Iman Harraz Husaini | Cerita Anak ke Empat

Friday, May 13, 2016

AssalamuAlaikum kawan² ibu. Memandangkan ibu saya sibuk sebab baru balik dari cuti bersalin. Jadinya saya mengambil alih tugas ibu harini. Ibu pon belum citer pasal saya dalam blog ibu ni kan? Biarlah saya sendiri yang bercerita mengenai kisah hidup saya yang baru muncul dalam keluarga 2 bulan yang lepas. Cerita suka dan duka yang saya lalui bersama ibu, abah, abang² dan kakak saya.


Nama saya Iman Harraz Bin Husaini. Lahir pada 29 February 2016. Ibu kata saya lahir tahun lompat. Maknanya 4 tahun sekali baru sambut hari lahir. Tapi tak per, ibu kata buat apa kita nak ikut kalender omputih tu. Kita ikut lah kalender islam kita…kalender Hijrah kan. Sepatutnya due date saya 17 March 2016. Atau mungkin awal seminggu dari tarikh jangkaan. Tapi ibu tak sangka dan ibu terkejut sebab saya lahir lebih awal. 

Beberapa jam lepas lahir

Ibu cakap saya ni anak istimewa dari abang² dan kakak saya sebab dah lah saya lahir tahun lompat. Saya melompat kluar plak dalam kereta. Ibu cakap dia tak sempat nak masuk labour room…dah tak larat nak jalan sebab saya dah tak sabar sangat nak keluar. Alhamdulillah…saya selamat melihat dunia walaupon mendarat dalam kereta. Sian ibu saya yang melahirkan saya dalam keadaan yang buat orang kelam kabut.


Kalau ibu lambat pergi hospital kemungkinan saya dilahirkan kat rumah. Tapi Alhamdulillah ibu sempat sampai spital walaupon depan emergency door spital. Berat saya masa lahir 3.1 kg di usia kandungan ibu masuk 37 minggu. Lepas jer saya lahir, nurse terus bawak saya naik. Ibu cakap kandungan gula dalam badan saya rendah. 

Ibu saya sedih sangat sebab tak dapat nak breastfeed saya on the spot sebab nurse cakap nak naikkan gula dalam badan saya cepat² dan perlu di beri Susu Formula. Ibu nak jugak breastfeed saya tapi nurse bagitau takut susu lambat kluar dan kadar gula dalam badan saya makin turun. Sedih sangat² ibu saya. Tapi demi keselamatan saya ibu terpaksa benarkan nurse bagi FM.


Lepas 2 jam baru saya dibenarkan duduk dengan ibu. Baru lah saya dapat merasa nikmat air susu ibu. Itu baru permulaan. Selepas beberapa hari dilahirkan, saya diserang jaundice. Hari keenam saya admitted sebab bacaan jaundice saya tinggi. 3 hari saya duduk bawah lampu. 2 malam saya tido tanpa ibu disisi. Saya tau ibu saya sangat sedih. Hanya baju peneman tidur ibu untuk 2 malam ketiadaan saya. Hari² ibu datang melawat saya dan bawa bekalan susu ibu untuk saya minum.

Banyak lagi yang saya nak citer. Pasal pengalaman ibu bersalin dalam kereta. Pasal prolonged jaundice saya. Pasal jangkitan kuman yang jahat hinggap kat saya dan juga pasal saya demam yang buat ibu nangis tengah² malam. Tapi biarlah ibu yang cerita. Bulan depan saya ada follow up check-up. Doctor nak scan perut saya. Nak check buah pinggang saya ok ker tak. Mohon kawan² ibu doakan urusan saya dan ibu dipermudahkan olehNYA. dan doa supaya saya membesar dengan sihat yerp.


Ok lah kawan² ibu. Saya berhenti sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca cerita saya. 

Note: Maafkan ibu saya kalau asik citer dan up gambar pasal saya lepas ni. Ibu excited dengan kehadiran saya  ☺☺



You Might Also Like

23 komen

  1. Hai Harraz! Semoga terus membesar sihat-sihat ok ;)

    ReplyDelete
  2. tempat lahir tu kena letak dalam kereta depan hospital.. heheheh.. alooo muka mcm abg dia lah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat melahirkan ye Fiza..
    Tak sempat ye nak masuk labour room..
    Kita ikut jerlah bulan hijrah..
    Tiap2 tahun kita sambut hari lahirkan..

    Semoga dipermudahkan urusan Fiza dan Iman Harraz..
    tengok bam bam tu..
    Geram akak tengok..

    ReplyDelete
  4. comelnya... :)

    tak sabar nak bca kisah lahir dia.. hihi

    ReplyDelete
  5. semangat yer kamu. x sempat2 ibu nak masuk labour room yer.
    Selamat datang untuk baby comel. moga jadik anak yang berjaya dunia dan akhirat yer sayang.

    suruh ibu cerita cepat sket pasal beranak dalam kete k~
    untie x sabar nak baca. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Masya-Allah... banyak ujian yg ibu kena lalui dan dapatkan awak ye sayang.
    Apa pun alhamdulillah Iman Harraz dah sihat dan comel pun.
    Nampak besarlah sayang berbanding umur sayang:)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum iman harraz :)
    moga jadi anak yg soleh ya :)

    ReplyDelete
  8. Alahai syg...
    Acuk aida ok aje citer pasal awak.
    Acik aida suka membaca nyer.
    Jgn la risau syg Iman Harraz :-)

    ReplyDelete
  9. Comeynyaa..Bru aunty berangan nnti dapat baby boy nak letak nama Harraz..hehe

    ReplyDelete
  10. omeynyaaaaa.. harraz tu sedap namanya kan.. heeee

    ReplyDelete
  11. Comelnya. Semoga membesar menjadi anak yang soleh :)

    ReplyDelete
  12. Wah, mendarat dalam kereta. Apa pun alhamdulillah semuanya selamat. Didoakan menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  13. alololo comelnya...moga membesar dgn sihat syg

    ReplyDelete
  14. Aha, tak sabar tau nak tahu pasal bersalin dalam kereta ni! Nasib baik dipilih nak landing dalam kereta. Kus semangat, dengar pun takut. Tapi Fiza memang sejarah bersalinnya senang-senang belaka ek?

    Takpalah, lepas ni ibu awak dok tempek gambar dan cerita awak aje dalam blog dia. Kita-kita orang dah biasa dah mak-mak buat macam ni. Kita-kita orang okey aje baca, takda masalah. Cuma itulah pasal, takut terjangkit nak ada baby baru aje. Keh3x...

    ReplyDelete
  15. Alaaa.. cepat la cite napa Haraaz tak menyempat nak keluar dalam kereta tu. Acik tunggu tau..

    ReplyDelete
  16. Xdela tiap2 taun nak buat bezday party.. jimat duit.. ahaha

    ReplyDelete
  17. hai baby, memang tak sabar awak nak keluar jumpa ibu, ayah, abg n kakak ya, comel angat ni

    ReplyDelete
  18. hai baby iman.. tak sabar nak tunggu citer mama awak bersalin dlm kete la.. auntie dulu pun hampir2 nak bersalin dalam kete jugak tau.. tp nasib baik sempat naik bilik saringan.. dr check dah full dah.. terus tolak LB and bersalin terus.. haha.. btw, semoga iman harraz husaini menjadi anak yg soleh ye..

    ni blog auntie, hehe
    http://ceriteraibu.blogspot.sg/

    ReplyDelete
  19. alahai..comeynya!!
    sedapnya nama dia....

    ReplyDelete
  20. Kecik kecik dah jadi blogger tau Harraz ni , mentang mentang le ibu dia seorang blogger hihi...Teringat mak masa anak sulung kena kuning manjang nangis kat sepital tu....Tahniah ye Fiza, moga semuanya akan baik baik aje....

    ReplyDelete
  21. Budak melompat.. Awal tu 37 minggu... Apa pun Alhamdulillah.. Segalanya selamat..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page