7 Tahun dah...Happy Anniversary Blog

Friday, May 06, 2016


Anniversary sebenarnya 6 March. Tapi time tu masih dalam pantang. Internet limited. Ditambah masalah anak ke empat yang ada jaundice. Maka harini baru teringat. Pejam celik pejam celik, dah 7 tahun usia kau blog. Dah 7 tahun aku merapu kat blog ni. Dengan blog jugak lah aku kenal ramai kawan. Ada yang dah bersua muka dan ada yang masih belum pernah bersua muka.

Entry blog pon dah lebih duaribu. Dah boleh dibukukan kot,,,hehehe... Pageviews pon dah sejuta lebih,...Alhamdulillah... 7 tahun blogging baru cecah juta. Orang lain tak sampai setahun blogging PV dah juta². Iyerlah....bloger sendu jer. Update pon ikut mood. 

Bila dah ada anak kecik ni, nak gi event pon rasa malas. Ikut kesesuaian boleh lah. Macam event parenting ker. Kalau event food review memang agak mencabar sket lah. Nak join tapi fikir anak kecik lagi. Review produk pon dah slow. Tak mengharap sangat pon. Ada rezeki...adalah. 

Rasa macam nak tukar domain. Teringin gak nak ada domain sendiri. Tengok lah macam mana. Nak tukar template. Nak template mesra SEO gittew. Sedang diusahakan. Header pon rasa macam nak tukar. Erkkkk... cakap jer lah kau nak tukar semua ☺☺

Note: Nak kena samak blog ni. Mana entry yang tak berkaitan nak buang. Nak simpan citer yang baik²jer.



You Might Also Like

10 komen

  1. Tahniah kak Fiza...xsedar anak pun da btambh...semoga terus succes^^

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary untuk Blog Fiza. Selamat Menyamak ye ;)

    ReplyDelete
  3. wahhh dahh 7 tahun dahhh.. happy anniversary for your blog. hehe

    ReplyDelete
  4. Hehehehe..wah dah masuk tahun 1 dah belog ni sis.. Moga terus maju jaya yer?

    ReplyDelete
  5. kan..ikut mood kan! uhusk samalah kiterrr

    ReplyDelete
  6. Boleh juga kalau dan dibuat buku Fiza
    Akan datang anak-cucu boleh membaca semuanya
    Tahniah dari kakak:)

    ReplyDelete
  7. Pergh.. Lama dah tu berblogging. Confirm kalau baca balik yang awal2 mesti lawak je.

    ReplyDelete
  8. Wah.. Dah lain dh blog ni.. Lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
  9. tahniah dear. salam kenal ye :)

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page