Rasa macam nak bagitau gak ni.

      Delete
  17. hohohoho..xde rezeki la tu..sabar ye kak..

    ReplyDelete
  18. huhu lama tuu, keciwa juga kan fiza :(

    ReplyDelete
  19. mudah mudahan ada rezeki nanti
    bgtau la nk juga tahu suoaya x terkena

    ReplyDelete
    Replies
    1. COntest kat IG ni ciksue. Rasa nak reveal gak ni.

      Delete
  20. Pernah juga terjadi pada kakak
    Tapi kakak dah tak kisahlah.. kalau disebut nanti malu pulak dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. Kita ni kalau boleh tak nak lah buka aib orang.

      Delete
  21. Apa nak dikatakan lagi... Mujur ada blog! Boleh diluahkan segalanya! hehe
    Semoga dapatlah nanti tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Blog jer lah tempat luahan perasaan BM.

      Delete
  22. Nak suruh bersabar rasanya dah banyak Fiza bersabarkan. Lama sungguh masa yang diambil nak hantar hadiah kepada pemenang, ke memang takda hati nak beri langsung?

    Harap-harapnya lepas seminggu ni akan adalah berita baik ya! Kalau tidak, reveal aje siapa penganjur tu. Lain kali takdalah kita teruja nak join GAnyakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar pon ada hadnya kan MD. NI dah bagi email pn tak reply2 lagi ni. Lagi tambah sakit hati.

      Delete
  23. InsyaAllah ada rezeki tu nanti harap2nya

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive